Bismillah

Aku terbaca satu penulisan menarik dari Fynn Jamal tentang tunaikan janji dengan anak. Boleh Baca kat SINI. Terasa macam nak hantuk kepala kat dinding saja lepas aku selesai baca. Kenapa aku cakap macam ni?

Aku memang agak rajin beli buku-buku sebagai bahan bacaan untuk Alisha dan Alfeey (InsyaAllah untuk Aleena juga). Alisha memang tak de masalah sebab dia boleh membaca sendiri. Tapi, Alfeey masih belum boleh membaca lagi. Bukan tak boleh langsung. Setakat buku 1 dan buku 2 Bacalah Anakku memang dia boleh tapi masih merangkak-rangkak lagi.

"Ibu, storylah dekat Alfeey."

Dia minta aku bacakan story book kat dia satu petang. Aku yang tengah ada kerja masa tu berjanji dengan dia malam nanti aku bacakan. Malam tu, dia minta lagi aku bacakan story lagi. Kebetulan malam tu Aleena meragam sebab selsema dan batuk. Aku tangguhkan lagi sampai lah cik suami ambil alih pegang Aleena pula.

Masuk je bilik, Alfeey suruh aku duduk kat katil. Aku tak tau lah mana dia tengok tapi gaya macam movie kat tv. Bila ibu atau ayah duduk kat katil sambil pegang buku. Masa tu aku bacakan buku bertajuk Respecting Your Mother dari Akhlaq Building Series. Aku yang tengok air muka dia yang puas dapat dengar story memang melting habis.

Bila dia minta aku baca satu lagi cerita. Aku cakap malam esok lah.

"Malam esok ibu story dragon pula." aku berjanji.

Lagi lah dia teruja. Dah siap cium dua2 pipi aku dan baca doa tidur. Aku keluar bilik. Sekejap je, dua-dua dah lena. 

Sekarang dah dua hari (sabtu dan ahad) aku tak story lagi kat Alfeey pasal dragon yang aku dah janji tu. Dia dah banyak kali minta aku bacakan. Aduh..terasa bersalahnya aku sebagai ibu. InsyaAllah malam ni kena juga story pada dia.

Aku petik sedikit dari apa yang Fynn Jamal tulis:

Dari Abu Daud ra;

Rasulullah saw bersabda yg bermaksud:
Pada satu hari, seorang ibu memanggil anak kecilnya untuk datang. Demi memperlekas, si ibu menawarkan untuk memberi upah kurma. 

Rasulullah saw bersabda: "Ketahuilah seandainya tidak kamu berikan dia, maka tertulislah ia satu kedustaan."

Si ibu bertanya: "Walaupun sebagai gurauan?"

Dijawab: "Walaupun sebagai gurauan."

Allahuakbar. Mudahnya aku menuturkan janji. Kadang-kadang kita sebagai ibu bapa dah ketepikan hak anak tanpa kita sedar. Macammana kita nak mengajar anak berjalan lurus sedangkan kita sendiri bengkang bengkok jalannya. Semoga aku dapat membetulkan kesilapan aku ini.

Tunaikan janji dengan anak.

0 Comments