Follow Me @noorshafila

Tuesday, September 27, 2016

Pokok kari dah kena potong.

Sejak mula beli, dah empat kali aku tukar bekas. Dari pasu kecil pindah ke pasu besar akhirnya aku pindahkan ke dalam baldi besar. Agaknya sebab kawasan makin besar, pokok kari aku membesar dan meninggi dengan jayanya. Dengan daun yang besar-besar.


Sampailah satu hari aku tengok bahagian daun muda mula berlubang dan tinggal batang saja. 


Rupa-rupanya ada tetamu yang tak diundang. Siap bawa adik-beradik datang. Pandai depa pilih daun muda. Takut sakit gigi lah tu.


Ada empat ekor semuanya. Kalau tengok sekali imbas memang tak perasan. Sebab pokok dah tinggi dan aku pun letak kat tempat yang tinggi lagi lah tak perasan. Padahal MR dalam seminggu tiga atau empat kali dia petik daun kari ni. Cuba bayangkan masa dia cabut daun tu terpegang member ni. Hahahaha..... geli kau. 

Lepas pantang hari tu, aku potong pokok kari aku. Pakai gunting siang ikan tu je. Hahaha...Tinggal separuh. Lagipun mak aku kata, kalau pokok ni berdahan cantik sikit. Dia akan jadi rendang. Kalau biarkan tak potong, mau sampai ke langit kot (yang ni aku yang kata). Mula-mula risau juga pokok kari ni tak tumbuh balik.  Lepas seminggu potong macam ni lah tunasnya keluar. Lega.


Happy sangat masa ni. Tiga hari lepas tu, habis botak. Sakit betul hati aku ni. Aku bukan nak menuduh, tapi aku rasa ni kerja anak jiran depan rumah aku ni. Sebab apa aku kata depa? Hari tu depa duk usha Alisha dan Alfeey ajak main. Tapi aku tak bagi keluar. Jadi depa duk main kat depan pagar tu je. Siap panjat2 dinding lagi. Risau aku kalau jatuh ke bawah. Tingkat lima rumah aku ni tau. Nak tegur anak orang. Mulut pulak boleh tahan. Lagi pulak anak2 ak bukannya ambil kisah sangat benda2 macam ni. 

Lepas tu, alang2 dah botak, aku potong lagi dalam setengah jengkal.


Cantik betul tunas baru ni keluar. Harap tak de lagi yang mengganggu.

Daun-daun kari yang aku dah potong hari tu aku tak buang tapi aku basuh dan rendam sekejap dalam air garam, kemudian bilas dan keringkan (biar je dalam tapis). Lepas tu letak dalam plastik dan simpan dalam peti sejuk. Dah dekat sebulan tapi masih segar lagi. Banyak tu...sayang nak buang. Nasib baik aku teringat tips ni. Tapi lupa pulak aku baca tips segarkan daun sayur ni kat mana. Korang boleh cuba kalau tak percaya.

No comments:

Post a Comment

Tudung Si Comel

tudung sekolah