Shopping di LAZADA

Breaking

Monday, December 07, 2015

Lagu Gegar Vaganza Minggu 9

Malam tadi berlangsungnya konsert GV2 minggu ke 8 yang merupakan konsert separuh akhir. Konsert malam tadi juga menyaksikan Azian akhirnya tersingkir walaupun CIM rasa persembahannya lebih baik dari Nassier Wahab. Kecewa juga dengan arrangement lagu yang Faradhiya nyanyikan. Tapi nak buat macam mana, keadaan tak mengizinkan bagi Fara.

Harap para juri dapat melaksanakan tugas mereka tanpa pilih kasih. Sebab apa CIM cakap macam ni? Sebab dah dua minggu CIM rasa ada yang tak layak masih lagi kekal malah di antara kedudukan teratas. Dah lah budaya senioriti memang ada dalam budaya kerja kita, takkan hiburan pun macam tu jugak.

CIM rasa persembahan Nana malam tadi adalah yang terbaik diantara semua artis. Hehehe...adakah Nana akan menjuarai Gegar Vaganza 2 tahun ini? 

Kita tunggu konsert akhir minggu depan ye.

Untuk persembahan konsert akhir, Lagu-lagu yang ditugaskan kepada peserta GV2 adalah:

Nana - Putus Terpaksa
(Ziana Zain)

Nassier - Gelombang Cinta
(Heavy Machine)

Ezad - Nur Nilam Sari
(Search & Awie)

Acong - Seruan
(Lefthanded)

Haiza - Puisi Cinta
(Ilusi)

Faradhiya - Janji Manismu
(Aishah)

Satu lagi tugasan yang diorang akan persembahkan adalah:

Awak Kat Mane
Nana vs ???

Ooh La! La!
Faradhiya vs ???

Apa Khabar
Ezad vs ???

So..jumpa di konsert akhir minggu depan ye.

Bye...Bye...Bye...

1 comment: