Follow Me @noorshafila

Saturday, October 22, 2016

Bawa bayi 3 bulan berenang

Bismillah

Budak kecik ni dah mula berenang pada usia 86 hari. Masa kakak dan abang dia dulu, aku yang menguruskan depa sorang2  sebab cik suami kat Miri. Bila dah sebumbung ni, senang lah urusan ibu. Sebut aje cik abah boleh bawa kan. 

Pipi kembong

Aku bawa ke kolam renang awam je, memandangkan Alisha dan Alfeey pun suka aktiviti main air ni. Depa berdua memang dah biasa pergi sebelum ni. Kiranya ini first time untuk Aleena. Disebabkan princess kecil ni nak swim, kami pergi awal ler sebelum orang ramai. Kiranya orang pertama lah. Air pun bersih suci bersih lagi. Suhu pun bagus je.

Mula-mula masuk, muka cuak je. Lepas tu, dia sendiri kayuh.
Mula-mula aku gayat juga nak lepaskan dia dalam kolam tu. Boleh caya ke neck ring ni. Sikit-sikit cik suami lepas. Akhirnya dia terapung seorang. Macam ada orang ajar je, tangan dan kaki dia mengayuh dalam air tu. Dalam setengah jam juga lah aku bagi dia berendam dalam kolam tu, sementara orang nak ramai.

Cik abah dan anak-anak.

Sementara aku layan Aleena. Cik abah layan kakak dengan abang. Depa berdua banyak main kat kolam dewasa (dengan pantauan cik suami). Main terjun ikut suka hati je. Aku yang tengok pun risau takut cik suami terlepas. 


Neck float yang comel tu, aku beli dari LAZADA. Memang puas hati. Harga cuma RM20.90 selepas diskaun. Bukan setakat infant je boleh guna. Alisha yang 7 tahun tu pun masih muat. Kalau korang nak beli klik saja kat iklan LAZADA kat blog aku ni. Pandai-pandai lah korang pilih ikut harga dan design pilihan korang. Aku ada beli 3 lagi tapi belum sampai. Mana tak nya, lepas buka je dari leher Aleena semua pakat nak pakai termasuk anak adik aku. Kena ikut giliran lah.

Abang Alfeey pinjam neck float Aleena.

 TIPs bila bawa bayi berenang:
  • Nombor satu dalam senarai ialah lampin renang guna semula. 
  • Sebotol susu suam untuk bayi selepas berenang jika anda memberinya susu botol.
  • Sehelai tuala, lebih baik jenis yang mempunyai hud kepala, atau jubah mandi untuk bayi.
  • Sebaik sahaja bayi anda mula menggeletar, keluarkan dia dari dalam air dan balut dengan tuala kering untuk menghangatkan badannya.
  • Mulakan dengan sesi selama 10 minit dan beransur-ansur tambah sehingga 20 minit. Jika bayi anda berusia di bawah satu tahun, hadkan masa di dalam air kepada 30 minit sahaja.
  • Jika bayi anda menghidap selesema atau demam, atau kelihatan tidak sihat, jangan bawa dia berenang. Begitu juga jika dia sakit perut, jangan bawa dia berenang sehingga dia telah benar-benar sihat selama sekurang-kurangnya 48 jam.
  • Jika bayi anda mengalami masalah kulit, periksa dengan doktor atau pakar kanak-kanak untuk memastikan bahawa klorin tidak mengganggu kulitnya.
(Sumber: babycenter)

Best sebab misi utama hari tu untuk bagi Aleena berenang tercapai. Dan Aleena pun sihat takde selsema or demam.



2 comments:

  1. Baby 3 bulan dah boleh berenang ye? Tak sabar nak bawa baby saya :)
    Tq untuk info ye..

    Oh je..jemput >> http://belogmadiha.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. Wow bagusnya kecik kecik dah belajar swimming!

    ReplyDelete

Tudung Si Comel

tudung sekolah