Lagu Gegar Vaganza Minggu 5

Adeh...CIM sekarang asyik update berita hiburan pulak kan. Korang layan je lah ye.


Siapa tengok malam tadi? Makin best kan. Menampilkan 3 orang juri jemputan iaitu Jefri Din, M. Nasir dan AC Mizal. Persembahan malam tadi semua nya best. Bagi CIM, Acong dan Farahdhiya paling best. Nyanyian Nana mengingatkan kembali arwah Achik. Akhirnya, kita dapat tengok Sheeda tersingkir. Beliau sudah buat yang terbaik tetapi lenggok dangdut masih terselit dalam lagu yang dinyanyikan. Semoga kak Sheeda lebih berjaya dengan genre dangdutnya selepas ini.

Nak cakap pasal pengacaraan sikit, CIM rasa Nabil sedikit mengganggu sewaktu juri memberi komen. Ini pertandingan dan Nabil sepatutnya memberi ruang kepada juri.

Untuk minggu ke lima, depa dapat tema Hit Vaganza. Maksudnya, depa kena menyanyikan lagu-lagu hit yang pernah popular dalam carta-carta di radio. Ini senarai artis dan lagu untuk minggu depan.

  • Faradhiya - Mencintaimu (Kris Dayanti)
  • Haiza - Rela (Tila)
  • Nassier Wahab - Di Pintu Syurga (Dayang)
  • Azian Mazwan - Wajah Siapa di Hatimu (Azlina Aziz)
  • Acong - Memburu Rindu (Hattan)
  • Nizam - Misteri Mimipi Shakila (Wings)
  • Siti Nordiana - Nirmala (Siti Nurhaliza)
  • Ezad - Gerhana Cinta Luka (Iklim)
  • Amir U'kays - Yank (Wali Band)
Kita tunggu minggu depan pulak ye.

Bye...Bye...Bye...

Gegar Vaganza Minggu 6 - Klik SINI
Gegar Vaganza Minggu 4 - Klik SINI

Post a Comment

0 Comments