Bismillah.

Ingat lagi tak dengan lagu-lagu rakyat yang kita biasa dengar dan nyanyikan masa kecik-kecik dulu? Lagu-lagu yang kita nyanyi dengan kawan-kawan masa main. Rasa sayang, chan mali chan dan lain-lain lagi. Ada lagi tak yang nyanyikan lagu-lagu ni sekarang?

Anak Cik Ila sendiri pun tak tahu kebanyakan lagu-lagu rakyat ni. Depa dah biasa dengar versi english song saja. Mujurlah ada Didi & Friends. Tapi yang versi Didi & Friends tak sama dengan versi lama. Lagi pulak nak dengar kena tengok kat tv atau pun handphone. Macam mana lah Cik Ila nak jauhkan gadjet-gadjet ni dari depa kalau dah bagi je untuk tengok Didi & Friends atau lagu2 nursery rhymes kat handphone.

Mujur lah ada lagu-lagu rakyat ni versi buku Rasa Sayang Sing-and-Record Fun Book.
Hehehehe tak percaya?
Kena lah percaya. Excited Alisha dan Alfeey dengar. Padahal Cik Ila belikan untuk Aleena. Tak pe... adik beradik kan kena berkongsi. Buku ni siap ada lirik dan ada translation in english. Boleh dengar sambil tengok lirik. Nak cuba nyanyi versi english pun boleh.

cikilamenari.blogspot.com

Aleena kata: Buku apa pulak ibu bagi ni?

Ada 7 lagu rakyat dalam buku ni semuanya:

Rasa Sayang
Chan Mali Chan
Burung Kakak Tua
Anak Itik Tok Wi
Lenggang Kangkung
Bengawan Solo
Gelang Sipaku Gelang

Mengimbau memori zaman kecik-kecik bila dengar lagu-lagu ni.

cikilamenari.blogspot.com

Dengar lagu sambil tengok gambar yang berwarna warni. Ralit dia.

cikilamenari.blogspot.com

Selain dari dengar lagu, ada fungsi untuk merekod dan mainkan semula.

Untuk dengar lagu pilih mod mainkan lagu dan tekan button lagu
Untuk rekod lagu tukar ke mod rekod
Untuk dengar semula tukar ke mod dengar semula

cikilamenari.blogspot.com

Lirik versi bahasa dan english. Tapi kat buku ni lagunya versi bahasa saja ye.
Kalau nak dengar versi english kena pergi website dia.

cikilamenari.blogspot.com

Suka dia dengar lagu burung kakak tua. Berkali-kali ulang.


Lagu dinyanyikan dengan terang sebutannya. Memang puas hati lah.

Kalau korang nak beli untuk anak2 atau nak hadiah kan kat anak buah, boleh je pergi ke website dia baba baa. Cik Ila beli hari tu, dua hari dah sampai. 







2 Comments

  1. Lama tak dengar lagu-lagu macam ni..lagu tersirat 1001 memori..

    ReplyDelete
  2. perggg terkenang zaman kanak2..rindunya :(

    ReplyDelete