Semak Keputusan Peperiksaan Anak Secara Online Melalui Aplikasi SAPS Ibu Bapa

Bismillah

Selalunya bila anak-anak periksa, ibu bapa yang pening kepala dan tak sabar nak tunggu keputusan keluar. Bukan orang lain saja, aku pun sama macam tu juga. Tapi sekarang dah tak perlu bersusah payah lagi. Dengan adanya aplikasi SAP Ibu Bapa, semuanya dihujung jari saja. 

Tapi sebelum tu.... Apakah SAPS Ibu Bapa ni? Kenapa semua orang bercakap mengenainya?

Setiap sesi persekolahan, anak-anak akan berdepan dengan peperiksaan yang akan menguji tahap pembelajaran dan pendidikan mereka pada tahun pengajian pada pertengahan tahun dan akhir tahun. Sebagai ibu bapa pula, kita sentiasa ingin memberikan pendidikan yang terbaik untuk anak-anak demi masa depan mereka. Kita juga seboleh-bolehnya tidak mahu anak-anak kita ketinggalan dalam pembelajaran mereka dan mahu mereka terus cemerlang dalam pelajaran. 

Menurut pakar, antara cara yang terbaik dalam memastikan kecemerlangan anak kita adalah dengan sentiasa memantau keputusan peperiksaan mereka. Sebab apa? Ini adalah kerana keputusan peperiksaan mereka menjadi petunjuk kepada prestasi pembelajaran mereka di sekolah.



Kementerian Pelajaran Malaysia telah membangunkan satu sistem online bagi membolehkan ibu bapa membuat semakan keputusan peperiksaan anak-anak melalui online, iaitu sistem SAPS Ibu Bapa yang direka bagi membolehkan keputusan peperiksaan diakses dengan mudah untuk pelajar dari tahun 1 hingga tingkatan 5.

Sebelum wujudnya sistem semak keputusan SAPS ibu bapa ini, ibu bapa perlu ke sekolah setiap kali habis musim peperiksaan untuk memeriksa keputusan anak-anak. Ibu bapa perlu bertemu guru kelas, membuat temujanji dengan guru, dan hal ini sangat memakan masa dan tenaga.

Sistem SAPS ini juga dikenali sebagai SAPS NKRA Ibu Bapa, SAPS adalah singkatan kepada Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah, dan NKRA ialah National Key Result Area. Sistem ini dicipta oleh kerajaan bagi memudahkan penyimpanan data mengenai sistem pendidikan dan taraf pendidikan negara kita.



Untuk memeriksa secara online sila klik di sini --> SAPS Ibu Bapa - Semak Keputusan Peperiksaan.

Anda digalakkan untuk menyemak keputusan peperiksaan anak anda melalui laman web ini kerana tidak akan terjadi masalah website down atau terjadi laman web tidak dapat diakses disebabkan server tidak dapat menampung pengguna yang banyak dalam satu masa. Apa yang perlu anda buat hanya klik sahaja link tadi dan ikut arahan untuk menyemak keputusan peperiksaan anak melalui SAPS NKRA Ibu Bapa.

Kepada yang tak tahu, SAPS Semakan Ibu Bapa boleh diakses melalui online, dan keputusan-keputusan yang boleh ibu bapa dapatkan daripada sistem ialah keputusan-keputusan setiap peperiksaan, dari murid darjah 1 hingga murid tingkatan 5. Selain itu, keputusan UPSR, PT3 dan SPM juga akan diupdate ke dalam sistem SAPS NKRA ini.

Dengan sistem ini, kita dah boleh menyemak keputusan peperiksaan anak-anak pada bila-bila masa saja. Kelebihan teknologi ini menjadi satu batu loncatan kepada kita dalam usaha mendidik anak-anak. Kalau dulu selalu terjadi perkara seperti anak menyorok dan menipu markah peperiksaan, anak menipu tanda tangan buku rekod, anak tercicir dalam pelajaran dan pembelajaran dan lain-lain lagi. Sekarang tidak lagi.

Aku pun hari-hari buka laman SAPS Ibu Bapa sekarang ni. Maklumlah anak aku yang darjah 1 tu baru saja selesai periksa akhir tahun. Tengok...anak relaks je tapi ibu dia yang melebih-lebih.

Hehehe...dah tahu mengenai SAPS Ibu Bapa ni, sudi-sudilah korang share artikel ni. Semoga dapat membantu lebih ramai ibu bapa kat luar sana agar lebih tahu mengenainya. Tapi janganlah korang terus melenting bila tengok keputusan anak-anak nanti kalau tak memenuhi harapan korang ye.

Post a Comment

3 Comments

  1. makin canggih dunia..semua hujung jari..

    ReplyDelete
  2. sy pun akan check online keputusan anak2..mudah kan

    ReplyDelete
  3. Salam Ila, mohon Ila emailkan nama penuh, alamat dan no. telefon ke email notakopi@yahoo.com ya. TQ dear...mohon maaf sangat sebab lambat umumkan pemenang.

    ReplyDelete