Apam Susu Belang

Dah lama nak membuatnya tapi asyik tertangguh-tangguh je. Guna Resepi Shiela Rusly. Senang sangat-sangat rupanya. Terlebih rajin pulak malam khamis lepas terus menggodek bahan-bahannya.

Bahan-bahan:

1. 4 biji telur
2. 1 sudu teh esen vanila
3. 1 sudu besar ovalate
4. 1 cwn gula pasir
5. 4 sudu besar susu pekat
6. 2 cawan tepung gandum
7. Pewarna - ikut suka

Guna blender saja untuk blend bahan no 1 - 5 sampai betul-betul kembang dan halus. Dah siap, transfer ke dalam bekas lain dan masukkan tepung. Apa lagi....gaul lah sampai betul-betul sebati. Kemudian bahagikan kepada beberapa bahagian dan masukkan pewarna. Kebetulan kat rumah ada tiga warna saja - merah, hijau dan biru. Sy guna ketiga-tiganya.

Ambil loyang dan oleskan dengan marjerin sikit, masukkan adunan secara berselang seli dan kukus selama lebih kurang 45 minit. Sebelum kukus tu jangan lupa tutup loyang. Kalau tak hasilnya tak cun nanti.



Hasilnya - MR kata dah sedap dan gebu tapi keras sikit. Sy ingat sebab guna telur gred C kot. Kebetulan yang tu saja yang ada kat rumah. InsyaAllah, next time sy try dengan telur gred A pulak. Tak sangka pulak princess dan hero suka. Depa berdua saja yang habiskan tak sempat MR nak ulang makan. Sedap kata depa. Selalunya ibu buat kek marble belang kali ni lain sikit. 


Selamat mencuba ye....
Kalau ada tips nak bagi hasilnya cun, bagi tau sy ye :) 

Post a Comment

1 Comments