MICF: Malaysian Islamic Children's Fair 2015

MICF| Dah masuk tahun ketiga baru berpeluang nak bawa anak-anak ke SACC, itu pun dah hari terakhir baru nak pergi dan last minutes punya perancangan. Sebelum ni tak tahu pun sebenarnya ada event macam ni.


Kami sampai dalam pukul 12 tengah hari kalau tak silap. Hujan renyai-renyai kat luar. Dah nama pun event, banyak lah flier dari vendor2 yang turut serta. CIM bawa pusing satu round dulu cari booth yang menarik.



Lepas pusing satu round, Alfeey dah sangkut kat Bouncy Castles Playground. Jadi abah kena jaga adik dan kakak ikut ibu. Lokasi pertama mestilah Karangkraf. Sementara ada sale, baik beli buku yang dia berkenan.



Lepas beli buku yang dia pilih, dia nak cuba mewarna batik pulak.


RM10 je.


Pakcik Ismail ni tengah mencanting nama Alisha


Pengalaman berharga bagi Alisha yang baru 6 tahun.


Yay! Dah siap.


Lepas tu anak-anak dah jatuh cinta dengan Lazz Susu Kambing. Berkali-kali diorang pergi ke booth untuk merasa susu ni. Kebetulan memang nak tukar susu Alfeey dan susu ni sesuai untuk semua peringkat umur, CIM beli dua kotak dulu. Susu ni ada dua perasa iaitu kurma dan asli. Harga sekotak RM45 .


Deme syok dapat peluang bergambar dengan 'ummi'

Banyak lagi booth2 dan aktiviti yang menarik sebenarnya. Tapi ramai sangat orang. Lagi pun dah lepas waktu zuhur. InsyaAllah, tahun depan ada lagi. Yang penting anak-anak happy.


Hasil di MICF. Semua untuk anak-anak je.

Bye...Bye...Bye...

Post a Comment

1 Comments