Alfeey is 4.

Assalamualaikum semua.

Semalam birthday anak CIM yang hero tu yang ke 4. Tak celebrate lagi pun sebab MR duty sampai hari rabu. Plan nya nak celebrate sabtu nantilah. Isnin depan kat tadika. Hahaha...ibu dia ni dok rancang nak buat kek sendiri. Tengok lah apa jadi. Nanti CIM update ye.

Alfeey Adham lahir 2 November, di Hospital Kajang. Ibu dia aktif sangat, dah dapat refer letter ke hospital pun dia pi jalan-jalan lagi. Masa tu memang tak rasa sakit tapi air ketuban dah leaking. Tengah malam baru nak pergi hospital. Drive sendiri bawa atuk dan opah dan kakak Alisha. MR di Miri lagi. Masa doktor check air ketuban dia bagi tau wad dah penuh. Takkan nak menunggu juga. Doktor cadangkan ke PPUM atau Hospital Kajang. CIM pilih Hospital Kajang. Merasalah naik ambulan ke sana dari Hospital Putrajaya.

Sampai kat Hospital Kajang, buat check up dan masuk wad. Petang pukul dua lebih Alfeey keluar. Alhamdulillah. Semua nurse yang membantu masa tu baik2 sangat. Nasib baik MR sampai sebelum Alfeey keluar. Jadi dia lah yang azankan hero dia ni.


Gambar ni masa hari pertama hero lahir. 


Alfeey 4 tahun @ Animals lover.



Tak sempat ibu dan abah bagi hadiah. Dia dah dapat hadiah. Ibu sibuk memasak kat dapur, dia sibuk main dalam bilik air. Kepala terhantuk kat kepala paip. Nasib baik lah tak dalam anak oi. Tapi memang berdarah lah. Macam-macam karenah hero sorang ni. Apa-apa pun, ibu, abah dan kakak sayang Alfeey selalu, Semoga membesar dengan sihat dan dilindungi Allah selalu. Amin.

Bye...Bye...Bye...

Post a Comment

0 Comments