In

Jadi cemburu bila dah rindu.

Sungguh-sungguh rindu kat budak berdua tu.
Dua beg tangan merangkap bantal peluk malam2 kecuali bila abah diorang ada (hik hik hik)
Hari-hari telefon pun tak puas cakap.
Nak pulak Alisha yang memang kepochi tahap makcik-makcik.
Jealous lah tengok orang duk pegang tangan anak kat sini. Hahahaha
Apa punya kes? Nak cemburu pulak kan....
Tak pe...balik nanti ibu gomol cukup2.



Setahun sekali kena lah berpisah macam ni selagi tak habis belajar ni (huhuhuhu)
Tahun sebelum2 ni, ada juga balik jenguk.
Tapi intensif kali ni, hari2 ada kelas. Tak dak day off langsung.


Macam pagi tadi, 7 orang ja datang kelas. Kelas pukul 8 (seb baik cik kak ni bangun awal). Kelas2 masa minggu intensif ni tak dah recording. Kira sapa datang memang untung lah sebab belajar LIVE, dah tak boleh nak play, rewind or stop macam recording WEBEX sidang video. Topik2 yang heavy ni kalau tengok notes saja tanpa penerangan memang susah nak faham melainkan kalau otak tu dah memang genius. Hahahaha.....


Ok bye...
Thanks for  reading this entry....
Esok ada exam. Wish me luck.

Read More

Share Tweet Pin It +1

2 Comments

In

Alisha nak ikut

Duduk sendiri dalam bilik ni...mula lah teringat kat budak berdua tu.
Apa lah yang diorang buat masa ni agaknya :)
Dah dua kali, Alisha cakap "kakak nak ikut ibu" dengan nada suara manja sesangat.
Wah...kakak, bikin perasaan ibu gundah gulana je. Sob...sob...

Alfeey pulak tak kisah sangat. Tiap kali telefon, langsung tak mau cakap. Hero kan......

Fikir-fikir balik....tak payah nak risau pun. Sy tahu mak ngan abah akan jaga diorang dengan baik. Hahahaha....diorang ni lebih sayang cucu2 lagi sebenarnya.



Thanks for reading this entry.....



Read More

Share Tweet Pin It +1

0 Comments

In

Saya di USM

Hi...salam buat semua. Saya sekarang berada di USM :) menjalani rutin sebagai pelajar sepanjang dua minggu. Ada tak sesiapa yang buat pjj USM ni? Boleh lah kenal-kenal.

Masuk hari kedua dah kat sini sebenarnya. Hero dan princess kena tinggal di kampung dengan opah dan atuk. Dari hari pertama lagi, kesihatan tidak berapa nak baik....demam, selsema dan batuk. Dan of course lah together dengan sakit kepala. Hingus dah meleleh tahap air terjun Niagara lagi. Mana nak angkat barang-barang lagi. Dah lah tingkat atas sekali. Memang tumbang. Tapi disebabkan ada kelas...memaksa diri juga lah. Nasib baik tahun ni tempat penginapan dekat dengan dewan kuliah. Tak lah tergesa-gesa sangat. Tapi....line WIFI kalah siput. Shower room kat level ni pulak, satu je yang ada air tapi mak aih , macam malu-malu nak keluar. Oh cepat lah habis dua minggu ni. Rasa kosong je bila takde budak berdua tu.

Wokeh lah....nanti sambung cerita lagi. Mata dah berat.


Read More

Share Tweet Pin It +1

0 Comments

In

Kek Gula Hangus

Punya lah lama berangan nak buat kek gula hangus atau ada juga yang panggil kek sarang semut ni. Dari sehari ke sehari tak juga buat-buat. Sebabnya takut tak menjadi. Ye lah....hasil yang baik adalah kek yang cukup kenyalnya dan ada corak lubang-lubang. Pasal tu la kek ni dipanggil sarang semut.

Cik suami balik bercuti hari tu, sy pun tanya lah dia nak bawa balik apa ke Miri. Maka dengan selamba dia cakap kek ni. Huaaaa...manalah i confident nak buat. Tapi disebabkan tak mau kuciwakan cik suami, sy pun cari resepi dari blog kak Azlita. Dan follow setiap langkah (takut tak jadi).

Maka buat kali pertamanya......mendapat hasil sebegini. Mestilah sy happy over the moon. Dapat juga cik suami bawa balik. Sebabnya, dari awal sebelum buat lagi berkali sy ingatkan dia....ini first time buat, kalau tak jadi tak payah bawa balik. Huhuhuhu


Not bad huh :) Walaupun rupanya tak semenarik gambar dalam blog kak azlita, rasa kek ni seperti kek yang pernah sy makan. InsyaAllah.....akan cuba lagi nanti. 



~ PRODUK ~

Pernah dengar CMD Revell tak?
Meh baca keistimewaan dia.


Dan Khasiatnya adalah untuk:



 Berminat nak dapat kan CMD sms/whatsapp sy 0129264020

Read More

Share Tweet Pin It +1

0 Comments

In

Manisnya Cinta di Cappadocia

Akhirnya berjaya juga menonton movie ni.....Manisnya Cinta di Cappadocia. Bukan kat cinema.....bukan beli dvd pirate...tapi kat Astro je. Enjoy dan relax sambil baring-baring. Kebetulan cik suami pun cuti. Boleh lah tengok sambil feeling- feeling :)


Jalan cerita yang menarik yang mengisahkan tentang percintaan Ifti Liyana dan Nazmi. Memanglah tak detail macam novel Manisnya Cinta karya Anis Ayuni tu. Tapi masih tak lari dari jalan cerita asal. Sampai sekarang novel tu masih berada dalam simpanan (sayang).


Barisan pelakon pun best. Pada saya gandingan Fazura dan Sam memang menjadi. Dua-dua sweet. Pelakon-pelakon pembantu pun yang dah memang kita selalu tengok kat tv. 

                           

Cantik sangatlah Fazura ni.

Alisha paling suka babak bila Fazura menjerit "arghh..aku sunyi."

Keseluruhannya.....berbaloi lah bayar RM15 kat Astro. Hahahaha

Korang yang suka layan movies......TENGOK lah.


Thanks for reading this entry.....

Read More

Share Tweet Pin It +1

0 Comments

In

Kit Kat

Assalamualaikum semua :)


Hari ni nak cerita sikit pasal Kit Kat. Chewah....mentang-mentanglah ada Iklan Nestle Kit Kat Launch Nuffnang kat atas, tengah n tepi layout blog tercinta ni. Thanks Nuffnang.

Ok berbalik kepada cerita Kit Kat, memandangkan kat rumah sy memang ada 'hantu kit kat', memang wajiblah kena ada stok nya dekat rumah. Pastu kena sorok, bila minta baru bagi. Kalau tak..... kejap-kejap pintu peti sejuk akan terbuka dan tertutup.

Sempena Tahun Baru Cina yang akan datang ni, Kit Kat ada buat goodies container. Makanya kali ni, si ibu yang terlebih excited bila nampak Kit Kat kali ni. Meh tengok gambar ni. Sweet sangat ghupenya kan.



Ada empat warna yang menarik semuanya. Kat tesco tengah promotion untuk Kit Kat Double Prosperity Goodies Container ni dengan harga RM22.88.


 

Jom kumpul sama-sama. Rupanya dah macam mangkuk tingkat. Boleh bawak pi piknik or bekal makanan.



Thanks for reading this entry


Read More

Share Tweet Pin It +1

1 Comments

In

Jom Aktifkan MyKad

Assalamualaikum dan salam ceria

~Entry Contest~

Awak...awak...semua  mesti tahu mykad kita tu banyak kegunaannya. Semua urusan termasuklah urusan rasmi dan juga tak rasmi. Kalau takde memang susahkan. Terkini, ada satu program telah dibangunkan khas untuk menampung keperluan lebih 30 juta rakyat Malaysia ni iaitu Program Mykad Smart Shopper.

Tapi untuk menyertai program ni, anda kenalah aktifkan mykad yang dah sedia ada tu yang oleh buat secara online di www.aktifmykad.com. Mudah sangatkan dan yang penting FREE je. Nanti boleh lah guna sebagai kad diskaun dan kad ganjaran bila shopping.


Kelebihan Menyertai Program MyKad Smart Shopper:
  • Pengaktifan MyKad untuk menjadikan Kad Diskaun adalah PERCUMA
  • Tiada sebarang Annual Fee dikenakan (Bermakna PERCUMA seumur hidup)
  • Tidak perlu membawa kad tambahan yang pastinya akan menyesakkan dompet anda. Semua orang membawa mykad ke mana-mana untuk kebanyakkan urusan. 
  • Dapat mata ganjaran dan tidak ada tempoh luput. 
  • Walaupun anda tidak dikenakan sebarang yuran untuk menyertai program ini dan tiada yuran tahunan dikenakan, tetapi anda berpeluang untuk menebus hadiah daripada pihak syarikat berdasarkan mata ganjaran yang telah anda kumpul ketika berbelanja. 
  • Aplikasi Mykad Smart shopper melalui IPAD, Iphone dan Smartphone disokong dengan sistem GPS, dapat memberi panduan, maklumat dan lokasi setiap kedai yang terlibat di dalam program ini. 
Sesiapa yang dah aktifkan mykad akan mendapat Mykad Booklet seperti dalam gambar kat bawah ni secara PERCUMA. Dalam Mykad Booklet mengandungi kesemua 50 aplikasi Mykad yang perlu kita tahu sebagai pemilik Mykad.


Apa lagi....jom aktifkan Mykad anda :)


~ Contest ini dianjurkan oleh Blog Coretan Anuar ditaja oleh www.aktifmykad.com~

Good luck kepada semua yang menyertai contest ni ye.


Thanks for reading this entry.

Read More

Share Tweet Pin It +1

10 Comments

In

Selamat Tahun Baru 2015

Assalamualaikum semua.

Lama blog ni menyepi memandangkan tuan punya blog sibuk bercuti :)

Belum terlewat untuk saya ucapkan SELAMAT TAHUN BARU 2015 kepada semua.

Semoga 2015 lebih baik dari tahun2 sebelumnya.



InsyaAllah

Read More

Share Tweet Pin It +1

1 Comments