Chocolate Brownies Kedut

Assalamualaikum semua.

Jumaat hari tu CIM marathon buat kek yang mak saudara tempah last minit. Adoi ya.....kek apa nak buat dia serahkan pada CIM. Janji mesti ada 5 biji kek. Nak bagi budak-budak tingkatan 5. Maklumlah, mak-mak penyayang. Deme buat potluck makan-makan nak meriahkan anak-anak sebelum SPM. Jadi, merantau jauh lah kek CIM sampai ke MRSM kat Perak nun :)

Sebab nak beli banyak bahan-bahannya, memang kena pergi ke bakery lah. Sebab harganya jauh lebih murah jika nak dibandingkan dengan harga yang terdapat di Giant atau Tesco. Tapi kualiti memang terbaiklah sebab nak bagi orang kan. Bakery kat Puchong tu pulak buka sampai pukul 6. Memang kena ambil cuti lah hari khamis tu. Nasib baik anak2 dah habis exam.

Semua resepi CIM ambil dari blog kak Azlita. Alhamdulillah....ikut je arahan resepi nya. Keluar oven cun je. Tapi hari ni CIM nak kongsikan dengan semua resepi Chocolate Brownies Kedut. Special kan namanya. Risau juga mula-mula takut tak menjadi kedutnya.



Chocolate Brownies Kedut
Resepi: Blog Kak Azlita
  • 400 gm coklat masakan ~ Dark Chocolate
  • 150 gm unsalted butter
  • 100 gm gula perang
  • 100 gm gula kastor
  • 4 biji telur ~ gred A
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 100 gm tepung naik sendiri
  • 30 gm serbuk koko
Cara-caranya pulak:

Part 1

Potong coklat masakan menjadi ketulan-ketulan yang kecil. Satukan dengan butter dan cairkan dengan kaedah double boiler.
Dalam bekas yang lain, satukan gula perang, gula kastor, telur dan esen vanila. Gaul semua bahan dengan menggunakan whisk saja.
Dalam bekas yang lain juga, satukan tepung naik sendiri dan serbuk koko. Kemudian ayak.

Part 2

Tuangkan adunan telur ke dalam adunan coklat masakan. Gaul sebati.
Masukkan campuran tepung yang telah diayak tadi sedikit demi sedikit. Gaul rata.
Selesai. Tuangkan adunan ke dalam loyang 10 x 10 inci. Jangan lupa lapiskan loyang dengan kertas kek yang dioleskan dengan butter.

Bakar dalam oven yang telah dipanaskan 15 minit sebelumnya dengan suhu 160 degree celcius selama 30 minit. Bila dah masak, biarkan kek di dalam oven dengan pintu yang direnggangkan sedikit selama 15 minit.

Potong bila dah sejuk ye.

***

CIM teruja bila tengok kedut-kedut dipermukaan kek tu. Lagi pulak, mak sedara called bagi tau semua kek habis. Dia sendiri tak sempat rasa. Alhamdulillah. Kek lain yang CIM buat adalah coklat orange brownies dan red velvet. 

Lain kali kita menge'kek' lagi ye.

Bye...Bye...Bye...

Post a Comment

0 Comments