Follow Me @noorshafila

Friday, November 11, 2016

Review MamyPoko Air Fit

Bismillah

Bila dah ada anak kecil ni, benda yang paling penting sekali adalah diaper. Maklumlah depa bukannya pandai nak bagitau nak kencing berak. Lambat tukar alamatnya merahlah punggung anak kecil tu. Silap-silap boleh luka pulak, Kesian anak kesian kat mak. 


Anak aku Aleena ni baru 3 bulan. Langsung tak boleh basah diaper dia. Tiga empat kali kencing dah mula tak senang duduk. Padahalnya bila aku rasa tak de lah basah pun. Ngada-ngada betul. Kadang-kadang tak sampai dua jam pakai dah kena tukar. Malam pulak banyak menyusu banyak lah kencing dia. Kena bangun lagi semata-mata nak tukar diaper. Memang pakai banyak diaper dalam sehari. Setakat ni dah tukar 4 jenis diaper sebab nak cari kesesuaian.


Pucuk di cita ulam mendatang, aku dapat MamyPoko Air Fit ni melalui LAZADA. Ingatkan bungkusan apa lah yang sampai sebab seingat aku, barang yang aku beli sepatutnya lambat lagi nak sampai. So, semalam aku cuba pakaikan Aleena dengan Mamypoko ni dan bla...bla..bla... Awat lah aku tak pernah consider nak cuba MamyPoko sebelum ni. TERBAIK tau. Banyak kelebihan MamyPoko Air Fit ni rupanya.


Kelebihan MamyPoko Air Fit 

1. Tekstur yang lembut dan nipis

Aku macam tak percaya je packaging untuk saiz S MamyPoko Air Fit ni boleh memuatkan 84 keping diaper. Sebabnya, sebelum bukak tak de lah gedabak sangat saiznya. Kopek sikit.... walahai....lembut dan gebunya tekstur dia. Sangat sesuai dengan kulit Aleena yang lembut dan gebu tu.



2. Ada Wet Indicator

Sebenarnya ini kali pengalaman pertama aku dengan MamyPoko. Bila tengok ada indicator macam ni, terasa kagum la pulak. Sebelum pakaikan indicator ni warna kuning. Tapi bila dah pakai dan urin dah mula terkumpul indicator ni bertukar ke warna hijau kebiruan. Senang sangat bila ada indicator macam ni, kita tahu bila masanya patut kita tukar diaper. Lagi best, antara ciri-ciri MamyPoko Air Fit ni adalah boleh menyerap urin sehingga 12 jam. Korang bayang kan... betapa bestnya bila tidur korang tak terganggu disebabkan si kecil merengek sebab diaper basah. Even dah bangun pagi pun masih elok lagi. Itu pun kalau dia tak poo poo la.


3. Curve Fit & Stretch Fit Gathers

Ciri curve fit yang lembut pada diaper ni mengikut bentuk punggung bila pakai, tak memberi kerengsaan pada bayi dan memberi 100% keselesaan pada bayi. Comel je montot Aleena pakai MamyPoko Air Fit saiz S ni tau.


Kalau nak tahu lebih lanjut, korang boleh lawat laman web MamyPoko kat SINI.

Dari segi harga, memang tak dinafikan harga runcit bagi produk MamyPoko dipasaran agak tinggi. Lebih RM70 untuk packaging saiz S. Dengan keadaan ekonomi sekarang ni, mesti ada yang berkira-kira nak beli. Tapi demi si kecil, kita mesti nakkan yang terbaik kan. Biar alah membeli menang memakai. Patutlah MamyPoko Air Fit ni jadi pilihan No 1 mak-mak di Jepun. Apa lagi korang oooi... Jom beli MamyPoko kat LAZADA [LINK]


MamyPoko Air Fit: Anak selesa, Ibu suka

Jadiiii...apa kata korang terjah je website LAZADA. Banyak barang yang korang boleh dapat dengan harga yang rendah termasuklah produk MamyPoko ni. Jimat banyak tau. Lagi pulak dengan jualan "ONLINE REVOLUTION" kali ni. Korang boleh guna kod di bawah ni untuk dapat diskaun 20% bagi pelangan baru.


Apa lagi jom lah shopping kat Lazada [LINK]


*Review ini adalah untuk kolaborasi Lazada dan MamyPoko

1 comment:

  1. Alhamdulillah..Aleena sekesa,ibu gembira..sama2 bahagia..

    ReplyDelete