Anak-anak balik kampung.

Minggu lepas, kami tiga beranak tinggal di Kelana Jaya sebab MR ada kursus di Melaka. Dan kebetulan minggu tu pulak CIM berkursus dua hari juga. Disebabkan tak de saper nak jagakan anak-anak, minta tolong adik ipar jagakan anak-anak lah. Tak pasal-pasal adik ipar jadi mak anak tiga.


Dan disebabkan, atuk dengan opah dah rindu sesangat kat cucu-cucu depa, jumaat lepas, abah CIM datang dari kampung semata-mata nak ambil cucu-cucu dia bawa balik kampung. Excited betul anak-anak berdua tu. Memandangkan dua minggu lagi nak buka sekolah, CIM bagi lah 'can' depa balik kampung. Lepas Isyak, depa gerak balik ke kampung dengan adik CIM.


Dah sampai Tapah, adik CIM wassap gambar depa yang tido lena dalam kereta. Memang perangai budak berdua ni, kalau travel jauh memang akan tido dalam kereta tak kira malam atau siang. Dapat je aircond mata pun terus jadi layu. Alhamdulillah, sampai dengan selamatnya. Sekarang tengah bersenang lenang di kampung. Sampai ibu telefon pun tak mau cakap sebab nak main. Depa tak tau kot yang ibu dan abah depa dah mati kutu kat rumah sebab sunyi kat rumah. Lagi pulak, tak de yang menempek memeluk tidur sekali atas katil. Mula lah rasa besor giler tilam kat rumah tu.


Siap bersolek dan pakai tudung lagi :)

Ok lah..tu je dulu. Korang jangan pulak kata CIM lepas tangan bagi anak-anak kat mak bapak ye. Depa balik bercuti je.

Bye...Bye..Bye...


Post a Comment

2 Comments