Doa melembutkan hati anak yang degil.

Korang ada anak kecil yang degil dan nakal? Hadoi CIM, ayat tak hengat. Sebenarnya nak cerita pasal hero CIM yang sorang ni. Takde lah nakal dan degil sangat sebenarnya :) Tapi sekali dia buat perangai, pening CIM.


Tengok tu. Muka marah... muka geram... muka tak puas hati... semua ada. Umur dah 4 tahun tapi kalau kita bercakap ada je jawapannya. Kalau kita cakap - adik jangan nakal la. Selamber je dia jawab - adik tak kawan dengan ibu lah sebab ibu nakal. Kita pulak yang kena. Sabo je kan. Kadang-kadang lagi ditegur lagi dia buat. Kalau dah boleh main, tak peduli yang lain dah.

Tapi kalau dia nak bermanja, habis muka kita diciumnya dan dipeluknya. Kat tadika, kalau kena buat latihan kena teacher duduk sebelah baru nak buat. Kalau tak memang tak berbuat lah. Alfeey... Alfeey... Orang tua kata, nak bagi dia slow down sikit..bagi je adik. Hahaha.....InsyaAllah kalau diberi rezeki itu.


Walau apa pun, ini amanah Allah pada CIM. Anugerah yang paling indah dalam rumahtangga CIM. Semoga Alfeey membesar dengan sihat dan dilindungi Allah selalu. Jadi kat sini CIM nak kongsikan doa yang boleh parents kat luar sana amalkan kalau dah buntu dengan karenah degil anak. Ahaks..... Tak sabar nak tunggu 21 November ni untuk Concert dan Graduation Day Tadika Universiti Malaya. Adik jadi duckling duck. Jangan dia tak mau buat sudah.....



Surah ash-Syuraa ayat 19.

Sebaiknya dibaca selepas subuh iaitu dibaca pada botol air untuk minuman dan masakan seisi keluarga (CIM ada terbaca pada satu blog). Wallahualam.
Sama-sama kita amalkan ye.


Bye... Bye... Bye...



Post a Comment

2 Comments

  1. As Salam. Hye! Nice entry kak CIM,=) Anak akak dh 4 tahun kn. Anak sy baru 1 tahun 3 bulan, camner la dier besar nt. Semoga menjadi anak yg solehah hendaknya, amin.

    Sy nak kongsi 1 lagi doa, akak salu la baca ni masa akak masak nasi. Masa akak basuh beras, sambil basuh akak baca, 'Ya ayyuhal lazina amanusbiru wa sabiru wa rabitu,wattaqullaha la'allakum tuflihun'. Baca 7x. =) Selain itu, baca semasa akak masak pape lauk pon bole. Selain itu, pegang dada anak dan bace ayat tadi, selepas bace hembus ker dada anak, lakukan tiap malam. In Shaa Allah. #JustSharing. =)

    ReplyDelete
  2. Terima kasih Momma Zulaikha. Itu ayat dari Surah Yusof kan. InsyaAllah, sama-sama kita amalkan. Insya Allah, princess tu akan membesar dengan baik :) Kita doakan ye.

    ReplyDelete