Tahniah buat adik-adik UPSR

Assalamualaikum semua | Konon-konon malas nak update blog hari ni. Tapi rasa macam ada kerja yang tak sudah je. Ngadap juga sekejap.


Tahniah kepada anak-anak yang mengambil keputusan UPSR semalam. Tak kira kamu dapat 5A atau 1A atau pun tak de A langsung pun, kamu dah berjaya. Banyaknya A itu bukan ukuran kejayaan. Yang penting, kamu terus berusaha lagi selepas ni. Perjalanan kehidupan masih lagi jauh. Ibu bapa pula mesti gembira dengan kejayaan anak masing-masing. Tahniah ye. Bagi yang kurang baik keputusannya, jangan dimarah atau disisihkan mereka sekiranya keputusan peperiksaan mereka tidak seperti yang kamu harapkan.

Pada mereka-mereka yang tak berpuas hati bila melihat ada ibu bapa sibuk bercerita tentang kejayaan anak-anak mereka di media sosial. Janganlah di kata mereka ini, kamu tidak berada ditempat mereka. CIM percaya, tiada riak di dalam hati mereka hanyalah perasaan bangga dengan kejayaan anak mereka. Terasa hilang segala keringat yang diperah demi kelaurga dan anak yang tercinta. Kenapa CIM cakap macam ni? Sebab CIM sebagai seorang ibu pun ada rasa macam tu.

Sedang Alisha yang baru 6 tahun pun CIM bangga dengan keputusan akhir tahun di tadika. Masih mengekalkan kedudukan no 1 di dalam kelas dengan markah keseluruhan 588/600. Lagi bangga bila teacher dia sendiri memuji dan bertanya bagaimana cara dia belajar dan CIM mengajar di rumah. Lepas je jumpa teacher dia terus call MR terus call mak di kampung. Rasa macam nak bagi tahu semua orang je. She is my daughter :) Ini kan pula UPSR. Ucapan tahniah kepada mereka pun sudah cukup untuk mengembirakan hati mereka.


Momen yang sangat berharga bila melihat wajah kegembiraan ibu bapa dengan kejayaan si anak. Tahniah sekali lagi dari CIM. Tahniah untuk si anak dan tahniah untuk ibu dan bapa


Bye...Bye...Bye...

Post a Comment

1 Comments