In Diari Ibu

Kisah di Klinik

Hari tu kat klinik,
Bawa Alisha sebab demam.
Masuk seorang budak perempuan ni dengan ayah dia
Kelam kabut je bertanya tentang xray dan medical check up
Tanya pasal bayaran, pekerja tu cakap RM180.
Ayam diam je bila anak kata "sekejap" sambil keluar.
Anak keluarkan telefon......dengar dia cakap "Mak..." bercerita tentang bayaran yang kena.
Agak lama juga baru mereka masuk balik.
Anak tanya kat pekerja bila boleh siap sebab hari Isnin dia dah nak kena daftar.
Pekerja tu kata hari Khamis.
Anak tanya lagi "bila kena bayar"
Pekerja tu kata hari ni.
Sambil pandang wajah ayah, anak duduk di kerusi dan tunduk kepala.
Ayah pelan-pelan keluarkan duit dan kira.
Tiba-tiba pekerja tu cakap "buat dulu nanti hari Khamis boleh bayar"
Baru nampak senyuman dari ayah. Terus dia simpan balik duit. Anak pun nampak macam lega.
Terus pakcik tu tegur saya yang baru nak ambil ubat.
Saya tanya "anak dapat mana pakcik?"
"IKBN" sambil senyum bangga.

Read More

Share Tweet Pin It +1

0 Comments

In Miscellaneous

Penderaan: Bila akan berakhir

Sedih dah luluh rasa hati bila membaca kisah dan penderitaan mangsa dera di media. Itu yang kita tahu. Mungkin banyak lagi yang tidak dilaporkan. Saya sendiri tak berani nak bercakap banyak kerana saya sendiri ada keluarga dan anak-anak.

Hari ini terbaca tulisan Dr Rozanizam Zakaria di FB mengenai PENDERAAN: TIDAK BERAKHIR DENGAN SEMBUHNYA LUKA. Boleh baca di SINI. Kesan jangka masa panjang penderaan tidak mungkin berakhir semudah ‘melupakan’. Tanpa sokongan yang sepatutnya, kesannya boleh kekal seumur hidup. Bagi yang telah 'pergi' penderitaan mereka sudah pasti berakhir. Bagi yang masih hidup dan terpaksa melalui kehidupan dengan kecederaan emosi dan fizikal, semoga Allah memberi memberi kehidupan yang baik kepada mereka.

Allahu...ngeri bila membaca kisah-kisah penderaan dan bagaimana cara mereka didera. Tak tertahan rasanya badan ni menanggung. Apatah lagi kanak-kanak kecil. Kebanyakannya telah didera 6 bulan ke atas dan dari keluarga yang berpisah. Adakah hukuman bagi kes penderaan kanak-kanak di Malaysia terlalu ringan?









Semoga kita dilindungi Allah dari melakukan perkara-perkara sebegini.



Selamat berpuasa.

Read More

Share Tweet Pin It +1

0 Comments

In #AA

Car Seat untuk anak-anak.

Dari lahir anak-anak saya memang jarang diletakkan di dalam car seat walaupun bila travel jauh macam balik kampung. Bukan tak mementingkan keselamatan anak-anak. Tapi disebabkan tak tahan dengar depa menjerit bila duduk dalam tu. Masa Alisha seorang boleh lah nak riba dia saja. Bila dah ada dua, seorang riba dan seorang letak dalam carseat. 


Tapi bila dah makin besar, Alfeey pun mula pandai menjerit tiap kali letak dalam tu. Nak main dengan kakak dia. Jadi, saya lipat semua tempat duduk belakang. Bentang comforter bagi depa baring atau duduk sambil main. Puas main depa tidur.


Bila dah masuk ke tadika di tempat kerja. Lagi lah lama perjalanan sementara nak sampai. Ditambah dengan jalan sesak, mau sejam lebih baru nak sampai. Anak-anak pulak jenis cepat jemu. Mula lah melompat sana sini. Dari depan sampailah ke bahagian bonet belakang. Ibu dah jadi macam tarzan panggil depa duduk diam pun tak peduli. Mula orang kat luar yang memandang terfikir 'ini taman permainan ke kereta?' Bukan sekali dua depa tergolek jatuh bila ibu brek mengejut secara tiba-tiba. Huhuhuhu.

Tapi dengan kadar kemalangan yang meningkat sekarang ni. Rasanya kena paksa juga anak-anak duduk dalam carseat/booster. Ngeri tak dapat di bayangkan kalau terjadi apa-apa melibatkan anak-anak. Makanya, Ibu depa ni pun membeli lah dua biji booster car seat bagi depa try. Mula-mula tak rela juga. Tengok lah gaya Alfeey tu.


Tapi Alhamdulillah, bila dah dijadikan amalan (kena paksa tiap kali naik kereta), anak-anak berdua ni dah ok. Tiap kali masuk kereta je terus duduk dan pasang tali pinggang. Dah tak de lagi nak melompak ke depan depan dan belakang lagi. Ada juga waktu-waktu depa tak mau pakai tali pinggang tu tapi pujuk2 pakailah juga.

 Saya beli yang ni saja. Mudah cara menggunakannya. Serta jimat ruang. Yang penting anak2 pakai tali pinggang.

Pada yang masih berkira-kira nak membeli, anda boleh menyewa terlebih dahulu secara percuma daripada website paultan.org. Car seat yang disediakan adalah dari jenama SNSKIDZ Star yang mempunyai sijil keselamatan ECE R44. Kerusi boleh digunakan untuk kedua-dua kategori iaitu 0-10kg (menghadap ke belakang) dan 10-25kg (menghadap ke depan).

Jika anda berminat untuk mendapatkan khidmat sewaan ini, hanya dengan deposit RM150 anda boleh menyewa sebuah car seat demi untuk keselamatan anak anda. Klik di SINI untuk terus ke borang sewaan dan maklumat lanjut.


Sempena nak cuti perayaan ni, kadar kemalangan selalunya akan meningkat. Bak kata pepatah malang tak berbau. Beringat-ingatlah keselamatan orang yang tersayang. Pandu selamat ye kawan-kawan.

Selamat Berpuasa.

Read More

Share Tweet Pin It +1

0 Comments

In Review

JUARA DIHATI WANITA

JUARA DIHATI WANITA💜

Oh sayang.. bestnya amalkan #JamuSeriBonda. Dalaman sentiasa terjaga bagaikan tidak pernah disentuh teruna. Sentiasa terasa bagaikan anak gadis sunti

Oh Jamu Seri Bonda, dengan izinNya ianya sangat mujarab di dalam menjaga, membelai, menyihat dan mencantikkan tubuh serta aset-aset pejal wanita

Sentiasa 25 bila amalkan jamu ini

Oh #LeaRosse, dikau adalah pelengkap kepada JSB. Dengan izinNya, LR sangat efektif di dalam menjaga faraj wanita

"It's time to love your V"

Lea Rosse Feminine Hygiene semestinya pembersih intim wanita yang magik kerana bukan sahaja mampu menjaga kebersihan faraj tetapi mampu menyegar, menyendat, mencerah dan menganjal persekitaran miss v (dengan izinNya)

Kombinasi yang sangat menyengat dan mampu menyerlahkan keperibadian seorang ratu 💋💋

JSB + LR = MELETOP HABIS


Dah cuba baru tau :)

Whatsapp Cik Ila 0129264020

Read More

Share Tweet Pin It +1

0 Comments

In

Happy Father's Day

Assalamualaikum.

Salam 5 Ramadan.

Entri terlewat dari saya buat semua insan hebat yang bergelar bapa.
Setiap hari merupakan hari istimewa bila kita bersama orang tersayang. Tapi hari ini lebih menjadi lebih istimewa bila semua orang meraikannya.



terutamanya


Haji Shafie - cinta hati pertama saya.
Yang membesarkan saya. Yang menyayangi saya. Yang mengasihi cucu-cucunya. Segala kasih sayang yang dicurahkan tiada batasan dan mana mungkin saya mampu membalasnya dengan segala harta yang saya ada di dunia ini.
Terima kasih Abah.


Suami tercinta - my other half.
Yang menjadi jiwa dan raga saya. Yang sanggup melayan segala karenah saya. Yang melengkapkan saya. Bapa kepada anak-anak saya (syukur Allah). You are a wonderful man. I love you not only for what you are, but for what i am when i am with you. Semoga kebahagiaan ini hingga ke Jannah.

Juga kepada bapa mertua - Encik Mohd Saleh
Tak dapat pulak saya cari gambar wajahnya. Terima kasih kerana menjadi bapa kepada suami saya.

Dan semua bapa-bapa kat luar sana.

Happy Father's Day


Read More

Share Tweet Pin It +1

0 Comments

In

Salam Ramadan 1436

Assalamualaikum.

Selamat menyambut Ramadan buat semua.
Bagi yang lupa dan baru nak belajar... ni ha lafaz niat puasa (saya dok ajar Alisha niat puasa sebenarnya). Alhamdulillah...dah boleh.


Semalam (1 Ramadan), konon-konon dia nak puasa. Tapi masa ambil balik dari tadika, teacher dia bagi tau....pagi makan, tengah hari pun makan. Adeh...kakak lapar katanya.


Hari ni senang pulak kejutkan bangun sahur. Panggil je terus bangun. Senyum-senyum pula bila ibu tangkap gambar. Semoga kakak dapat belajar berpuasa sampai tengah hari ye.


*********

Saya nak berkongsi Jadual Harian Mukmin di Bulan Ramadan (Ustaz Dr. Mohd Izhar Ariff) sebagai panduan kita dalam menggandakan ibadah di bulan yang mulia ini. InsyaAllah.

4.00 PAGI

1. Bangun tidur dan baca doa.
2. Berniat untuk melakukan sebanyak mungkin kebaikan pada hari ini.
3. Mandi dan membersihkan diri.
4. Mengambil wudhu' dan memakai pakaian yang suci dan wangian.

4.30 PAGI

1. Solat sunat Taubat (2 rakaat). Angkatlah tangan memohon ampun kepada ALLAH. Menangislah menyesali dosa-dosa lalu.
2. Solat sunat Tahajjud 2/4 rakaat. Selepas solat, angkatlah tangan berdoa kepada ALLAH.
3. Solat sunat Hajat 2 rakaat. Ketika sujud terakhir sertakan di dalam hati segala hajat ‘DUNIAWI & UKHRAWI. 
4. Solat sunat Witir 3, 5, 7, 9 ATAU 11 rakaat.
5. Perbanyakkan berdoa kepada ALLAH dengan penuh rasa kehambaan, rendah diri, agar ALLAH ampunkan dosa-dosa kita dan menerima amalan kita. 
6. Baca dan tadabburlah Al- Quran. 
7. Berzikir.

5.15 PAGI

1. Makan sahur.
2. Bersiwak atau mengosok gigi dan membersihkan mulut.

5.30 PAGI

1. Bersiap menunggu waktu Subuh dengan membaca Al-Quran atau berselawat/berzikir.
2. Solat sunat Subuh, solat Subuh berjemaah dan berwirid atau membaca ma’thurat.
3. Baca dan tadabburlah Al-Quran.

10.00 PAGI

1. Sembahyang sunat Dhuha 2/4/6/8 rakaat.
2. Bersedekah harta/tenaga.
3. Baca dan tadabburlah Al-Quran walaupun beberapa ayat sahaja.

1.00 tengahari

1. Bersiap untuk solat Zohor.
2. Menunggu waktu solat dengan berselawat/berzikir.
3. Solat Zohor berjemaah.
4. Laksanakan juga solat sunat Rawatib.
5. Baca dan tadabburlah Al-Quran.

4.30 PETANG

1. Bersedia untuk solat Asar.
2. Laksanakan solat sunat Qabliyah.
3. Solat Asar berjemaah.
4. Berwirid atau membaca ma’thurat.
5. Baca dan tadabburlah Al-Quran.

5.30 PETANG

1. Membeli barang-barang keperluan berbuka dan sahur tanpa berlebih-lebih serta tidak membazir dan boros.
2. Ingatlah walaupun syaitan dirantai tetapi nafsu masih ada dalam diri kita!

7.00 PETANG

1. Siap sedia anak isteri untuk berbuka puasa.
2. Memperbanyakkan doa sebelum berbuka kerana di waktu itu adalah saat dimustajabkan doa.
3. Berbuka puasa dengan makanan yang manis seperti buah kurma dan jangan makan terlalu banyak. Solat Maghrib berjemaah.

8.00 MALAM

1. Solat Isya' berjemaah dan diteruskan dengan solat Tarawih
2. Bacalah Al-Quran dengan penuh tadabburتدبر , seeloknya baca dengan bertadarus (seorang baca, yang lain menyemaknya), cuba khatam-kan Al-Quran.

11.00 MALAM

1. Memperbanyakkan istighfar sebelum tidur.
2. Berniatlah untuk puasa esok hari .
3. Tidur awal agar dapat bangun awal untuk beribadah.
4. Bacalah doa tidur.
5. Ingatlah tidur adalah mati yang sementara, kemungkinan kita dipanggil ALLAH ketika tidur.

Semoga kita semua dapat menjalani ibadah puasa tahun ni lebih baik dari tahun-tahun yang lalu.
Dan sama-sama kita elakkan pembaziran dalam membeli juadah untuk berbuka. Kasihan pada makan yang terbuang.

Read More

Share Tweet Pin It +1

0 Comments

In #AA Diari Ibu

Chicken Pox @ Cacar air

Assalamualaikum semua :)

Dah hampir seminggu Alfeey kena chicken pox. Kat kaki dan tangan kurang tapi banyak keluar di bahagian badan dan belakang. Yang di bahagian muka pun boleh kira tak sampai 10 biji pun.
masa ni baru mula nak keluar.

Perasan juga dua tiga hari sebelum tu, badan dia macam panas je. Demam biasa kot....sebab melasaknya tetap macam biasa je. Lepas tu, kecoh dalam group whatsapp Tadika, dua tiga orang anak2 dah kena chicken pox dan makin bertambah pulak sampai pengetua hantar notis tadika ditutup sehingga diberitahu untuk tujuan pembersihan dan pemeriksaan oleh KKM. Alamak! saya tengah periksa lagi minggu tu....minggu depannya pulak (isnin lepas), sesi sekolah sepatutnya dah mula balik. Hari jumaat tu pulak....badan Alfeey dah mula naik bintik-bintik merah. Kesian dia tergaru-garu sebab gatal bila bintik2 merah tu mula jadi gelembung air. Disebabkan dah lewat petang, esok saja baru nak bawa ke klinik.

Hari sabtu tu ke klinik dan doktor sahkan itu chicken pox. Nasib baik tak tumbuh dalam mulut katanya. Dia periksa Alisha sekali takut ada simptom chicken pox. Alhamdulillah tak de. Mana tak nya, masa dua tahun lebih dulu dia dah kena.

Ubat-ubat untuk Chicken pox:

Calamine lotion - sapu masa malam
Acyclovir cream - sapu masa siang
Zorax suspension - antiviral
ubat tahan gatal
ubat demam

Petang tu, mula bagi air kelapa dan makan ayam....biar semuanya keluar cepat. Zorax suspension bila dah habis keluar semua baru saya start bagi. 

Menangis sebab dia geli tengok badan dia. 

Tetiba je nak pakai baju. Kalau tak susah betul nak berbaju.

Sepanjang minggu ni, gilir2 jaga dia dengan abah. Hari abah duty...dia ikut ibu ke office. Tapi itu lah.....tak sihat macam sihat je. Dan nasib baik isnin tadika dah buka balik, jadi kakak kena sekolah macam biasa.

sempat posing lagi sementara adik nak jumpa doktor

Sedikit Info tentang Chicken Pox

Chicken pox juga dikenali sebagai cacar air. Jangkitan adalah melalui sentuhan atau titisan cecair daripada orang yang dijangkiti. Jangkitan juga berlaku melalui bahan tercemar dengan cairan cacar seperti pada pakaian atau tuala dari penghidap chicken pox.

Penghidap chicken pox boleh merebakkan virus sehingga 48 jam sebelum ruam timbul 
dan boleh terus menjangkitkan orang lain sehingga cacar air menjadi kering dan berkeruping. Kayap (herpes zoster) ialah infeksi dari virus yang sama dan berlaku pada di masa hadapan (umur dewasa).

Tanda dan Gejala
  • Demam dengan bintik-bintik merah pada kulit. Kawasan bintik-bintik merah melibatkan muka, kepala, dada, belakang dan akhirnya seluruh tubuh. Ruam chicken pox akan timbul kurang dari 2 minggu selepas jangkitan berlaku.
  • Bintik-bintik merah yang baru akan mula timbul dalam beberapa hari dan bilangan boleh mencecah ratusan biji dan kemudian membentuk gelembung berisi air. Bila gelembung berisi air pecah ia menjadi kering dan berkeruping. Rasa gatal sederhana atau teruk menyebabkan pesakit akan menggaru dan akhirnya menyebabkan parut.
  • Sakit perut
  • Tiada selera makan 
  • Sakit kepala
  • Rasa tidak selesa
  • Letih dan terganggu
  • Batuk ringan
  • Hidung berair dua hari sebelum bintik-bintik merah timbul
Kepada ibu bapa yang dah perasan anak-anak kena chicken pox ni, janganlah hantar anak-anak ke taska, tadika, sekolah. Kasihan anak-anak lain pun terjangkit. Memanglah setiap orang akan kena sekali seumur hidup tapi bila kena masa dah besar sikit, diorang dah boleh tahan sakit dan gatal tu.

Read More

Share Tweet Pin It +1

0 Comments

In #AA

Farm in the city

Cerita tiga empat bulan lepas :)

Memang dah lama plan nak ke FITC ni memandangkan AA memang suka sangat dengan haiwan-haiwan ni. Tak sampai 15 minit pun perjalanan ke sana rupanya. Sebabkan dah lama gambar-gambar ni tersimpan.....dah tak ingat2 sangat kisah di sana. Hehehehe... tapi yang pasti memang AA enjoy sangat. Semua yang boleh disentuh depa sentuh.

Ok lah..layan je gambar2 ni.


Farm In The City. Tengok lagak si Hero yang tak sabar nak meneroka. 








Mbekkkk....








Mengintai....







Beli juga tiket untuk Pony Ride. Dapat se-round je.





Kasihan pulak kat anak ayam tu. Ko ni adik.....

Kalau anak2 korang jenis yang suka haiwan, memang sesuai ke tempat macam ni. Saya sampai tak terkejar. Bawak lah bekalan air lebih2. 

Bye..bye..bye..

Read More

Share Tweet Pin It +1

0 Comments

In

Alhamdulillah :)

Alhamdulillah....syukur kepada Yang Esa. Kami berempat dah under satu roof.... abah, ibu, Alisha dan Alfeey. Masih lagi dalam mode menyesuaikan diri masing-masing. Ewah...macam tak pernah pulak tinggal sebumbung lagaknya. Hanya yang pernah tinggal berasingan yang tahu. Hampir tujuh tahun sebenarnya. Sama dengan usia perkahwinan kami. 


First time menggosok his uniform kerja. 

Paling best anak2 lah. Ibu ni dah mula nampak perbezaan mereka. Kalau minta dari ibu tak dapat or ibu garang sangat. Ekor mata mula menjeling kan abah minta bantuan. Tak aci tau AA.

**********

Minggu lepas, Parents & Teacher's day Alisha (6 tahun) dan Alfeey (4 tahun). 

Good review yang teacher bagi pada Alisha.Dia nombor satu dalam kelas (hehehe...ibu sengih sampai ke telinga) dan mudah di ajar. Nasiblah kakak dapat ibu garang. Hari cuti pun kena belajar. Sekarang dalam proses menghafal sifir di rumah (sifir 2 dah lepas).

Alfeey pulak, ibu kena usaha lebih kuat lagi. Agar berbeza bila mengajar Alfeey. Cepat sangat hilang tumpuannya. Pening ibu dibuatnya. 



Amanah Allah.








Read More

Share Tweet Pin It +1

1 Comments