Enter your keyword

Wednesday, September 30, 2015

Nescafe Mountain Wash

By On September 30, 2015
Assalamualaikum semua..

Siapa yang dah cuba Nescafe Mountain Wash? Hanya boleh di beli secara online je. CIM beli pun sebab tertarik dengan packaging dia. Iklan dia asyik menggoda kat FB. Tapi bila dah cuba minum. Not bad. Dah minum segelas pun malam tadi pun boleh masuk tidur macam biasa saja. Kalau tak.... mau boleh bertahan mata berjaga tengah malam.


CIM beli melalui 11street. Masa beli ni harganya RM14.80. Dapat free lagi 3 stick dan Nescafe Latte Caramel (manis sangat hat ni). Sekarang ada diskaun lagi murah.


Kalau ikut nutritional information, Semuanya rendah dpd nescafe 3 in 1 yang biasa CIM minum tu. Rasa dia light sikit tapi aroma dia sedap je. CIM...... suka je.


Sedap minum petang macam ni sambil layan hujan kat luar.

Bye...Bye...Bye...

Tuesday, September 29, 2015

Cuti raya haji kami

By On September 29, 2015
Assalamualaikum semua.

Baru balik dari kampung semalam. Alhamdulillah, selamat perjalanan pergi dan balik kami. Sakan CIM dan family pi kenduri balik kali ni. Sabtu dan ahad ada kenduri. Bukan satu tapi dua kenduri sehari. Ada kenduri aqiqah dan juga kenduri kahwin. Jenuh makan daging korban tahun ni. Perut dah jadi coq kembung :)

Raya haji tahun ni, kami adik beradik (5 orang) semua balik (adik keempat dan bongsu memang di kampung). Cuma tak dapat kumpul sekali dengan adik hat polis tu sebab dia balik awal. Kami sampai petang raya kedua tu dia dah balik pagi. Tapi tak pe lah dia pun kat Kelana Jaya je pun. Rumah atuk CIM yang sebelah rumah pun tak ramai mak sedara yang balik. Yang balik ke kampung pun tak sempat panas punggung kat sana dan nak balik. Mmm...sian jugak kat atuk. Nasib baik rumah mak dan abah CIM sebelah rumah saja. Agak2 nanti kalau atuk dah tak de.....semua sedara mara dah tak balik kampung. Ye lah bila masing2 dah ada keluarga sendiri.

Nasib baik la tadika tutup hari isnin pasal jerebu kuat. Kami pun sambung cuti. Dapat lah lama-lama sikit kat kampung. Atuk suruh sembelih ayam dia (6 ekor) untuk kami bawa balik Puchong. Suka lah MR dapat ayam kampung. Sungguh2 dia bersihkan ayam dengan mak. Jadi banyak lah bekalan yang kami bawa balik - ayam kampung, daging korban, pisang, petai, durian frozen.

Ok, cukup cerita, jom layan sikit gambar AA masa kat kampung.




video

Main dengan kambing yang abah CIM bela.


Petai rebus. Abah CIM baru petik dari pokok. Memang favorite MR. Makan dengan kulit sekali pun sedap. Rahsia awet muda :) Tak percaya?


Yang ni pulak kek karamel made by CIM. Ada yang nak tempah? Hehehe.

Sebenarnya CIM buat kek ni sempena birthday mak yang ke 56. Kebetulan adik CIM pun ada beli kek. Yang paling bestnya, malam tu yang kami (CIM, mak, adik dan adik ipar) habiskan adalah pavlova yang hangit. Punca hangit adalah sebab gunakan kertas kajang sebagai lapik masa membakar (gara-gara takde kertas minyak). Tp masih sedap. Hehehe....


Mak - ratu hati saya.
Hero bergambar dengan mak dan SIL

video

...Bye bye bye...


Wednesday, September 23, 2015

Selamat Hari Raya Aidil Adha

By On September 23, 2015
Assalamualaikum semua

CIM nak ucapkan selamat bercuti dan Salam Aidil Adha kepada semua

Kepada yang baru nak memulakan perjalanan balik ke kampung. Behati-hatilah di jalan raya dan semoga selamat sampai.


Awak-awak semua beraya kat mana? CIM dan family sambut Aidil Adha di Puchong saja sebab MR bertugas pada hari tu. InsyaAllah, hari jumaat baru nak gerak balik ke Gerik, Perak (kampung CIM). Ada tak reader dari Gerik? Hehehe...jemput datang rumah ye.


Bye Bye Bye.....

Tuesday, September 22, 2015

Bergedil Ayam Mudah

By On September 22, 2015
Sesekali bila rasa rajin nak masak datang, macam2 nak masak.  Tapi selalunya MR yang paling rajin. Ada saja idea dia untuk menu kami sekeluarga dan sudah semestinya super duper sedap lah. Hehehe....(Masuk dapur ikut giliran. Oooppss...).

Hari ni nak kongsi menu bila CIM rajin. Dah lama teringin nak buat sebenarnya. Alhamdulillah, kali pertama buat rasanya sangat sedap dari yang pernah CIM beli. Memang puas makan.

BERGEDIL AYAM


Bahan-bahan
ubi kentang - potong nipis secara bulat dan goreng 
dada ayam - rebus dan carik2 bagi halus
daun bawang
bawang goreng (guna bawang putih/merah biasa pun boleh)
lada hitam hitam kalau suka
garam secukup rasa

masukkan semua dalam bekas dan lenyek bagi sebati sebati semuanya


Lepas tu, boleh lah bentukkan dia macam gambar kat atas. CIM buat saiz comel2 je bagi senang princess dan hero nak makan nanti. Buat banyak2 dan simpan dalam peti sejuk. Nanti nak makan keluarkan dan goreng saja. Mudah je kan.


Sebelum goreng, salut dengan telur dulu.

Psstt....tinggi kalori kan? dah lah sebelum tu kentangnya di goreng, nak makan pun goreng lagi. Jangan makan banyak2 tau (sekali sekala tak pe kan)


Dah siap boleh makan dengan nasi putih, bubur atau pun dengan bihun/mee sup/soto. 
Ini versi CIM dan keluarga hari tu. Sayur mesti banyak. Cili kicap mesti pedas giler. Baru ummphhh.
Hehehehe.....



Bye bye bye.....

Monday, September 21, 2015

Mudahnya nak tukar myKad

By On September 21, 2015
Assalamualaikum

Mudah sangat rupanya nak gantikan MyKad (cip 80K) kita. Pada yang sibuk dan tak de masa nak pergi JPN untuk buat yang baru, boleh saja buat melalui myEg. Pada yang belum ada akaun myEg, daftar dan terus login ke JPN.

CIM dan cik suami hanya nak buat gantian kad biasa saja iaitu nak naiktaraf cip MyKad ke 80K. Gambar dan alamat guna yang sedia ada (muka masih sama tau). Tapi kalau nak tukar gambar dan alamat kena pergi JPN sendiri lah ye . Masa buat ni dah dekat pukul 10 malam. Lepas 20 minit check myKad status dah boleh ambil. Hehehe...excited sebab tak pernah tukar myKad lagi lepas hilang tahun 1997 dulu. 

Jadi sabtu lepas, CIM satu family ke JPN Putrajaya lah.



Meriah tau, walaupun hari sabtu. Dah macam kat mall saja :)


Ambil angka giliran di kaunter pertanyaan dan no giliran, lepas tu kena pergi ke kaunter 23. Kat sini kena tunggu sekejap sementara diorang nak cari MyKad. Brother kat kaunter 26 tu yang layan CIM dan MR. Dua kaunter saja yang buka tapi servis cepat. Nak ambil saja kan. Sebab dia mesra dan senyum saja, kitaorang bagi 'cemerlang' kat dia :)


Sekejap saja dah selesai. Peace dari Princess. Hero biasa lah, bukan boleh duduk diam. Sana sini dia berlari. Korang jangan lah percaya bayaran tukar MyKad tu akan naik ke rm50 ye. Masih sama rm10. Notis ada tertampal kat kaunter.


Selfie sikit dengan Princess.


Keadaan masih berjerebu. Waktu ni dalam pukul 10.15 pagi. Bye bye Bird

Wednesday, September 16, 2015

Segmen Blogwalking Bersama KisahPondokKecil

By On September 16, 2015
Sempena hari cuti ni, rajin pulak nak BW  join GA anjuran blogger sambil menambah kenalan.


Jom join segmen BW KisahPondokKecil. 

Klik saja banner kat atas dan follow arahannya.

Mudah saja kan.

Jangan lupa ye. Klik banner kat atas.

Tempoh GA: 15-20 September

Penangan jerebu

By On September 16, 2015
Ini padangan di waktu tengah hari dari kediaman sy. Pedih mata tau. Anak-anak dari sabtu hari tu dah mula batuk sikit2 dan selsema. Memang tak de aktiviti kat luar langsung.


Hari Isnin, sy terpaksa pontengkan anak2. Dan kebetulan hari selasa sekolah ditutup. Alfeey masih batuk lagi. Alisha pula dah berhingus. Tiap kali dia bersih terkeluar segala hingus dari hidung. Kami ke klinik panel saja.


Terasa macam baru balik shopping dari farmasi pulak. Ubat demam, batuk, selsema, antibiotik untuk ibu dan anak-anak. Kali pertama sy dapat ubat batuk dalam bentuk tablet. Dan of course lah ibu dapat MC. Kepala asyik sakit ja ni.

Korang pun, jaga kesihatan ye.

Selamat Hari Malaysia 2015

By On September 16, 2015
Selamat Hari Malaysia



Selamat bercuti 

dan

Semoga keadaan di Malaysia semakin bertambah baik.



Monday, September 14, 2015

Face Mask Giveaway

By On September 14, 2015

Assalamualaikum

Terjumpa blog comel yang buat GA yang comel



Jom join...mana tahu anda bertuah. Klik SINI  ye.

Ikut syarat-syaratnya.

Mudah sangat :)

GA ini akan tamat pada 3 October 2015, pukul 12 tengah malam.


Sunday, September 13, 2015

Hotel Transylvania 2

By On September 13, 2015
Drac is back!!! 



Yay.....mesti ada yang tak sabar nak tunggu 24 September ini untuk bergelak ketawa dengan aksi Drac dan cucunya Dennis bersama kawan-kawan baiknya Frank, Murray, Wayne dan Griffin.





Kali ini, Hotel Transylvania 2 membawa kisah bagaimana Drac yang risau akan cucu separuh manusia dan separuh vampire nya yang comel itu langsung tidak menunjukkan tanda-tanda menjadi vampire. Dengan bantuan "vampa" dan kawan-kawannya, Dennis menjalani "monster-in-taining" boot camp semasa ketiadaan Mavis dan Johnny.


Namun, tanpa pengetahuan Drac, ayahnya Vlad seorang yang old school, sedang membuat perancangan untuk melawat Hotel Transylvania. Keadaan bertukar menjadi huru hara apabila Vlad mengetahui bahawa cicitnya bukan berdarah vampire sejati dan manusia kini boleh mengunjungi Hotel Translvania.


Berjayakah usaha Drac melatih Dennis?

Bagaimanakah kesudahannya kisah keluarga Drac ini?

Mari sama-sama kita tonton di pawagam. Lagipun...cuti sekolah kan. Boleh lah bawa anak-anak :)


Jom cuci mata dengan trailer Hotel Transylvania 2 ni....



Teruja tak?

Friday, September 11, 2015

Apam Susu Belang

By On September 11, 2015
Dah lama nak membuatnya tapi asyik tertangguh-tangguh je. Guna Resepi Shiela Rusly. Senang sangat-sangat rupanya. Terlebih rajin pulak malam khamis lepas terus menggodek bahan-bahannya.

Bahan-bahan:

1. 4 biji telur
2. 1 sudu teh esen vanila
3. 1 sudu besar ovalate
4. 1 cwn gula pasir
5. 4 sudu besar susu pekat
6. 2 cawan tepung gandum
7. Pewarna - ikut suka

Guna blender saja untuk blend bahan no 1 - 5 sampai betul-betul kembang dan halus. Dah siap, transfer ke dalam bekas lain dan masukkan tepung. Apa lagi....gaul lah sampai betul-betul sebati. Kemudian bahagikan kepada beberapa bahagian dan masukkan pewarna. Kebetulan kat rumah ada tiga warna saja - merah, hijau dan biru. Sy guna ketiga-tiganya.

Ambil loyang dan oleskan dengan marjerin sikit, masukkan adunan secara berselang seli dan kukus selama lebih kurang 45 minit. Sebelum kukus tu jangan lupa tutup loyang. Kalau tak hasilnya tak cun nanti.



Hasilnya - MR kata dah sedap dan gebu tapi keras sikit. Sy ingat sebab guna telur gred C kot. Kebetulan yang tu saja yang ada kat rumah. InsyaAllah, next time sy try dengan telur gred A pulak. Tak sangka pulak princess dan hero suka. Depa berdua saja yang habiskan tak sempat MR nak ulang makan. Sedap kata depa. Selalunya ibu buat kek marble belang kali ni lain sikit. 


Selamat mencuba ye....
Kalau ada tips nak bagi hasilnya cun, bagi tau sy ye :) 

Wednesday, September 09, 2015

Bagus sangat penonton kita

By On September 09, 2015
Sakit hati dengan tindakan penonton yang tidak bertanggungjawab masa tengok bola malam tadi. Malayasia lawan Arab Saudi. Marah betul MR. Susah payah players main kat tengah padang tu boleh pulak ganggu perlawanan dengan baling suar dan mercun. Sy ni tak lah pandai pasal bola ni tapi piala dunia dan liga inggeris memang layan je.


Pada saya, insiden ni menunjukkan kebodohan penonton-penonton tersebut sendiri. Memalukan nama Malaysia sudah semestinya lah. 2-1 better than 10-0 kan. Baki perlawanan pun masih ada lagi dan kita tak boleh nak meramalkan apa yang berkemungkinan akan berlaku dalam minit-minit terakhir tu. Memang tak de semangat kesukanan langsung.


Kalau macam ni attitude orang kita, sampai bila-bila pun bole sepak kita takkan maju. Pada sy, tak kira menang atau kalah, malam tadi players kita dah better dari sebelum ni. Kot ye pun nak protes, bukan macam ni gaya nya. Ini lah yang orang dok kata marahkan kelambu selimut yang di bakar.


Semua benda kita nak ubah. Cuba ubah attitude kita sekali ok...dan gunalah saluran yang betul.

Maju Sukan untuk negara.

Kredit gambar dari FB Sukan Star TV


Tuesday, September 08, 2015

Buat bisnes dengan affliate tudung SIMPLEHIJAB

By On September 08, 2015

Pernahkah anda terfikir untuk memulakan perniagaan tudung tetapi kekurangan modal dan kepakaran? Tak mengapa. Jom sertai program affiliate tudung SIMPLEHIJAB dan berpeluang menjana pendapatan sampingan setiap sebulan. Daftar sekarang melalui link berikut:


Apakah keistimewaan yang dibawakan oleh sistem affiliate kami ini adalah:

1. Pendaftaran adalah percuma. Tiada sebarang yuran atau caj yang akan dikenakan.
2. Anda tidak perlu menyimpan sebarang stok.
3. Anda tidak perlu menguruskan order atau pembelian.
4. Anda hanya perlu berkongsi unik URL atau link yang disediakan ke semua laman media sosial anda seperti Facebook dan Twitter. Ataupun hanya dengan semudah melalui Whatsap dan bersedia untuk menerima komisen.
5. Anda berpeluang untuk menerima komisen sehingga 10% bagi setiap pembelian (bergantung kepada jenis tudung) yang dilakukan oleh pelanggan yang di-referred oleh anda ke sistem kami.
6. Tiada had tempoh yang ditetapkan untuk penerimaan komisen bermaksud anda akan tetap menerima komisen selagi mana SIMPLEHIJAB beroperasi.

Apa yang lebih menarik lagi?

1. Anda boleh meningkatkan lagi komisen anda dengan cara mengajak lebih ramai rakan-rakan anda untuk menjadi Affiliate Agent kami dengan menggunakan Unique URL atau link yang disediakan di ruangan dashboard akaun anda.
2. Contoh: Anda mengajak si A untuk menjadi agent. Maka anda akan mendapat komisen sehingga 5% (bergantung kepada jenis tudung) sekiranya si A membawa pelanggan untuk membeli di SIMPLEHIJAB. Sekiranya si A mengajak si B menjadi agent, anda tidak akan memperoleh sebarang komisen sekiranya si B membawa pelanggan untuk membeli di SIMPLEHIJAB.

Jangan lengah lagi. Daftar untuk jadi egen secara PERCUMA dengan hanya klik pada link di bawah:


Monday, September 07, 2015

PETRONAS National & Malaysia Day 2015

By On September 07, 2015
Dah seminggu 31 Ogos berlalu, hari ni baru berpeluang tengok iklan MERDEKA dan Hari Malaysia 2015 dari Petronas. Simple story tentang 3 orang rakan. Tak tahu mengapa my tears off towards the end of the video. Petronas ni saja tau. Korang pun...ambil masa untuk tonton video ni.

video

Sepanjang usia sy, hanya sekali saya merasa menyambut sambutan merdeka di Dataran Merdeka. Tahun 2001/2002 mungkin. Tengok perbarisan dalam kesesakan orang ramai. Melayu, Cina dan India, malah foreigners. Masing-masing nak duduk di bahagian hadapan. Malah kita boleh tengok lautan manusia melalui tv juga.

Isnin lepas, masa sy menonton rancangan khas di tv bersama anak2, sy tidak nampak lagi kesesakan seperti yang pernah saya saksikan dan alami sebelum ini. Atau mungkin pada pandangan sy sahaja. Keterujaan untuk menonton hilang. Malaysia yang saya cintai semakin kurang serinya.

Saya cuma berharap anak-anak saya nanti akan berpeluang menjalani kehidupan harmoni tanpa ada sifat berkauman di dalam diri mereka. Jangan jadikan perbezaan pandangan dalam politik sebagai jurang yang memisahkan kita rakyat Malaysia. Tiga kaum berganding tangan untuk mencapai kemerdekaan 58 dahulu. Semoga kekal selamanya.

Selamat Hari Kebangsaan.
Selamat Hari Malaysia.

Friday, September 04, 2015

Demam Denggi

By On September 04, 2015
Assalamualaikum semua.

Sepanjang minggu lepas dan minggu ni memang sy penat sangat. Hari ni baru masuk kerja lepas mc 3 hari. Sebelum tu, cik suami@MR kena demam denggi. Lepas 4/5 demam tak kebah2 dan sakit teruk satu badan (dari kepala, tulang dan sendi), baru lah syak MR lepas tengok badan dia keluar rashes. Padahal dua kali pergi klinik, doktor tak periksa darah. Kali ketiga pergi baru periksa, platelet tinggal 47 je. Terus doktor tu refer ke A&E di PPUM memandangkan saya bekerja di UM, senanglah sikit nak berurusan.

Kena warded kat bilik rawatan akut di A&E sebab diorang nak pantau dari 11 pagi sampai dekat 10 malam. Ambil darah untuk periksa blood count dan juga liver function test (LFT). Ini pun ambil masa dua jam baru result nak keluar. Masuk air dua botol, periksa urin. 1/2 jam measure temperature dan BP. Orang yang menunggu lah penat. Dalam bilik tu mana ada kerusi nak duduk. Tik tok tik tok.... pukul 8.30 baru nampak doktor pakar masuk. Tunggulah giliran untuk di periksa oleh doktor pakar tu. Masa tu bilik tu memang penuh. MR kat katil 12 kalau tak silap. Sepanjang hari kat situ, MO yang periksa, untuk keputusan seterusnya memang kena tunggu doktor pakar.


Dari apa yang doktor pakar tu terangkan, bila ruam dah mula keluar, demam ni dah nak masuk recovery stage dan stage ni agak kritikal. Dan demam denggi memang takde ubat kecuali minum air dengan banyak. Sy memang dok paksa MR minum air tapi air kosong dan 100 plus. Huhuhuhu.... mana lah orang sakit tu nak lalu minum. Dah lah selera dia ke laut. Nasib baiklah cik suami tak de bleeding kat mana-mana. Doktor tu bagi option, kalau boleh minum air dengan banyak tak perlu admit ke ward tapi memang kena datang hospital balik untuk periksa darah atau admit je ke ward. Of course lah sy nak bawa balik rumah je. Kesianlah kat anak-anak. Dapat lah MR cuti sakit seminggu.

Esoknya, pergi ke RUKA di PPUM untuk periksa darah dan LFT lagi. Dapat kad untuk rekod pemerhatian pesakit denggi. Nampak tak tanda-tanda demam denggi tu. Semua dah ada kat MR tapi kami hanya perasan bila keluar rashes kat badan dia. Mana taknya, dah macam udang kena bakar.


Kat belakang kad tu ada guidlines untuk penjagaan di rumah. Memang kena ambil fluid dengan banyak. Tak cukup dengan air kosong je. Doktor kat RUKA tu berkali-kali tekan kan kesilapan yang sesetengah doktor buat, suruh pesakit minum air kosong dan 100 plus. Mana boleh weh.... bagi variety sikit macam air kelapa, barli, jus dan lain-lain untuk tampung balik cecair yang hilang dari badan. Lepas ni kena ingat lah.


Segala macam ubat tahan sakit macam aspirin, ponstant dan antibiotik perlu elakkan. PCM pun hanya redakan demam sekejap je, lepas tu suhu akan naik semula. Makan antibiotik pulak boleh sebabkan cirit birit. Patutlah bila MR makan antibiotik yg klinik panel prescribe kan, dia asyik cirit birit je. Huhuhuhu....


Alhamdulillah, semalam punya keputusan darah dah ok. Platelet pun dah naik ke 449. Ambil masa 7 hari juga platelet nak naik banyak tu. Kira dah sihat lah. Tapi kata doktor untuk fully recover tu ambil masa juga. Ye lah, sakit sendi-sendi tu bukan senang nak hilang. Dekat dua minggu jugalah MR sengsara. Bayangkan kalau kena denggi berdarah, mungkin lagi lama.

Sedikit info tentang demam denggi yang saya ambil dari Portal Rasmi KKM.

Demam Denggi

Pengenalan
Demam denggi adalah sejenis penyakit jangkitan virus yang merebak melalui gigitan nyamuk Aedes aegypti yang telah dijangkiti.
Terdapat empat (4) jenis virus yang boleh menyebabkan demam denggi (DEN 1, DEN 2, DEN 3 dan DEN 4).
Jangkitan oleh salah satu jenis virus akan memberikan imuniti terhadap virus jenis itu sahaja, jika individu tinggal di kawasan jangkitan denggi, mereka boleh di jangkiti lebih dari sekali seumur hidupnya.
Lebih 100 negara di Asia Selatan, Asia Tenggara, Afrika, Amerika Timur Mediterranean dan Pasifik Barat mengalami masalah denggi.
Tanda dan gejala
  • Kebiasaannya demam akan terjadi pada hari ke tiga (3) hingga ke empat belas (14) selepas digigit oleh nyamuk yang dijangkiti, kebiasaannya di antara 4 hingga 7 hari.
  • Selalunya ia akan bermula dengan demam kuat yang mengejut, sakit kepala yang teruk/kuat, sakit pada bahagian belakang mata serta otot-otot dan sendi-sendi. Ruam merah di kulit juga boleh terjadi.
  • Demam ini boleh mencapai suhu 40 - 41 C, dan selalunya akan berlarutan selama 2 hingga 7 hari. Ia juga boleh menyebabkan serangan sawan dikalangan kanak-kanak di bawah umur 6 tahun. Sakit teruk pada tulang-tulang, otot-otot dan sendi-sendi. Demam denggi ini juga dikenali sebagai "breakbone fever".
  • Ruam selalunya akan tumbuh pada hari ke 3 dan 4 selepas bermulanya demam.
  • Muntah dan kurang selera makan.
Pemastian diagnosa penyakit
Antibodi akan dikesan di dalam darah (Dengue IgM) (Antibodi yang dihasilkan oleh sistem pertahanan badan untuk melawan jangkitan).
Ujian PCR (kaedah mengesan genetik virus) boleh mengesan virus denggi di dalam darah dan nyamuk boleh didapati di sesetengah makmal.
NSI antigen: Satu lagi test yang mengesan virus ini pada peringkat awal/demam.
Rawatan
  • Segera berjumpa dengan doktor kerana tiada ubat yang khusus untuk merawat demam denggi.
  • Rehat dan banyakkan minum air masak. Ubat paracetamol boleh diambil untuk menurunkan demam dan mengurangkan kesakitan.
  • Elakkan ubat aspirin bagi kanak-kanak di bawah umur 12 tahun.
  • Mandi jerlum.
  • Antibiotik tidak diperlukan.
Demam Denggi Berdarah
Merupakan demam denggi yang teruk disebabkan oleh jangkitan virus denggi.
Kebiasaan tanda sakit adalah sama dengan demam denggi. Pesakit akan menjadi teruk disebabkan oleh radangan di salur darah. Tanda-tanda yang biasa termasuklah muntah, pitam dan sakit di bahagian abdomen.
Salur darah di dalam badan boleh mengalami kebocoran dan menyebabkan isi padu darah berkurangan. Ini boleh menyebabkan pesakit mengalami renjatan (shock) dan akhirnya boleh menyebabkan kematian.
Tiada ubat-ubatan yang khusus untuk merawat demam denggi. Pesakit perlu dimasukkan ke wad bagi rawatan demam denggi berdarah. Rawatan awal boleh mengelakkan kematian dengan kadar kurang daripada 1%. Pesakit akan diberikan rehidrasi untuk memastikan beliau tidak mengalami renjatan.
Walaupun nama penyakit ini demam denggi berdarah, masalah yang membawa kemudaratan adalah masalah kebocoran salur darah yang menyebabkan renjatan dan bukan pendarahan yang menjadi masalah utama.
Faktor penyumbang
Intravena:
  • Pembangunan yang pesat di bandar-bandar terutama di Negara Tropika menyebabkan kepadatan penduduk tinggi dan tapak binaan yang banyak.
  • Peningkatan penggunaan bahan plastik dan pembuangan tayar lama boleh menyebabkan pembiakan nyamuk yang baru.
  • Pergerakan manusia dari satu tempat ke tempat yang lain menyebabkan penularan berlaku dengan cepat.
Pencegahan
Pada masa sekarang tiada vaksin untuk mengubati demam denggi. Walau bagaimanapun usaha-usaha sedang dijalankan untuk menghasilkan vaksin tersebut.
Elakkan gigitan nyamuk dengan:
  • Gunakan ubat nyamuk.
  • Gunakan kelambu semasa tidur. Gunakan 'repellent' jika perlu.
  • Elakkan aktiviti semasa nyamuk aktif menggigit (5.30 pagi-8.00 pagi dan 5.30 petang-8.00 malam).
  • Pakai pakaian berlengan panjang dan seluar panjang apabila keluar daripada rumah.
  • Pasang jaring halus (mosquito mesh) di tingkap dan pintu.
Menghapuskan tempat-tempat pembiakan nyamuk:
  • Menghapuskan tempat pembiakan nyamuk di sekeliling rumah. Musnahkan semua bekas yang boleh menakung air hujan atau lebihan air, terutamanya di besen, tayar lama, bekas bunga, bekas plastik dan tong. Jika tidak boleh dimusnahkan, letakkan bahan pembunuh jentik-jentik di bekas tersebut.
  • Kerap tukar air di bekas minuman haiwan peliharaan.
Jika anak anda disyaki mengalami sakit denggi dan dipantau sebagai pesakit luar (tidak dimasukkan ke wad), bawa anak anda segera ke hospital/klinik jika:
  • Muntah berlarutan/berpanjangan.
  • Sakit perut.
  • Kurang bermaya/sawan.
  • Sesak nafas.
  • Pucat/sejuk pada tangan dan kaki.
  • Pendarahan: daripada gusi/hidung, muntah darah, najis berdarah dan tanda-tanda merah pada kulit.
@@@@@@

Kalau orang dewasa pun tak tertahan dengan gejala denggi ni, macam mana lah pulak kalau anak-anak yang kena. Minta dijauhkan lah. Demam ni pun boleh berulang. Jadi kena pastikan kat kawasan rumah kita tu tak de air yang bertakung. Macam yang kita tahu, nyamuk aedes ni banyak waktu awal pagi dan senja. Pasang ubat nyamuk time tu ye......

Popular

Blog Archive