4 sumber rezeki yang dinyatakan Allah

Bila berbicara tentang rezeki. Semua orang tahu rezeki yang Allah berikan tidak terhad kepada harta benda sahaja. Ia termasuklah kesihatan, kebahagiaan, anak-anak dan jiwa yang tenang. Semua yang kita perolehi dalam kehidupan ini adalah rezeki kurniaan dari Allah.

Dalam Al-Quran, Allah SWT menyatakan 4 sumber rezeki:

1. Rezeki yang dijamin oleh Allah

“Tidak suatu binatang pun (termasuk manusia) yang bergerak di atas bumi ini yang tidak dijamin oleh Allah rezekinya.” (Hud: 6). 

Ertinya: Allah akan memberikan kesihatan, makan, minum untuk seluruh makhluk hidup di dunia ini. Setiap makhluk di dunia ini Allah telah jamin rezekinya, sama ada sikit atau banyak kita hendaklah bersyukur.


2. Rezeki Hasil Dari Usaha yang dilakukan

"dan bahawasanya seorang manusia tiada memperoleh selain apa yang telah diusahakannya" (An-Najm:39)

Ini menunjukkan bahawa Allah akan memberikan rezeki dengan usaha yang telah makhluknya lakukan. Sebagai contoh, jika anda bekerja dua jam, dapatlah hasil yang dua jam. Jika kerja lebih lama, lebih rajin, lebih berilmu, lebih sungguh-sungguh, ia akan mendapat lebih banyak. Maka berusahalah untuk anda mendapat rezeki yang lebih yang Allah janjikan.


3. Rezeki lebih bagi orang-orang yang pandai bersyukur

Dan (ingatlah juga), tatkala Tuhanmu memaklumkan; "Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku),maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih." (Ibrahim:7)

Rezeki ini Allah berikan kepada umatnya yang disayangi Nya iaitu orang-orang yang bersyukur dan dapat merasakan kasih sayangNya. Itulah Janji Allah! Orang yang pandai bersyukurlah dapat hidup bahagia, sejahtera dan tenteram. Usahanya akan sangat berjaya kerana Allah pasti akan memberikan lebih banyak Rezeki, inshaa Allah.


4. Rezeki yang tidak di sangka-sangka

"Barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah niscaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar. Dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka dan barang siapa yang bertawakkal kepada Allah nescaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan (yang dikehendaki) Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu" (Surah At-Thalaaq: 2 -3)

Rezeki ini akan diberikan Allah kepada hamba-Nya yang bertakwa. Allah SWT berikan rezeki ini kerana kecintaan Allah SWT kepadanya. Tidak semua orang akan mendapat rezeki ini dengan mudah, anda perlu banyakkan amalan dan bertakwa kepada Allah serta banyak berdoa untuk mendapatkannya.

4 sumber rezeki yang dinyatakan Allah

Agar manusia ingat, Allah menamakan diriNYA ar-Razzaq. Ia merupakan salah satu dari nama-nama Allah yang indah (Asma` Allah al-Husna). Ar-Razzaq bermaksud Maha Pemberi Rezeki. DIA memberikan kepada sesiapa sahaja yang DIA pilih. DIA juga yang menetapkan kadar pemberian menurut yang DIA kehendaki. Tiada satu makhluk pun yang wujud melainkan Allah pemberi rezekinya.

Bersyukurlah di atas apa yang kita perolehi hari ni.

4 sumber rezeki yang dinyatakan Allah



*Sumber: Ir. Ezwan & Dr. MAZA

Post a Comment

0 Comments