Follow Me @noorshafila

Thursday, November 26, 2015

Concert & Graduation Day Alisha

Ceritanya, sabtu lepas merupakan hari Concert & Graduation Day tadika Alisha dan Alfeey. Graduation tu untuk pelajar 6 tahun lah. Yang lain-lain tu penyeri hari buat persembahan :) Comel sangat bebudak 4-6 tahun ni buat persembahan.


Pukul 12, parents dah kena hantar anak2 untuk persediaan. Hahaha...pukul 11 kami dah sampai. Jadi sementara nak menunggu ke pukul 12 tu, memang melepak anak beranak dalam kereta je. UM boleh sesak pulak hari tu. Kebetulan ada konvo MAHSA College rupanya. 


Dua tahun sebelum ni, Alfeey join duduk dengan ibu  kat seat. Tahun ni dia sekali dengan kakak kat belakang pentas. Kiranya ini first time MR dapat tengok konsert anak dia. Sebelum ni dia kat Sarawak nun.


Untuk persembahan pembukaan, semua pelajar terlibat. Adeh, korang tengok lah Alfeey tu. Sebab dia dah nampak ibu dengan abah kat depan, mula lah duk tak diam. Jenuh teacher nak menjaga. Kalau rajin korang tengok video kat bawah ni ye.


Lepas persembahan kedua, Alfeey dah turun pentas datang kat kami. Kena lah hantar ke belakang pulak sebab lepas tu persembahan kelas dia (Kindi Jr - 4 tahun). Depa kena menari 'Ugly Duckling'. Sekali dia tak mau keluar dan tidur kat belakang dewan. Sabo je ibu dengan abah dia. 

Persembahan kakak yang pertama - Choral Speaking


Ni video dia.


Lepas tua ada dua persembahan lagi oleh pelajar 5 tahun. Tahun ni kali pertama, tadika bagi award untuk Best Student Award untuk setiap kelas (no 1 - 3). Alisha dapat no 1 untuk kelas Kindi 2. Alhamdulillah. Tapi tahun ni juga depa ada buat award untuk Student of The Year.


Mata ibu dah berair masa ni dengar MC bercakap.


Tahniah kakak. Semoga terus cemerlang ye. 

Persembahan kedua kelas Alisha - tarian Puteri Santubong Puteri Sejinjang.




Alahai...nasib baiklah tak terlondeh kain kakak tu. Risau ibu tengok kat depan ni.

Lepas tu ada Graduation Ceremony untuk pelajar 6 tahun.


Hehehe....kena betulkan topi lah pulak


Tangkap gambar ramai-ramai dengan Senior Deputy Registrar UM, pengetua tadika dan cikgu kelas.


Untuk persembahan penutup semua menyanyi lagu 'Circle of Life'. Lagu dari filem Frozen tu. Habis tu saja. Memang time sesi bergambar. Sesaklah atas pentas tu.


Baru grad 6 tahun. Semoga sampai universiti ye kakak.


Dengan abah dan adik. Ibu takde....sebab jadi photographer tak bertauliah. Hehehhe..








 Bergambar dengan kawan-kawan rapat dia.

 

Dengan cikgu kelas


Dengan Pengetua


Dengan cikgu kelas masa 5 tahun.

So far, kalau orang tanya macam mana dengan silibus tadika kat UM. CIM akan jawab cukup puas hati. Sesi pagi untuk program tadika - integrated montessary and language programme, petang pulak kelas enrichment termasuk Iqra' & Fardhu Ain, Taekwondo, English, Dance dan Art. Semoga Alisha terus cemerlang dan jadi contoh pada adik. Terima kasih kepada semua cikgu yang mendidik Alisha dari 4 tahun sampai lah sekarang.

Tahun depan CIM kena tumpu lebih sikit dekat Alfeey. Banyak benor mainnya. Kalau ajak belajar ada je alasannya. Hehehe...Hero lah katakan. 

Sekian, cerita pasal penutup sesi tadika Alisha.

Bye... Bye...Bye...







2 comments:

  1. Seronoknya kalau boleh pegi graduation day adik2 ni. Sebab suka tengok persembahan n kecomelan dorang. Hihi :D

    ReplyDelete
  2. wow... bestnyer perfoming tu.... semoga kakak berjaya dunia akhirat tau... :)

    ReplyDelete