Lagu Gegar Vaganza Minggu 8

Konsert Gegar Vaganza Minggu 7 | Semua dah tahu untuk konsert malam ni, tinggal 7 orang peserta yang bersaing. Nana, Acong, Faradhiya, Ezad, Haiza, Nassier dan Azian. Tema malam tadi adalah Rockdut.

Pembukaan konsert adalah persembahan adalah pesembahan dari Bandi Amuk yang menyanyikan lagu Akar & Bumi. Manakala juri jemputan adalah Mamat Khalid. Macam biasa, sebelum peserta GV buat persembahan, Nabil dan Jihan akan menjalankan tugas mereka dengan menyanyikan lagu yang telah diberikan iaitu Secangkir Madu Merah.

Secara keseluruhan, CIM suka dengan persembahan Haiza dan Faradhiya. Dan untuk konsert malam ni, CIM tak sangka Acong boleh tersingkir. Ingatkan Azian. Tapi Acong bernasib baik bila Datuk Seri Vida menggunakan kuasa imuniti nya untuk menyelamatkan Acong. Fuh.....lega.

Jadi kita akan jumpa kesemua 7 peserta ini lagi di konsert separuh akhir minggu depan dengan lagu-lagu yang telah ditugaskan kepada mereka.

Pengacara - Si Gadis Ayu

Faradhiya - Kau Kunci Cintaku Dalam Hatimu

Nassier Wahab -  Biar Putih Tulang

Haiza - Flora Cinta

Nana - Mengapa

Ezad - Tiada Lagi Kidungmu

Azian - Sedalam Mana Cintamu

Untuk lagu tugasan Acong, kenalah tunggu kapsul Gegar Vaganza ye :)

Jumpa minggu depan untuk konsert separuh akhir di minggu 8.

Bye...Bye...Bye...

Post a Comment

0 Comments