Harga petrol dan Diesel bagi November 2016

October 31, 2016 ILA shafila 4 Comments

Bismillah

Harga baru petrol dan diesel naik 15 sen bagi setiap liter berkuat kuasa tengah malam ini, 
1 November 2016.

Dengan kenaikan ini, menjadikan harga runcit RON 95 (RM1.95), RON 97 (RM2.15) dan 
Diesel (RM2.00) sebagai yang tertinggi bagi tahun ini.


Image: malaysiakini

Adeh... bertabah lah semua.

Aku isi minggu lepas penuh lagi. Maklumlah minggu lepas banyak cuti.
Lepas ni memang tak de cuti dah. Aleena pun dapat taska di UM juga. Senang sikit. Hantar Alfeey ke tadika dan Aleena ke taska. Sebelah menyebelah saja.

4 comments:

Extreme Road trip

October 30, 2016 ILA shafila 2 Comments

Bismillah

Korang dah tengok Extreme Road trip?



Aku pun baru je tahu kewujudan rancangan ni melalui adik ipar aku. Maklumlah kat rumah aku tu kalau tak channel cartoon, mesti channel sukan tak pun channel korea. Aku tengok sekali masa trip ke Perak macam best pulak. Ala-ala 2 days 1 night pulak. Pada yang tak tahu meh aku nak cerita sikit tentang rancangan ni.

Extreme Roadtrip ni merupakan program 13 episod yang berkonsepkan travelogue yang menggabungkan road trip dan bucket list. Kiranya depa kena buat pelbagai aktiviti extreme dan mencabar mengikut bucket list depa di seluruh negara. Di samping tu kita dapat ikut depa menelusuri keindahan bandar-bandar kecil yang jarang dijelajahi di Malaysia. Terdapat juga beberapa tempat yang masih belum pernah dikunjungi orang ramai secara komersial. 

Apa yang bestnya, program ni menampilkan 3 selebriti wanita iaitu Elfira Loy, Sherry Al Hadad dan Ardel Aryana. Kelakar pulak bila tengok depa 3 orang ni dengan aksi depa bertiga mencabar diri mereka untuk melakukan aktiviti-aktiviti ekstrem di Semenanjung Malaysia sebelum mencapai usia 30-an.

Mmm...aku yang dah lebih 30-an ni pun kalau ada peluang memang nak juga buat aktiviti2 extreme macam ni. Bila dah tengok rancangan macam ni, mula lah pasang angan-angan. Hehehe..tu lah..masa bujangan dulu tak nak buat. Apa yang pasti rancangan ni boleh jadi panduaan pada girls kat luar sana yang suka travel dan lakukan aktiviti2 lasak. Sekarang, beraktiviti extreme dengan anak-anak saja.

Extreme Roadtrip bersiaran di saluran Astro Bella (133) dan tayangan serentak di saluran Astro Mustika HD (134) pada setiap hari Sabtu mulai 1 Oktober 2016 ini jam 7.00 petang. 

Tengok jangan tak tengok. 30 minit saja. Aku? Record je dulu. Bila dah free baru tengok :)

2 comments:

Pandan Butter Cake mudah

October 29, 2016 ILA shafila 1 Comments

Bismillah

Berdentum dentam bunyi mercun malam ni. Entah mercun apa lah yang geng2 macha kat kawasan rumah aku ni sampai bergegar rasa lantai. Dari petang lagi tadi lagi. Aleena pulak memang asyik terkejut je. Maklumlah first deepavali dia. Nasib baik setahun sekali je. Tahan saja lah. Happy Diwali ye.

Sambil duk layan bunyi mercun, anak-anak pun dah tidur. Alisha dan Alfeey memang tidur tak sedar langsung. Penat sangat kot. Cuti sekolah aku biar je depa main. Lagipun periksa semua dah habis. Tinggal tunggu keputusan je. Alisha punya result aku boleh monitor je kat SAPS. Alfeey punya result kena tunggu Parents & Teacher Day 8 November nanti. Huhuhu...anak yang periksa mak yang tak senang duduk.

Berbalik kepada sambil duk layan bunyi mercun....cik suami tiba2 nak makan kek. Konon nak diet tak mau makan nasi. Godek-godek bahan yang ada. Butter kat rumah memang ada stok. Nasib baik telur baru beli tadi. Makanya kita buat butter cake saja. Resepi mudah dari Masam Manis. Aku kalau nak buat kek memang ambil resepi dari blog Kak Azlita ni. Mesti menjadi.

Siap potong - Nyum2

Resepi Butter Cake

Bahan A

250 gm margerine planta - aku guna 250 butter
50 gm butter
150 gm gula halus atau gula kastor
100 gm gula icing

Bahan B

250 gm telur (tanpa kulit) - aku guna 5 biji telur gred C. Ngam2 250 gm
1/4 sudu teh esen vanilla

Bahan C - satukan dan ayak

250 gm tepung gandum
1 sudu teh baking powder

Dah siap sediakan bahan. Satukan bahan A dan putar adunan sampai creamy atau putih pucat. Masukkan telur satu persatu dan terus putar sampai semuanya sebati. Tambahkan esen vanilla. Kemudian, tuang tepung sedikit demi sedikit dan pukul dengan kelajuan perlahan.

Aku bahagi adunan kepada dua bahagian dengan nisbah 2:1. Satu biar plain dan satu lagi aku tambah pandan emulco dan pewarna hijau. Tuang lapisan plain dulu dan ratakan. Kemudian tuang lapisan pandan dan ratakan. Lapiskan lagi dengan lapisan plain dibahagian atas.

Bakar adunan pada suku 160 C api atas dan bawah selama 45 minit. Jangan lupa panas kan dulu oven selama 15 minit sebelum masukkan adunan.

Pandan Butter Cake
Keluar saja dari oven terus potong. Makan panas-panas sedap wooo sambil minum air teh. Laju je cik suami makan sambil tengok match MU vs Burnley. Hehehhe...frust dia... sebab result seri. Aku gelak je dalam hati. Hahaha...kan aku penyokong Chelsea.


1 comments:

The Walking Dead Season 7

October 28, 2016 ILA shafila 1 Comments

Wow..wow..wow

The Walking Dead (TWD)
Setahun menunggu season 7 keluar.

eeny meeny miny mo
"who's it gonna be!"
Serius aku cakap...masa ni memang berdebar2.


Tengok episod 1 ni pun dah tak senang duduk. Ingatkan semuanya mati.
Aku siap whatsapp kawan aku bagitau yang semuanya mati. Buat suspen je.
Poor Abraham and Glenn. I will be missing him (Glenn) in this season (speaking pulak kita).
Aku tak expect Glenn mati dalam musim 7 ni. Korang ingat tak mata Glenn yang tersembul keluar tu. Ouchhh...cara mati paling sadis sekali aku rasa.
Daryl pulak, aku tak dapat bayang kan lagi nasib dia. 


Kemunculan Jeffrey Dean Morgan yang pegang watak Negan memang aku nanti kan.
Suka sangat dengan lakonan dia. Lagipun dalam TWD ni nampak dia handsome sangat dengan outfit yang dia pakai sambil pegang kayu baseball (Lucille) tu. Tak sabar nak tengok apa lagi dia buat lepas ni.

1 comments:

HAPPY DIWALI

October 28, 2016 ILA shafila 2 Comments

To all my hindus friends


May millions of lamps illuminate ur life
with endless joy,prosperity,health & wealth forever
Wishing u and ur family a very
"HAPPY DIWALI"

Image: credit to google image


2 comments:

Cari Kerja? Lebih 10000 Kekosongan Untuk Anda Pohon.

October 26, 2016 ILA shafila 0 Comments

Bismillah

Pembentangan budget 2017 baru je selesai. 
Berita baik untuk kakitangan kerajaan. Awal tahun hadapan akan dapat RM500 bantuan khas kewangan. Sikit? Cukuplah...boleh juga tampung sana sini. Lagi pulak kerajaan dah sediakan banyak kemudahan sepanjang perkhidmatan sampailah bersara kelak.

Bagi yang masih tercari-cari kerja di luar sana tak kira dari sektor kerajaan atau swasta, ada satu website jawatan kosong yang boleh korang pertimbangkan. Website ini menawarkan pelbagai jenis kerja kosong yang boleh korang cuba mengikut minat dan tahap pendidikan korang.

Website ini juga menyediakan jawatan kosong kerajaan. Korang pun tahu banyak faedahnya bekerja dengan kerajaan ni dan paling penting, bekerja dengan kerajaan lebih menjamin masa depan.

Untuk pengetahuan korang semua, antara kerja kosong yang popular di website ini adalah jawatan kosong maybank, jawatan kosong kastam, jawatan kosong jpj dan jawatan kosong kemas. Website ini juga mempunyai kelebihan di mana peluang untuk diterima dan kadar serapan masuk kerja lebih tinggi kemungkinannya. Bagi yang baru saja berijazah jangan bazirkan masa anda, terus saja ke website ini untuk rebut peluang yang ada.

Dengan keadaan ekonomi negara sekarang, pihak kerajaan khususnya Kementerian Sumber Manusia harus mengorak langkah yang lebih proaktif bagi masalah pengangguran di negara kita dan bagi yang dah berjaya memohon dan dipanggil temuduga, pastikan korang bersedia sepenuhnya pada hari temuduga tersebut. Jaga adab dan tertib serta kawal percakapan kerana semuanya akan dinilai. Tunjukkan personaliti yang berkarisma dan menarik  kepada panel temuduga.

Selamat berjaya.

0 comments:

DIY Taggies Blanket

October 25, 2016 ILA shafila 0 Comments

Bismillah

Dah lama teringin nak buat sebenarnya. Tapi aura tak sampai-sampai. Malam ni sambil2 menonton TV aku berjaya buat. Ambil masa dalam setengah jam dengan hanya menggunakan bahan-bahan yang dah memang ada.

Taggies blanket. 

Bahan-bahan:
2 keping remnant bersaiz 9"x9"
Assorted ribbons bersaiz 4"
(bilangan ribbons ni ikut keperluan dan saiz)

Susun saja ribbons yang dah dilipat dua atas sekeping kain.
Jangan lupa sematkan kan pin.
Beginner macam aku ni memang kena buat macam ni.
Takut kedudukan ribbons tu tak sama pulak nanti.


Lepas tu boleh jahit. Guna 1/4" seam.
Jangan lupa nak tarik keluar pin sambil jahit tu.
Lepas tu lapis kan kedua-dua bahagian remnant tu.
Dah boleh jahit keempat-empat sisi,
 tinggalkan sedikit bukaan
Yang ni, aku tinggalkan dalam setengah jengkal untuk pusing keluar bahagian ribbons.



Hasilnya dalam 30 minit. Maaflah dengan penerangan ringkas ni.
Kalau korang berminat nak isi masa lapang dengan hasilkan taggies blanket ni,
korang boleh buka LINK ni. 

Untuk hasil pertama ni, aku letak manik bulat kat bahagian dalam.
Taggies ni akan hasilkan bunyi bila manik2 ni berlaga.

Hehehe..jimat rm15-rm20 aku. Daripada beli baik aku buat sendiri
Lepas ni boleh buat stok remnant dan ribbons.


Abang Alfeey punya atau Aleena yang punya.
Kena tunggu siapa yang bangun dulu esok :)

*
*
*
*
*
*

Yay....Aleena punya.




0 comments:

Nabil Ahmad berlawak di sekolah.

October 23, 2016 ILA shafila 1 Comments

Bismillah

Sabtu lepas ada Karnival Usahawan di sekolah Alisha. Ya Allah, sepanjang dua minggu dia asyik bercakap tentang karnival ni. Sampai aku ugut dia tak boleh pergi kalau dia terus bercakap pasal ni. Ye lah, masa ulangkaji untuk periksa pun dia dok bercerita. Haih.....miss kepochi betul.

Korang perasan  tak siapa di situ?
Jadinya, sabtu hari kejadian, aku dan family pun bawalah dia ke karnival ni. Masa nak keluar nampak titis-titis hujan. Aik...mau hujan ke? Cuaca cerah je. Aku doa dalam hati agar tak hujan...kalau tak kesian kat budak2 sekolah. Sebelum sampai aku tengok whatsapp group sekolah, ada parent post gambar queue panjang nak masuk ke 'rumah hantu'. Hehehe...macam best je ni. 

Sikit ucapan yang aku dengar masa tengah membeli makanan untuk anak2, tujuan karnival usahawan ni adalah untuk mengumpul dana tabung PIBG bagi memperbaiki infrastuktur sekolah. Antara aktiviti menarik sepanjang karnival ni adalah inflatable, pool, roller ball, boats, tricycle, giant bubble, paint ball, ghost house, sand arts, archery, computer game, cabutan bertuah, gerai jualan, pemeriksaan gigi, pameran dan banyak lagi.

Tunggu giliran - Fashion Show

Dia cakap nak masuk fashion show. Cikgu dah ambil nama. Alahai anak... baru nak daftar di hari kejadian sebenarnya. Dia masukkan baju kebaya saja. Muka dan rambut tak de berhias pun. Ibu dia pulak tak bawa langsung alat solek. Berjalan atas pentas macam tu saja. 

Menangis masuk rumah hantu

Sebelum tu, Alisha dan Alfeey nak masuk rumah hantu. Hero aku ni memang lah penakut sikit tapi dia nak masuk juga ikut kakak. Tak sampai seminit masuk, pintu masuk kena ketuk kuat dari dalam. Buka pintu je, Alfeey dah melalak berjurai-jurai air mata sambil cakap "Kakak hilang, Alfeey nampak hantu tulang." Pakat ketawa semua yang kat situ. Haih...aku ingat berani sangat.



Aktiviti di padang sekolah

Lepas tu cik suami bawa budak berdua ke padang. Kalau di bahagian depan sekolah penuh dengan ibu bapa, kat sini macam syurga untuk anak2. Sebab dah tengah hari dan cuaca pun dah panas, Alisha dan Alfeey main inflatable je.

 

TAPI..

Hehehe...ada tapi tau. Ni aku nak bagi tau....aku rasa kemuncak karnival ni adalah masa kemunculan Nabil Ahmad. Semua orang berebut-rebut nak ke depan tengok Nabil. Hehehe..macam tengok Maharajalawak pulak. Walaupun aku tak berapa suka Nabil ni....tapi LAWAK la Nabil. Terima kasih kerana menyumbang kepada pihak sekolah. Berebut budak-budak nak kupon dari Nabil.


Ada juga artis lain, tapi aku tak berapa kenal. Dalam banner ada juga muka Liza Abdullah tapi aku tak nampak bayang dia pun. Mungkin dia datang petang kot. Cik suami ada perasan dua lagi artis tapi tak tau nama. Hehehe....kenal aje dia. Sebab dia glamor...aku belanja sekeping lagi gambar dia yang aku close up dari jauh. Hehehe...

I can see the ears.

Akhir sekali, kakak dan abang ke sana-sini. Dak kecik ni syok je tido. Tak peduli bising dan panas.



1 comments:

Bawa bayi 3 bulan berenang

October 22, 2016 ILA shafila 2 Comments

Bismillah

Budak kecik ni dah mula berenang pada usia 86 hari. Masa kakak dan abang dia dulu, aku yang menguruskan depa sorang2  sebab cik suami kat Miri. Bila dah sebumbung ni, senang lah urusan ibu. Sebut aje cik abah boleh bawa kan. 

Pipi kembong

Aku bawa ke kolam renang awam je, memandangkan Alisha dan Alfeey pun suka aktiviti main air ni. Depa berdua memang dah biasa pergi sebelum ni. Kiranya ini first time untuk Aleena. Disebabkan princess kecil ni nak swim, kami pergi awal ler sebelum orang ramai. Kiranya orang pertama lah. Air pun bersih suci bersih lagi. Suhu pun bagus je.

Mula-mula masuk, muka cuak je. Lepas tu, dia sendiri kayuh.
Mula-mula aku gayat juga nak lepaskan dia dalam kolam tu. Boleh caya ke neck ring ni. Sikit-sikit cik suami lepas. Akhirnya dia terapung seorang. Macam ada orang ajar je, tangan dan kaki dia mengayuh dalam air tu. Dalam setengah jam juga lah aku bagi dia berendam dalam kolam tu, sementara orang nak ramai.

Cik abah dan anak-anak.

Sementara aku layan Aleena. Cik abah layan kakak dengan abang. Depa berdua banyak main kat kolam dewasa (dengan pantauan cik suami). Main terjun ikut suka hati je. Aku yang tengok pun risau takut cik suami terlepas. 


Neck float yang comel tu, aku beli dari LAZADA. Memang puas hati. Harga cuma RM20.90 selepas diskaun. Bukan setakat infant je boleh guna. Alisha yang 7 tahun tu pun masih muat. Kalau korang nak beli klik saja kat iklan LAZADA kat blog aku ni. Pandai-pandai lah korang pilih ikut harga dan design pilihan korang. Aku ada beli 3 lagi tapi belum sampai. Mana tak nya, lepas buka je dari leher Aleena semua pakat nak pakai termasuk anak adik aku. Kena ikut giliran lah.

Abang Alfeey pinjam neck float Aleena.

 TIPs bila bawa bayi berenang:
  • Nombor satu dalam senarai ialah lampin renang guna semula. 
  • Sebotol susu suam untuk bayi selepas berenang jika anda memberinya susu botol.
  • Sehelai tuala, lebih baik jenis yang mempunyai hud kepala, atau jubah mandi untuk bayi.
  • Sebaik sahaja bayi anda mula menggeletar, keluarkan dia dari dalam air dan balut dengan tuala kering untuk menghangatkan badannya.
  • Mulakan dengan sesi selama 10 minit dan beransur-ansur tambah sehingga 20 minit. Jika bayi anda berusia di bawah satu tahun, hadkan masa di dalam air kepada 30 minit sahaja.
  • Jika bayi anda menghidap selesema atau demam, atau kelihatan tidak sihat, jangan bawa dia berenang. Begitu juga jika dia sakit perut, jangan bawa dia berenang sehingga dia telah benar-benar sihat selama sekurang-kurangnya 48 jam.
  • Jika bayi anda mengalami masalah kulit, periksa dengan doktor atau pakar kanak-kanak untuk memastikan bahawa klorin tidak mengganggu kulitnya.
(Sumber: babycenter)

Best sebab misi utama hari tu untuk bagi Aleena berenang tercapai. Dan Aleena pun sihat takde selsema or demam.



2 comments:

GIVEAWAY AZLINDA ALIN x JAM TANGAN LISA SURIHANI

October 20, 2016 ILA shafila 4 Comments

Bismillah

Lama tak join GA dari Azlinda Alin ni. First time join dulu menang tiket ke konsert Hi 5.
Moga dimurahkan rezeki kali ni. Hehehehe...

******
GIVEAWAY AZLINDA ALIN x JAM TANGAN LISA SURIHANI LISA'S FGHENDS - Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera (dah jawab ke belum tu???), hari ini mummy nak melancarkan satu Giveaway. Dah lama tak buat giveaway,kan. Sampai, ada yang bertanyakan pada mummy. Bila nak buat giveaway lagi?? Haaaa...ni mummy dah buat GIVEAWAY AZLINDA ALIN x JAM TANGAN LISA SURIHANI LISA'S FGHENDS. Jangan tak join, tau !










GIVEAWAY AZLINDA ALIN x JAM TANGAN LISA SURIHANI LISA'S FGHENDS

Tadaaaa.. Ni jam untuk GIVEAWAY AZLINDA ALIN x JAM TANGAN LISA SURIHANI LISA'S FGHENDS. Koleksi jam ini di ilhamkan dari Lisa Surihani. Yang di beri jenama Lisa's Fghends. Boleh refer Facebook Lisa's Fghends








SYARAT MUDAH GIVEAWAY AZLINDA ALIN JAM TANGAN LISA SURIHANI LISA'S FGHENDS




3 pemenang di cari !! Cepattt sertai Giveaway ini. Nak tahu syaratnya?? Mudah saja. Syaratnya seperti berikut :-




1. Buat 1 entri blog "GIVEAWAY AZLINDA ALIN x JAM TANGAN LISA SURIHANI "




2. Follow blog www.azlindaalin.com




3. Follow G+ INI




4. Follow Facebook ini, Facebook Rush Media dan Instagram ini




5. Tinggalkan URL di ruangan komen ini.









KEPUTUSAN PEMENANG GIVEAWAY AZLINDA ALIN JAM TANGAN LISA SURIHANI LISA'S FGHENDS




Giveaway ini bermula dari tarikh 20 Oktober 2016  hingga 25 November 2016




Keputusan pemenang akan di beritahu dalam blog ini pada bila-bila masa selepas tarikh tutup.




Kesimpulannya, kene rajin terjah  blog ini la ye...kalau nak tahu siapa gerangan yang menang dapat jam tangan Lisa Surihani ni.

Semoga berjaya !





4 comments:

Spagetti HEBAT: dinner untuk anak-anak

October 18, 2016 ILA shafila 1 Comments

Bismillah

Ini menu simple dinner aku dan anak-anak hari ini, bila cik suami bekerja.
Dah malam rasa bercinta pulak nak masak nasi.
Bila tanya Alisha dan Alfeey nak tak makan spagetti.
Melompat lah apa lagi sebab ini memang kesukaan depa berdua. 
Lagi kurang sayur dalam hidangan tu lagi depa suka.


Bahan-bahan yang aku guna:
Sebiji tomato dan seulas bawang merah - kisar sekali
3 ulas bawang putih - hancur
isi ayam - potong halus
french beans - potong 3 setiap satu
sedikit lada hitam, garam, gula

Simple saja kan. Yang penting, tak de lah depa berdua kutip bawang buang sebab aku dah kisar dan hancurkan sekali. Kacang tu pulak memang aku yang kena habiskan lah. Depa makan ayam dan spagetti tu saja. Susah pulak rasanya nak suruh depa makan sayur. Hairan betul aku, tajam betul mata sampai bawang yang halus tu pun depa boleh kutip buang. 

Yang bestnya bila masak untuk anak2 ni..kau masak lah apa pun, mesti depa kata sedap.
Makan dengan penuh berselera. Macam spagetti ni...depa kata sedap dan hebat.
Siapa lagi nak puji kalau bukan anak-anak :)

1 comments:

Segmen Ucing Nak Bloglist

October 18, 2016 ILA shafila 4 Comments

Bismillah

Bila banyak yang nak dicerita tapi idea menulis tak sampai, kita blogwalking cari segmen atau GA :)


http://ucingkadayan.blogspot.com/2016/10/segmen-ucing-nak-bloglist.html

Segmen Ucing Nak Bloglist.

Hi Blogger.Melihat Banyak Blogger yang membuat Segmen Bloglist pada kali ini jadi Ucing pun nak buat Segmen ini juga.Segmen ini adalah mudah Semua yang Join Segmen ini akan Saya masukkan dalam Bloglist Blog Ucing.

Syarat syarat nya adalah mudah.:

1) Masukkan "  http://ucingkadayan.blogspot.com  " dalam Bloglist Anda dengan Nama Ucing Kadayan.
2) Buat Tajuk Post " Segmen Ucing Nak Bloglist "
3) Copy Semua Coding yang telah disediakan dalam box dan Paste ke dalam Ruangan Html dan Publish.
4) Tinggalkan Url Post Anda ke Ruangan Komen Disini.

Itu Je...mudah kan (^_^) Tag Rakan Anda .Segmen Tamat 28-10-2016.

4 comments:

Avent or Pigeon

October 17, 2016 ILA shafila 1 Comments

Bismillah.

Tak sampai seminggu lagi aku dah nak masuk kerja balik. 90 hari cuti rasa macam tak cukup je. Masuk minggu terakhir cuti ni lah baru nak mula ajar Aleena menyusu guna botol. Padahal jururawat KK dah pesan aku kena latih awal sikit. Mula2 aku try dengan botol Avent. Botol ni aku beli sebelum dia lahir lagi. Dia main-main je. Sikit pun tak luak. Lepas tiga empat kali cuba asyik kena reject je, aku pun malas nak cuba lagi. Terus continue bagi direct je.

Avent bottle

Masa aku pergi Kedai Momster bulan lepas, aku ada tengok botol Pigeon ni. Ada dua jenis iaitu Polyphenylsulfone (PPSU) dengan Polypropylene (PP). Saiz pulak sama je macam botol jenama lain 160ml dan 240ml. Untuk Aleena aku beli botol PPSU. Warna yang yellowish ala-ala madu lebah nampak simple dan menarik.

Pigeon PPSU bottle 160ml

Apa yang menarik pada botol pigeon ni adalah puting dia iaitu Peristaltic PLUS Wide Neck Nipple. Puting ni sangat lah stretchable dan dibuat daripada Ultra-Soft Silicone. Bentuk dia pula hampir menyerupai puting ibu dan dicipta untuk disesuaikan dengan pergerakan lidah bayi semasa menyusu.

Beza antara puting botol Avent dan Pigeon
Rugi pulak rasa sebab tak beli masa tu sementara ada promosi trade in botol lama dengan botol pigeon  dengan separuh harga. Malas nak pergi ke kedai lagi, aku cari kat Lazada je. Boleh compare harga terus. Dan sudah semestinya lah aku akan pilih harga yang paling rendah. Memang berbaloi lah penjimatannya. Tak rajin lah aku nak survey satu-satu online baby store nak cari. Pastu tak semua tempat ada ketiga-tiga barang yang aku nak beli macam gambar kat bawah ni.

Pigeon Wide neck PPSU 160ml /5 oz with Peristaltic Nipple SS Baby Bottle ( 2 Pack ) - RM95.90
Pigeon SofTouch™ Peristaltic Plus Wide-Neck Nipple Y-Cut 3m+ (00427) RM27.10
Medela Breastmilk Storage Bottle 150ml (3pcs) - RM89.00

Alhamdulillah. Sekali saja aku try bagi susu guna botol pigeon ni habis dia minum. Settle kerja ibu. Kakak dan abang dia dulu belasah je botol Avent (model lama). 

1 comments:

Gegar Vaganza 3

October 15, 2016 ILA shafila 0 Comments

Bismillah

GV musim pertama memang aku tak tahu langsung. GV musim kedua aku ikut sebab MR. Dah dia tengok takkan aku tak tengok. Untuk GV musim ketiga ni....kena tengok dulu esok malam. Macam tahun2 sebelum ni, mestilah ada 12 peserta. 6 lelaki dan 6 perempuan. Kalau tengok gambar kat atas, yang betul2 aku tahu 6 orang saja. Tak kisah lah kan...

credit to astrogempak
Ini senarai penyanyinya adalah Ameng Spring, Zarul Umbrella, Razis Ismail, Gmie Screen, Rem, Shidee Data, Nora Ariffin, Siti Sarah, Elly Mazlein, Azharina, Intan Sarafina serta Zur Eda. Yang bold tu yang aku tahu lah satu atau dua lagu hit depa.

Aku harap persaingan GV tahun ni setanding atau lebih hebat dari GV yang lepas. Janganlah penaja melebih2. Astro akan tayang siaran di saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (123) bermula 16 Oktober ini, jam 9.00 malam. Tapi aku selalu record dulu. Nanti bila free baru tengok. Hahahaha......

0 comments:

Blog aku pun ada akaun Adsense.

October 15, 2016 ILA shafila 0 Comments

Bismillah

Semalam aku join group whatsapp bro Hasrul Hassan. Kira ni support group untuk blogger lah. Jadi silent reader je dulu sebab aku tengok depa kat dalam tu dah terlalu jauh advanced dari aku. Hahaha....lagi pulak satu apa pun aku tak faham apa yang diorang sembang. Pasal SEO, template, coding dan etc. Namanya blog ni dah lama tapi aku tak pernah pun ambil tahu pasal dunia blog ni. 

Dia ada bincang pasal akaun Adsence. Aku ada akaun adsence ni. Tapi tak on pun. Last earning yang ada dalam adsence tu $0.18 kot. Aku off sebab nak biar ads nuffnang je konon2. Suka suka je nak on dan off. Dua kali apply kena reject tau. Kali ketiga baru lepas. Tapi sekarang ni aku tengok ads nuffnang macam tak mau masuk je kat blog aku ni. Adeh macam mana nak jana income ni (konon2 lg) Baik aku on balik adsence aku. So korang rajin-rajin lah klik kat iklan adsense aku tu. Mana lah tau, bangun tido esok mencanak naik klik aku kat akaun adsence. Hahahaha.....berangan kuat benor.

Sementara ada lagi baki cuti bersalin ni, aku nak study tentang affliate LAZADA. Nak masukkan banner dia pun aku tak faham. Menangis....

Alisha, Alfeey & Aleena



0 comments:

Spelling Bee

October 13, 2016 ILA shafila 0 Comments

Bismillah


The Great Australia Spelling Bee. Ditayang kat Astro channel DIVA. Tapi yang ni season 1 (2015). Winnernya Anirudh. Aku dah tahu awal lagi  sebab tengok kat official website dia. Disebabkan ALISHA memang follow episod dari awal. Biar saja dia tengok sendiri nanti. Aku record saja dulu.
Dia siap ingat nama2 peserta dan cuba untuk spell juga.

Aku agak kalau Malaysia buat rancangan untuk kanak2 macam ni, mesti dia mintak nak join sama. Terus terang cakap, aku memang tak bagi dia tengok rancangan kanak2 yang ada sekarang kat tv tu. Menggalakkan anak2 menyanyi dan melawak macam tak berapa nak sesuai dengan perkembangan minda anak2.  Setakat menyanyi lagu2 Didi and Friends dan  nursery rhymes atau lagu2 dalam buku dunia muzik sebagai hobi, okey saja pada aku.

Harap Astro akan tayang Spelling Bee season 2 pulak lepas ni.



0 comments:

Peritnya bila air takde.

October 08, 2016 ILA shafila 1 Comments


Bismillah

Air kat rumah aku memang tahap nyawa-nyawa ikan malam semalam
Tinggal sikit untuk emergency kat toilet je
Untuk kencing berak anak-anak (termasuk ibu dan abah depa)
Air minum pulak harap apa yang tinggal dalam peti sejuk
Teh, kopi, nescafe, milo memang OUT langsung
Makan pun beli je
Sadis.

Water management untuk kali ni memang tak betul
(khamis-jumaat-sabtu)
Anak aku yang berdua tu minum kerap, ke toilet pun kerap
Kencing pun flush....padahal aku dah pesan curah 3 cebuk pun ok
Adeh...kosong tangki
Hehehehe.....


Gambar kat atas ni pukul 1 pagi rasanya
Adoi tak larat lah dengan mata mengantuk tambah hujan lagi nak beratur panjang
Lagi pulak rumah aku tingkat 5
Cik suami confident je cakap esok (sabtu) ada air
Ye lah, ikut jadual SYABAS, zon rumah aku akan ada air 8 dan 9 haribulan
Sekali bangun bangun....setitik pun takde
Solat subuh pun tak. Qada' nanti
Plan asal nak pergi sekolah Alisha untuk Hari Sukan Negara pun cancel
Kesian dia, banyak hari dah dia ingatkan aku.

Tunggu punya tunggu harap air nak ada, pukul 10.30 kami bawa badan ke Sg Besi, rumah adik aku.
Tak tahan lah tak mandi pagi. Berlengas badan.


Kami balik rumah pukul 6.30 petang pun tak de air lagi
Lebih kurang 9.30 air baru naik
Tapi tak berapa kuat lagi, sebab tangki pun air tak naik lagi
Kira nasib baik dalam rumah aku ada tangki
Tu pun tak cukup.

Projek mengisi air dalam bekas untuk next punya dah settle
Siap masak air untuk buat air minum
Sekarang ni pun aku tengah basuh baju (mesin lah..hahaha)
Baru masuk second round. Ada dua lagi yang menunggu

Sembang dengan jiran depan rumah aku
Dia kata air on off mungkin sampai Deepavali
Dey...dey..dey...
Harap tak macam tu lah
Kesian dah tecik atas tu dan abang kakak dia.

Aku pulak....air tak de ni, cepat pulak berangin
Hehehehe

1 comments:

Giveaway Kedua Blog Nota dan Kopi

October 05, 2016 ILA shafila 1 Comments

Bangun pagi gosok gigi
Cuci muka terus mandi
Buka laptop lapang hati
Intai blog nota dan kopi


Klik Banner kat atas nak join give away ye

1 comments:

Wordless Wednesday #8: Syabas lah SYABAS

October 05, 2016 ILA shafila 1 Comments




Tak sampai seminggu dah kena balik.

Syabas pihak SYABAS.

1 comments:

Pencarian Bloglist Anna J

October 04, 2016 ILA shafila 1 Comments


Jom join

Klik banner kat bawah


1 comments:

Salam Ma'al Hijrah 1438H

October 01, 2016 ILA shafila 0 Comments



Selamat menyambut awal Muharram buat semua muslim.

Apa azam tahun baru korang?
Azam aku nak memperbaiki dan memperbanyakkan amalan kepada Allah.
Semoga aku terus Istiqamah dalam apaa juga perkara yang aku lakukan.

InsyaAllah.




0 comments: