Juara Parodi 2015 Minggu ke-3

Dua minggu sebelum ni adalah konsert pengenalan. Baca di SINI untuk minggu pertama dan di SINI untuk minggu kedua. Minggu ke-3 baru bermula pertandingan yang sebenar.


Untuk minggu ni, Aziz M. Osman menjadi juri menggantikan Zainal Abidin dan Hans Isaac sebagai juri jemputan. Dah lama CIM tak tengok Hans kat tv. Kali terakhir masa siri drama Dahlia, kalau tak silap.  Minggu ni peserta akan memparodikan lagu mengikut tema " pengampu". Yang bestnya, tengah depa dok nyanyi tu, juri aka tekan buzzer dan depa kena tukar genre lagu. Hahaha....lucu gak. Lagu-lagu yang diparodikan minggu ni adalah:


Mawi & The Loyar - Gerimis Mengundang

Skru - Cinta Pantai Merdeka

Righthanded - Sha Na Na 

Juri - Secangkir Madu Merah

Senaman - Teringin

Abang Face - Knock Knock 

Cuba Teka - Senggol Senggolan

Black Dot Chey - Puncak Kasih

Slumber Blur - Penglipur Lara

Kobis Pedas - Takdir & Waktu

Secara keseluruhan, minggu ni agak menghiburkan. CIM suka skit dan parodi yang di buat oleh Abang Face dan Slumber Blur. Cuma pengacara tu banyak bercakap sangat. Dan kedudukan di akhir konsert untuk minggu ini:

1. Abang Face
2. Righthanded
3. Slumber Blur
4. Kobis Pedas
5. Black Dot Chey
6. Skru
7. Mawi & The Loyer
8. Juri
9. Senaman
10. Cuba Teka

Sebagai pemenang untuk minggu ni, Abang Face dapat memilih lagu untuk parodi minggu depan. Depa dah pilih lagu Teratai dan genre yang perlu depa nyanyi dipertengahan adalah Pop Yeh Yeh. Tema untuk minggu depan adalah "Kebenaran isteri ...." dan perkataan wajib adalah PAYUNG EMAS.

Nak tahu apa jadi minggu depan? Jangan lupa tengok Juara Parodi ye, Jumaat @ 10 malam, di Astro Warna dan Maya HD.

Bye...Bye...Bye...



.

Post a Comment

0 Comments