Follow Me @noorshafila

Tuesday, December 22, 2015

Kenangan mengusik jiwa :)

Dalam dua minggu ni, kesihatan memang tak memberangsangkan. Mata asyik mengantuk saja. Balik kerja je terus tumbang. Terima kasihlah kat MR yang banyak membantu. Ringan sikit rasa. Weekend lepas memang duduk bawah selimut je. Berat pun dah turun dekat 2 kg. Nasib baiklah anak-anak di kampung. Kalau tak, kesian depa. Moga dipermudahkan segalanya. Amin.

Sebenarnya CIM nak cerita pasal kenangan kenduri kahwin CIM dulu. Ni gara-gara dengar celoteh Sepah2 kat Sinar pagi tadi lah ni. Harap korang tak bosan dengan entri kali ni ye. Yang dah kahwin mesti banyak kenangankan. Mak dan abah CIM dulu memang merancang nak buat cara kampung kendurinya. Maklumlah anak sulung nak kahwin. Tunggu dekat 30 tahun baru hati anak dia terbuka nak kawin :) Makanya semua urusan kenduri, dari merancang, menjemput dan perjalanan kenduri semua mak dan abah uruskan. CIM cuma uruskan diri je. Hehehe....kad kahwin dan pelamin, adik yang tolong booking. CIM pilih dan bayar je. Hantaran - mak sedara yang tolong deco kan. Sehari lagi majlis, baru CIM balik ke kampung. Sebelum tu, CIM sibuk dengan kursus intensif USM di Pulau Pinang.

Bila sampai rumah je, tengok pelamin dah siap semua :)


Kerja gotong royong dari awal sampai habis semua dilakukan oleh bapa dan mak sedara serta sepupu2 yang dah besar panjang serta orang kampung.


Pak ndak CIM (baju oren) jadi bos memasak. Sedap :)


Yang perempuan, dok kat balik ni. Potong bawang dan macam-macam lah.


Meriah sangat bila kawan-kawan abah datang menolong jugak.


Masa arwah Opah ada lagi. Tapi dah tak larat. Dia banyak duduk je. Arwah 'pergi' masa CIM mengandungkan Alisha 6/7 bulan kalau tak silap.


Atuk jadi 'mandur'. Tengok je dah tua tapi sampai sekarang tak reti duduk diam.


Rumah kampung CIM dikelilingi oleh pokok getah. Kalau ada kenduri memang senanglah nak mengumpul kayu api.


Sebelah malam sebelum kenduri ada majlis khatam Al-Quran. Dan kenduri. Masa zaman sekolah, rajin ikut cikgu mengaji pergi majlis khatam Al-Quran orang dengan geng-geng mak. Alhamdulillah, berpeluang juga buat majlis ni dengan orang-orang yang sama.


Kat luar, orang lelaki menjamu selera.


Malam tu juga, pakai inai :) Tak de design pun. Pakai hujung jari tangan dan kaki. Abah nak simple je. Jangan melebih-lebih kata dia.


Majlis nikah buat dekat masjid. Abah jadi wali dan nikahkan CIM dan MR. 


Rombongan pengantin lelaki sampai je...terus makan dulu.


Perut dah kenyang baru bersanding. Lucu sebenarnya. Disebabkan pari-parinya ramai sangat pengapit tak berpeluang nak jadi pengapit.

Alhamdulillah. Dah 7 tahun pun. Memang kenangan yang paling indah. CIM keluarga yang besar. Mak ada 10 adik beradik. Campur dengan sedara mara yang lain dan sepupu-sepupu, memang orang kata kerja-kerja majlis kenduri CIM dulu, semuanya dibuat oleh adik beradik. lagi pulak, rumah mak dan rumah atuk bersebelahan je.


Semua tetamu makan berhidang. Nak tambah lagi pun boleh :)


Geng muda cuci pinggan.










Lepas nikah. Abah dengan mak simple je. Tak mau bergaya-gaya. Love you both. Semoga perkahwinan kami berkekalan macam mak dan abah juga. InsyaAllah. Weh...kenangan mengusik jiwa sungguh ni :) Semoga tradisi gotong royong ni dapat lah berkekalan sehingga anak-anak CIM nanti.

Bye...Bye...Bye...

2 comments:

  1. Assalamualaikum, semoga perkahwinan cik ila bahagia ke akhir hayat.. =D so sweet both of u, macam pinang dibelah dua.. hihi ayat lama...

    ReplyDelete
  2. setuju dengan kak shikin...bagai pinang dibelah dua la CIM Ddan MR...
    semoga bahagia hingga ke syurga..^_^

    ReplyDelete