Sikit update dari CIM

Assalamualaikum

Waduh...waduh... lama juga tak bersiaran dalam blog ni. Baaaaanyak sangat cerita sebenarnya. Tapi mood ke laut bila nak menaip. Harap masih ada lagi yang sanggup berkunjung ke sini. InsyaAllah CIM akan cuba merajinkan diri selepas ni. Dapat seminggu sekali pun jadi lah kan?

Alhamdulillah....sekarang dah masuk minggu ke 25 pregnant :) Syukur sangat pada Allah kerana REZEKI ini. AA berdua pun excited nak dapat baby baru. Alisha dah siapkan nama untuk adik dia ni :) InsyaAllah, semoga Allah permudahkan segala-galanya. Sekarang ni CIM duk sibuk punggah stor mencari balik gadget/barang yang dah beli masa pregnant Alisha dan Alfeey dulu. Nanti CIM up post untuk tu ye.

Barang baby memang tak de beli apa-apa pun lagi. Huhuhu....bukan tak excited tapi penyakit M ni menular sangat2. Jangan baby nanti terjangkit penyakit M ni sudah. Nasib baik lah pregnant kali ni MR dah duduk sekali. Kalau lah dia masih di Sarawak, memang kesian kat anak-anak. Masak memasak memang jarang lah. Kebelakangan ni je yang rajin nak pegang periuk dan kuali. Itu pun bila MR request. Something yang memang dia susah nak buat. Macam....

 kuih bakar

lepat ubi

roti

Dan beberapa lagi yang CIM sendiri tak teringat nak snap gambar. Bila dah selesai makan baru lah "Alamak lupa nak tangkap gambar". Hehehe....

Ok lah..cukup untuk hari ni. Jumpa lagi di next update :)

Bye... Bye... Bye...

Post a Comment

0 Comments