Chocolate chip muffin simple dan mudah

Program sekolah Alisha esok (Jumaat) adalah penempatan kelas untuk sesi 2017. Maknanya minggu depan diorang akan pindah ke kelas lain untuk tahun 2. InsyaAllah, Alisha akan kekal di kelas yang sama. Alhamdulillah keputusan periksa akhir tahun dia tak menghampakan aku dengan peratus markah 91.5%. Ok lah kan...baru tahun 1. 

Esok juga akan ada jamuan makan di kelas. Berhari-hari dia bagi tau yang cikgu akan jamu nasi lemak ayam. Hanya bawa pinggan, sudu garfu dan cawan. Adeh..anak dara tu tak bagi tau pulak parents boleh menyumbang makanan. Last minute dia cakap dan minta ibu dia ni buat kek. Rasa renyah pula nak buat kek memandangkan cik suami kerja hari ni. Kalau dia kerja, maknanya aku kena handle anak2 bertiga seorang. Tak menang tangan lah. Paling senang buat muffin lah. Barang-barang pun dah memang sedia ada. Kita buat chocolate chip muffin lah. Resepi ni aku ambil dari blog Azie Kitchen. Dan ini kali pertama aku buat ikut resepi ni.

Chocolate chip muffin simple dan mudah



Chocolate Chips Muffin
Bahan bahan:

250 gm tepung gandum - ayak dgn baking powder
14 gm baking powder
150 gm minyak masak
150 gm susu segar
150 gm gula caster
2 biji telur B
1 sudu teh vanila
Sedikit chocolate chips - tabur

Cara cara:

Kacau sebati minyak, susu, gula, telur dan vanilla.
Masukkan sedikit demi sedikit tepung dan kacau sebati dengan menggunakan spatula sehingga tidak bergentel.
Masukkan ke dalam paper cup sebanyak 3/4 penuh. Tabur chocolate chips di atasnya.
Bakar pada suhu 160C selama 30 minit atau sehingga masak.


Tadaaa.....

Chocolate chip muffin simple dan mudah

Ikut resepi tu boleh dapat dalam 20 biji untuk satu adunan. Walaupun rupanya tak se cun tuan punya resepi tapi rasanya sedap. 

Chocolate chip muffin simple dan mudah

Gebu dan tak terlalu manis chocolate chip muffin ni. Sesuai untuk anak2. 

Post a Comment

2 Comments

  1. Wahh, bestnye..bagusla tak terlalu manisssss, ehehe~
    Nmapak lazattttt

    ReplyDelete
  2. wahhh simple... kirim p sini blh x ila:(

    ReplyDelete