Nescafe Rasa Pandan antara produk Nestle di Lazada

 Antara produk Nestle yang aku dapat dari box of joy LAZADA, nescafe rasa pandan yang paling best. Korang kan tahu, aroma nescafe ni memang boleh menggugat jiwa. Kalau tidur pun boleh terjaga dengan bau dia. Macam aku, mula minum nescafe masa zaman belajar dulu. Konon-konon sebab nak tahan mata study malam. Bila dah masuk kerja, setiap pagi mesti nak kena juga nescafe secawan. Baru lah ada mood nak mula kerja. Paling best minum panas-panas masa wap panas tu masih ada. 

Nescafe Rasa Pandan antara produk Nestle di Lazada


Kalau korang nak tahu, nescafe ada perasa baru iaitu nescafe perasa pandan. Mmmm..korang agak macam mana la rasa dia? Kali pertama minum, aku rasa macam makan kek span pandan je. Hehehe....mula2 je. Lepas tu, rasa nescafe lah. Tengok buih-buih tu....mengiurkan.

Nescafe Rasa Pandan antara produk Nestle di Lazada

Pandangan aku tentang nescafe ni: 

wangi - bau pandan dan nescafe tu seimbang

sedap - panas dan sejuk aku dah cuba tapi aku suka lagi minum panas-panas

pekat - macam aku suka manis yang biasa2, satu mug 250 ml tu just nice.

Aku bagi ★★★★✩


Sementara Online Revolution Lazada ni, korang boleh dapatkan Nescafe ni kat situ. Produk Nestle lain yang aku dapat pun ada kat situ macam milo, maggi, susu full cream dan lain-lain.  Senang kan. Tak payah susah-susah nak beratur lagi kat kaunter.

Cepat tau. Boleh dapat diskaun RM20 dengan pembelian minima RM100 bagi produk nestle yang terpilih. 

Nescafe Rasa Pandan antara produk Nestle di Lazada



Post a Comment

2 Comments