Demam Kepialu (Typhoid) meningkat di KL dan Kajang

Pagi ni, teacher Alisha dan Alfeey ada post mesej ni di whassap.


Take note ye parents kat luar sana.

Klik SINI untuk baca keratan akhbar dari Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia.

Sedikit INFO mengenai demam kepialu:

Tifoid atau demam kepialu adalah penyakit yang disebabkan oleh bakteria Salmonella typhii yang mencemari makanan atau minuman. Seseorang yang dijangkiti akan mengalami gejala di antara satu (1) hingga 3 minggu selepas mengambil makanan atau minuman tercemar. Gejala utama adalah keletihan, demam, sakit perut, sembelit dan sakit kepala.

Pesakit juga boleh mengalami cirit-birit dan muntah. Jika tidak dirawat, gejala tersebut boleh berterusan sehingga beberapa minggu dan menyebabkan komplikasi seperti perdarahan dan kebocoran saluran penghadaman, keradangan otak, psikosis dan sebagainya. Mereka juga boleh menjadi pembawa bakteria ini tanpa menunjukkan sebarang gejala. 

Pembawa boleh menyebarkan bakteria melalui pengendalian makanan atau minuman.

Jaga kebersihan diri ye.



Cuci tangan selalu. Sebelum makan, selepas makan dan selepas ke tandas.

UPDATE:

Hari ni (26/10) Ada lagi 4 kes dilaporkan. 3 di KL dan 1 di Selangor.
CIM kongsikan lagi maklumat yang diperolehi dari KKM.




Bye...Bye...Bye...

Post a Comment

1 Comments

  1. haah betul tu..kne jaga kebersihan..


    salam blogwalking ww.yanieyusuf.com

    ReplyDelete