Pernah tak kengkawan yang working mom ni balik dari kerja terus tumbang, tak larat nak buat apa dah. Rasa macam nak merangkak je bila nak bergerak ke sana sini. Even masa solat pun terkebil2 mata menahan mengantuk. Pastu nak kena layan suami dan anak-anak. Lepas semua dah tido baru lah boleh mula mengemas. Pagi esoknya, mula lagi rutin yang sama. Tipu lah kalau tak de kan.

Hahaha...ini tentang working mom yang takde maid ye. Semuanya nak kena buat sendiri :) 

Meh kita tengok Rules of thumb yang dikongsikan oleh UmmuZuhayr ni.



No 1:
Ada je orang yang ambil upah untuk kemas rumah hujung minggu ni kan. Upah yang diorang kenakan pun tak berapa tinggi. Tapi CIM tak lah kot. Dah namanya hujung minggu. Dua hari tu boleh lah guna untuk kemas apa yang patut.

No 2:
Hat ni memang selalu. Tapi tak boleh lah nak tengok kalau selerak sangat. Sakit pulak mata memandang. Hilang penat buat lah perlahan-lahan. Takkan balik penat2 nak rehat sekali tengok rumah macam tongkang pecah. Langsung mood ke laut.

No.3:
Hehehehe..malu CIM tau. Bab membasuh dan menjemur memang rajin. Tapi bab melipat...bercinta sesangat. Bakul-bakul kat rumah tu dok tunggu dari minggu ke minggu. Ahaks.

No.4:
Anak-anak CIM, kat mana mak dan abah diorang duduk kat situ lah depa port benda main depa. Padahal dah memang ada bilik untuk main. Bukannya depa main sangat pun...syok menyelerakkan rumah je. Bila suruh kemas balik, masing-masing tunding jari satu sama lain. Nak ngelat lah tu.

Hahaha...korang pulak macam mana?

Tapi penat macam mana pun. Kena buat juga lah. Takkan nak bior rumah berselerak dan tunggang langgangkan. Makanya....Jom kemas rumah hujung minggu ni.

Bye...Bye...Bye... 

1 Comments

  1. Salaam Jumaat :)

    DOne Follow, jemput singgah teratak wanza :)

    http://wzalehawismail.blogspot.my/

    ReplyDelete