Wednesday, August 31, 2016

Misi Penyusuan Aleena Aisya

Yihaaa.....bermula kembali misi penyusuan selama 2 tahun untuk Aleena Aisya. Kali ni tak perlu berbelanja besar nak beli pam susu sebab semuanya dah ada. Ingat lagi masa Alisha (2009) dulu memang taksub dengan breastpump. Kalau ikut nafsu semua jenama nak beli :) Dan ada beberapa yang sy beli macam Avent Manual, Avent Elektrik, Spectra 3, Medela Swing, Medela Freestyle dan e-Motion NUK.  Sudahnya.... hanya dua pam saja yang kerap sy guna ~ Medela Freestyle dan Avent Manual. Spectra 3 entah kat mana tersorok dalam stor. Pam e-Motion NUK pula tinggal dikampung. Entah elok atau tak lagi tak tau lah. 


Harta karun. Sangat berharga tau :) 

Untuk storage, sy suka guna storage bag. Sebab jimat ruang dalam fridge. Nak beli deep freezer kena fikir faktor ruang pula kat rumah ni. Brand pilihan Jingle Jungle. Sebab apa? Sebab dah biasa gunakan brand ni :) Ada dua size - 200ml dan 400ml kalau tak silap. Sy guna yang saiz 200ml. Senang nak simpan menegak atau lay flat saja untuk lebih jimat ruang.


Ada dua benda ni dan istiqamah dalam mengepam, InsyaAllah...cukuplah bekalan susu untuk anak. Tapi sy tertarik dengan Silicon Breastpump & Milk Collector masa ke Fabulous Mom siang tadi. Selain berfungsi sebagai breastpump, boleh juga guna sebagai milk collector. Rugi lah pulak susu yang keluar masa kita tengah susukan anak atau single pump kan. Nanti sy cuba guna dan buat review ye.


Tengok saja pun dah rasa teruja nak guna :)

Sedikit nota untuk ibu yang menyusukan anak. 
Selamat berjaya.



No comments:

Post a Comment

Ad Banner