Follow Me @noorshafila

Tuesday, December 20, 2016

Lunch di Amber Chinese Muslim Restaurant

Minggu lepas Cik Ila makan tengah hari di Amber Chinese Muslim Restauran, Nexus di Bangsar South. Pergi pun sebab ada orang belanja sebab naik pangkat. Kalau pagi dan petang laluan ke situ memang sesak lah sebab orang pergi dan balik kerja. Sebab kan tengah hari dan cuti sekolah, tak de lah sesak sangat.

cikilamenari.blogspot.com
Amber Chinese Muslim Restaurant, Tingkat 1, Nexus
Ini kali kedua Cik Ila makan chinese food kat luar. Terus terang cakap Cik Ila memang suka dengan chinese food. Kali ni, menu pilih sendiri. Cik Ila order Mushroom Lamb Rice dan Iced Lemon Tea. Cukuplah...order banyak2 karang tak habis pulak. Ini pun dah kira banyak. Side dishes yang banyak tu Cik Ila share dengan member. 

cikilamenari.blogspot.com
Mushroom Lamb Rice

Sorry lah, letak gambar gelas kosong. Lupa nak snap gambar masa sampai. Banyak giler air dia sebab gelas ni tinggi. Banyak pun...habis jugak.

cikilamenari.blogspot.com
Iced Lemon Tea 

Ok, tu apa yang aku makan. Kalau tanya aku sedap tak? Aku jawab ok lah. Sesuai dengan tekak aku. Side dishes yang ada dalam set tu macam dalam gambar yang korang tengok, aku paling suka telur dia. Rasa macam telur pindang. Dumpling pun sedap. Sayur goreng tu kobis ye. Sup dia aku pas kat member. Lamb kebab tu pun sedap makan panas2. Bila sejuk daging dia melekat kat batang besi tu.

Lamb mushroom dia pulak cukup rasa dan sedap. Cuma daging dia kena cari disebalik cendawan dia banyak tu. Hehehe... Berminyak sikit tapi aku suka. Nasib baik order iced lemon tea. Boleh cuci rasa berminyak yang melekat dalam mulut. 

Kalau korang suka Chinese food, aku syorkan tempat ni. Banyak lagi menu yang best2. Harga pun berpatutan. Pergi je ke Nexus naik tingkat 1 dan cari Amber Chinese Muslim Restaurant.  

cikilamenari.blogspot.com



1 comment:

  1. x penh pigi la restoren cina muslim.. tp lapar tgk makanan tu :(

    ReplyDelete

Broaden News