Follow Me @noorshafila

Monday, October 26, 2015

Cerita hujung minggu.

MR kerja weekend lepas. Tinggal kami bertiga je kat rumah. Kalau dah bertiga memang tak ke mana lah jawabnya. Bukan senang nak handle hero yang lasak tu. Princess bila tengok hero ke sana-sini memang dia pun follow. Ibu jegil mata macam nak terkeluar pun depa tak heran.

Dah lah macam-macam kejadian orang dok usha budak2 kecik ni sekarang ni. Mak bapak ada depan mata pun depa berani. Makanya, abah tak dak....kita pun duduk rumah je. Korang nak tonggang langgang rumah pun ibu tak kisah. Satgi depa tido, ibu kemas semula. Lagipun hari ni depa start assessment untuk semester 2. Haih laaa....ibu yang nervous.

Main Lego

Tak pe...bagi hilang semua tu, jom masuk dapur kita masak. Bukan lauk pauk. Masak hat tu kemalasan sikit.

Nak meroti je. Untuk sarapan esoknya dan bekal MR. Mula-mula nak buat cream bun. Tapi masa buat cream, creamnya overcook sikit. Terus tak jadi. Bulat2 kan doh je dan terus bakar.


Excited tengok dari luar. Menggebu je naiknya. Harap hasilnya nanti segebus rupanya lah.


Tra la la.

Nak makan saja atau cicah air pun sedap. CIM makan dengan cream yang overcook tu. Hahaha...asal boleh je. Dari membazir. 

Untuk minum petang pulak, teringin nak makan churros. Makanya jadi lah macam ni. 


Buat dulu kemudian baru goreng. 


Tra la la la.

Cik polis datang hantar baby nenas yang dok viral sekarang ni.  Tak tahu lah berapa ringgit dia beli tapi memang manis dan rangup isinya. Kalau lah dapat tanam kat rumah ni.


Malam pulak melayan Gegar Vaganza. CIM tak minat sangat rancangan menyanyi ni, tapi MR kata best. Hari sabtu baru tengok konsert minggu pertama. Best juga konsep Gegar Vaganza.
Kita tengok minggu depan pulak. Pilihan CIM - Acong, Farahdiya dan Nassier Wahhab.

Bye...Bye...Bye...



No comments:

Post a Comment