Dah tak sabar

Assalamualaikum dan Salam Jumaat | Esok, 21 november ada upacara 'Concert & Graduation Day 2015' tadika anak-anak. Ada orang tu dah tak sabar nak graduate. Siapa lagi kalau bukan Alisha. Ye lah, dah sebulan lebih berlatih. Semalam hari ni, depa mula buat raptai penuh di dewan.


Pagi semalam, pukul 4 bagi dia kejut CIM ajak mandi sebab takut lambat ke tadika. Alahai sayang... tidur dulu nanti azan subuh ibu kejutkan. Siap pesan nak bawa alat makeup bagi teacher dia solek muka. Tahun ni Alisha akan buat persembahan coral speaking dan tarian. Hari-hari duk melayan dia hafal dalam kereta. Kata teacher dia, Alisha akan dapat Anugerah Cemerlang. Ibu excited.


Sebelum tu, semua pelajar tadika (kelas 4,5 dan 6 tahun) dah ada sesi fotografi untuk akhir tahun. 


Kindi 2 (6 tahun) kelas Alisha. Dah 3 tahun bersama. Banyak kenangan Alisha di tadika ni. Lepas ni masuk darjah 1, tinggal adik pula di tadika ni :) Nanti CIM buat entry tentang semua aktiviti alisha sepanjang di Tadika UM.

Doakan anak-anak CIM untuk upacara esok ye.

Bye...Bye...Bye...


Post a Comment

2 Comments