Enter your keyword

Tuesday, August 25, 2015

Bestnya tinggal di kampung

By On August 25, 2015
Best kalau tinggal kat kampung. Ada banyak ruang untuk berbakti kat tanah. Sekali sekali balik kampung memang enjoy tengok pokok-pokok buah kat keliling rumah. Ada durian, manggis, rambutan, mempelam dan petai. Bila tiba musim memang puas hati. rasa nak makan pergi ambil je.


Fresh dari pokok.
Yang best tentang durian ni, isinya sangat tebal. Makan seulas pun dah rasa penuh. 
Abah saya akan petik dari pokok sebab kalau tunggu dia luruh sendiri buah jadi lebam dah tak cun. Yang masak, kulit dia akan merekah sendiri. Tak pun tunggu dua tiga hari sampai tangkai dia tercabut sendiri. Fuhh...puas makan.


Yang ni pulak proses membuat tempoyak oleh mak saya
Jeruk petai dan tempoyak memang sentiasa ada. Ye lah siapa yang nak habiskan kalau kami-kami kat perantauan ni tak balik kampung. Mak siap kirim kan kat saya kalau adik balik kampung.

Pokok kesum, pokok kari, daun pandan, pokok cili, pokok kunyit dan lain-lain untuk kegunaan memasak memang kat luar dapur. Nak guna terus je ambil. Best kan mak saya. Orang kata tangan sejuk, semai atau tanam apa pun semua nya jadi. Tak macam kita yang duduk kat bandar dan dikelilingi dengan hutan batu ni, semua nak kena beli di kedai. Adeh....kesian kan kita yang duduk kat bandar ni. Nak pulak macam saya yang duduk di rumah atas kayangan ni.

Sekarang baru nak berjinak-jinak dengan bercucuk tanam (dalam pasu saja lah). Setakat ni ada pokok kari, daun  pandan dan daun kesum. Tapi nak kena jaga selalu sebab ada kucing yang berani jadikan pasu saya ni sebagai tandas dia pulak. Kalau saya nampak memang kena halau (shuhhh dengan mulut je). Pastu mencicit lari.


Pokok tomato: Baru seminggu semai.

Tak sabar nak menyemai pokok-pokok sayur yang lain pulak. Nak jadi urban farmer lah konon-kononnya. Wish me luck ye.

Monday, August 24, 2015

Hormat

By On August 24, 2015
Nak orang jaga hati kita
Kena lah kita jaga hati orang dulu
Sama juga...
Nak orang hormat kita
Kena lah kita hormat orang dulu
Tak kira lah orang tu tua atau muda dari kita, berpengalaman atau tidak dari kita, berpangkat atau tidak dari kita.

Budi Bahasa tu kan Budaya Kita (betul tak penggunaanya di sini?)



Saya generasi yang lahir di zaman 70-an yang mengikuti rancangan pendidikan di RTM. Maklumlah dulu kan tak de Astro semua tu. Ingat lagi tak kisah-kisah monyet, buaya, kancil dan lain-lain. Semuanya memberi pengajaran yang berharga. Sekarang dah tak de lagi semua tu. 

Nak didik anak-anak hormat orang pun sangat mencabar sekarang. Diorang yang masih kecil ni banyak belajar dari pengalaman seharian. Saya memang kawal dengan siapa anak-anak bermain, terutamanya di kawasan rumah. Sekali dua saya tengok dah lain sangat perangainya memang saya takkan benarkan lagi main sekali. 

Anak-anak saya pula jenis yang ramah. Semua orang depa tegur. Tak kira umur dan bangsa. Malu juga saya sebagai ibu tak berapa nak rajin mulut. Itu sebab saya pentingkan bab hormat orang ni. Tapi dah nama budak-budak. Bila depa dah rasa selesa dengan orang tu, mula lah naik tocang.

Korang macam mana didik anak-anak?

Thursday, August 20, 2015

Ketua oh Ketua...

By On August 20, 2015
Bila ketua macam pak turut
Orang bawah mula banyak songeh
Sebelum ni tak de yang berani nak komplen
Sekarang dah berani tunjuk belang siap main ugut cara lembut pulak.

Adeh....Dapat ketua macam ni, habis lah.
Agak-agak.... kena buat kursus untuk deme-deme yang jadi ketua ni tentang leadership kan. Biar tegas dan pandai menangani orang-orang yang banyak komplen ni.
Patutlah leadership penting dalam Organisational Behavior.

Ketua korang kat ofis macam mana?



Ketua rumah saya OK saja.

Tuesday, August 18, 2015

Bodek

By On August 18, 2015
Pandai kerja Pandai bodek...
Pandai kerja Tak pandai bodek...
Pandai bodek Tak pandai kerja...
Tak pandai kerja Tak pandai bodek...

Awak kat kumpulan mana?

Hehehe....saya kumpulan kedua kot. Memang tak pandai bab-bab membodek ni kecuali membodek cik suami.

Kadang-kadang kita tengok orang yang pandai bodek memang selalu bos akan nampak walhal kerja suam-suam kuku je. Tapi yang kerja sepenuh hati ni...sebelah mata pun tak pandang. Tapi bila bagi kerja, kita lah yang jadi mangsa. Lepas satu-satu...BETUL tak?

Saya tak pernah merasa kerja di sektor swasta. Lepas grad diploma dulu terus Uni Malaya tawarkan kerja tetap dan sekarang sudah 15 tahun saya bersama Uni Malaya. Boleh nampak budaya kroni dan bodek membodek ni. Kalau bos suka kena bodek...memang naik lah nama orang tu. Semuanya baik.

Masa kursus tadi, penceramah tu kata bodek tu wajib. Tapi janganlah guna istilah bodek sebaliknya guna istilah "ambil hati". Ye lah dengan Allah pun kita berdoa minta macam-macam, sebelum tu kita puji dulu dengan kata-kata "Yang Maha Pengasih dan Penyayang" dan macam-macam lagi. Bodek lah tu kan... :) So, kena lah kita ambil hati bos, kawan sekerja, orang bawahan sekali pun cleaner indon kat tempat kerja. Tak salah pun cuma jangan berlebihan sampai orang tengok pun nak termuntah. Pandai-pandai lah ye.



Ni KAKI BODEK dalam rumah saya.



Wednesday, August 12, 2015

Making Salad

By On August 12, 2015
Alisha sekarang ni, suka sangat menyibuk kat dapur bila orang memasak. Kalau abah dia masak memang merasa lah menolong. Tapi kalau ibu dia masak, sah-sah kena halau. Sy memang tak boleh orang ramai2 kat dapur, tak jadi kerja nanti. Serabut tengok tangan-tangan halus tu mengacau.


Alkisahnya, jumaat minggu lepas kena bawa sayur-sayuran ke sekolah untuk aktiviti kelas. Excited dia nak ke sekolah pagi Jumaat tu. Nak belajar pasal sayur-sayuran. Semalam pula aktiviti buat salad guna sayur-sayur yang di bawa jumaat lepas.


Tengok - senyum lebar


Cita-cita nak jadi cikgu. Cikgu pun kena pandai masak ye kakak




Proud: Kindi 2 Class (6 years)


 Bawa balik sebekas, tapi dia kutip ubi saja. Sayur-sayur lain, suruh ibu makan. Alahai kakak, penat awak buat tau. Tahun depan baru ibu bagi kakak tolong masak ye.






Tuesday, August 11, 2015

Raya 2015 kami.

By On August 11, 2015
Salam 26 Syawal

Dah nak sampai ke penghujung Syawal baru ada hati nak tunjuk gambar raya. Macam yang sy cakap sebelum ni, tahun ni raya pertama kami di Puchong je sebab cik suami kena bekerja sebelum raya, di hari raya dan raya kedua.

Pagi raya pertama, sy dan anak-anak ke tempat kerja cik suami. Bawalah rendang ayam sikit, nasi impit, kuah kacang dan biskut raya untuk suami dan kawan2 beraya. Nasib baik rendang ayam ngan kuah kacang menjadi tau.

 


Gambar raya kami yang kelakar. 


Pagi kedua baru dapat gambar sekeluarga. Pastu berdesup angkat barang2 masuk kereta nak balik kampung. 


Selamat Hari Raya semua. Maaf Zahir dan Batin.


Popular

Blog Archive