Redmoon Clothpad

Bismillah



Hadiah GA anjuran blog Izzeyda dah sampai semalam. Excited tengok sampul pos laju kat rumah. Ingat lagi tak GA Redmoon Clothpad yang aku join bulan lepas. Boleh baca SINI. Alhamdulillah rezeki nak menang :)


Aku memang dah lama plan nak try clothpad sebenarnya. Pernah survey yang Bamboolite punya dulu, tapi tak beli-beli juga. Bila dah dapat Redmoon Clothpad ni, rasa material dia...terus rasa berkenan. Yang aku dapat ni jenis light pad - untuk aliran ringan. 


Menarikkan designnya. Berkenan betul aku. Dari pamplet yang aku dapat ni (takkan aku nak koyak kot clothpad yang aku dapat ni), material yang dia gunakan adalah:

Lapisan atas: Minky
Lapisan dalam: Microfibre, bammboo terry dan lapisan kalis air PUL
Lapisan bawah: Designer cotton

Harga dia pulak berbeza ikut jenis clothpad. Masih berpatutan kalau nak dibandingkan dengan harga yang perlu kita bayar sekiranya menggunakan pad biasa dipasaran. Lagi pulak anggaran penggunaan clotpad ni boleh tahan sehingga 5 tahun. 


Kalau korang nak usha-usha Redmoon clothpad ni, terjah FB dan ig depa kat link bawah ni.


Post a Comment

2 Comments