Exclusive breasfeeding bayi anda

Bukan mudah untuk ibu-ibu meneruskan penyusuan secara ekslusif dengan jayanya tanpa sokongan dari keluarga lebih-lebih lagi suami. Lagi pulak bila si ibu langsung tiada pengalaman dalam penyusuan.  Susu ada atau tak? Bagaimana dan susukan baby? Cukup tak susu ni? Jangan dibebankan kepala dengan memikirkan perkara-perkara ni. Sebaliknya, ambil masa sedikit untuk menyiapkan diri sebelum baby lahir dengan membaca atau pun berkongsi cerita dengan ibu-ibu yang lebih berpengalaman.

Penyusuan ekslusif bermaksud 100% susu ibu tanpa campuran air kosong, makanan pejal atau sebagainya.


Pengalaman menyusukan bayi pertama agak kelakar pada mulanya. Agak kekok untuk menyusukan Alisha pada waktu tu. Ye lah, dia asyik menangis tanpa henti walaupun disusukan. Tebalkan muka bertanyakan pada nurse bertugas. Oh..rupa-rupanya cara bagi yang salah membuatkan mulut Alisha tak dapat melekap dengan sempurna. Amboi bila dah dapat susu, punya lah lama dia melekap sampai lenguh badan ibu dia. Masa anak kedua sudah tak kekok lagi. Jadi, jangan malu bertanya ye. 


Jangan risau, dengan jumlah susu yang bayi anda perolehi kerana di hari pertama, mereka hanya memerlukan susu dalam kuantiti yang sedikit saja. Adalah penting bagi bayi untuk mendapat susu pertama (kolustrum) kerana cecair kuning yang istimewa ini kaya dengan antibodi yang dipanggil immunoglobulin yang dapat melawan penyakit dan menguatkan sistem ketahanan bayi.

Badan kita hanya akan hasilkan susu badan selepas kira-kira 3 hari, iaitu selepas tahap prolaktin dalam badan kita stabil. Jadi jangan terkejut pula nanti bila tengok susu anda berwarna kuning tau :)

Mesti ada yang tertanya, kenapa ramai yang memperkatakan tentang penyususan ekslusif ni?

Antara kebaikan  penyusuan secara ekslusif, adalah:

1. Dapat melindungi bayi daripada penyakit yang disebabkan oleh antibacterial.

2. Membekalkan bayi dengan segala nutrien yang diperlukan untuk 6 bulan pertama kehidupannya.

3. Memastikan bayi dapat menerima sumber makanan yang bersih, mudah dan selamat.

4. Membuatkan bayi anda membesar dengan kuat dan bijak.

5. Mengurangkan risiko untuk bayi mendapat diarrhea dan malnutrisi.

6. Mengeratkan hubungan ibu dan anak.

7. Mempercepatkan proses pengecutan rahim ibu selepas bersalin.

7. Mengurangkan risiko untuk ibu mendapat kanser ovari dan payudara.

8. Boleh menjarakkan kehamilan (salah satu cara perancang kehamilan).

9. Dapat menguruskan badan (setiap penyusuan boleh membakar sehingga 600 kalori)

10. Dapat menjimatkan perbelanjaan dan melindungi alam sekitar.

Dengan semua kebaikan ini, perjalanan penyusuan ekslusif anda akan menjadi suatu pengalaman yang mengujakan anda. Mesti anda tidak sabar untuk pulang dari bekerja bertemu dengan bayi anda dan menyusukannya. Jangan sesekali berputus asa kerana susu anda sedikit atau tiba-tiba berkurangan. Teruskan penyusuan secara ekslusif untuk 6 bulan pertama bayi anda tanpa jemu.
Untuk ibu-ibu yang menyusu, pastikan anda mengambil makanan yang sihat dan berkhasiat serta minum air yang banyak.


Jom ramai-ramai sokong exclusive breasfeeding. Anak sihat keluarga bahagia

http://www.infosihat.gov.my/infosihat/

Bye...Bye...Bye...

Post a Comment

0 Comments