Shopping di LAZADA

Breaking

Saturday, October 29, 2016

Pandan Butter Cake mudah

Bismillah

Berdentum dentam bunyi mercun malam ni. Entah mercun apa lah yang geng2 macha kat kawasan rumah aku ni sampai bergegar rasa lantai. Dari petang lagi tadi lagi. Aleena pulak memang asyik terkejut je. Maklumlah first deepavali dia. Nasib baik setahun sekali je. Tahan saja lah. Happy Diwali ye.

Sambil duk layan bunyi mercun, anak-anak pun dah tidur. Alisha dan Alfeey memang tidur tak sedar langsung. Penat sangat kot. Cuti sekolah aku biar je depa main. Lagipun periksa semua dah habis. Tinggal tunggu keputusan je. Alisha punya result aku boleh monitor je kat SAPS. Alfeey punya result kena tunggu Parents & Teacher Day 8 November nanti. Huhuhu...anak yang periksa mak yang tak senang duduk.

Berbalik kepada sambil duk layan bunyi mercun....cik suami tiba2 nak makan kek. Konon nak diet tak mau makan nasi. Godek-godek bahan yang ada. Butter kat rumah memang ada stok. Nasib baik telur baru beli tadi. Makanya kita buat butter cake saja. Resepi mudah dari Masam Manis. Aku kalau nak buat kek memang ambil resepi dari blog Kak Azlita ni. Mesti menjadi.

Siap potong - Nyum2

Resepi Butter Cake

Bahan A

250 gm margerine planta - aku guna 250 butter
50 gm butter
150 gm gula halus atau gula kastor
100 gm gula icing

Bahan B

250 gm telur (tanpa kulit) - aku guna 5 biji telur gred C. Ngam2 250 gm
1/4 sudu teh esen vanilla

Bahan C - satukan dan ayak

250 gm tepung gandum
1 sudu teh baking powder

Dah siap sediakan bahan. Satukan bahan A dan putar adunan sampai creamy atau putih pucat. Masukkan telur satu persatu dan terus putar sampai semuanya sebati. Tambahkan esen vanilla. Kemudian, tuang tepung sedikit demi sedikit dan pukul dengan kelajuan perlahan.

Aku bahagi adunan kepada dua bahagian dengan nisbah 2:1. Satu biar plain dan satu lagi aku tambah pandan emulco dan pewarna hijau. Tuang lapisan plain dulu dan ratakan. Kemudian tuang lapisan pandan dan ratakan. Lapiskan lagi dengan lapisan plain dibahagian atas.

Bakar adunan pada suku 160 C api atas dan bawah selama 45 minit. Jangan lupa panas kan dulu oven selama 15 minit sebelum masukkan adunan.

Pandan Butter Cake
Keluar saja dari oven terus potong. Makan panas-panas sedap wooo sambil minum air teh. Laju je cik suami makan sambil tengok match MU vs Burnley. Hehehhe...frust dia... sebab result seri. Aku gelak je dalam hati. Hahaha...kan aku penyokong Chelsea.


1 comment:

  1. ttab mengidam kek pandan pulak tgk post ila... kalau nk buat sndri memang tak tau bila dpt siap...

    ReplyDelete