Sebulan cuti sekolah anak-anak di kampung

Fuhh..minggu depan sekolah akan buka semula. Alisha akan naik ke tahun 2 dan Alfeey akan naik ke kindi 2 (6 tahun). Puas juga lah depa berdua melenjan cuti sekolah bila Cik Ila hantar depa balik kampung tinggal dengan atuk dan opah sebab nenda berdua tu dah booking cucu2 ni dari awal lagi. Sebulan juga lah depa di kampung. Excited ler budak berdua tu. Depa tak tau yang opah depa tu boleh tahan garang nya. Mengaji dan baca buku mesti lah kena (sebab ibu dah pesan awal2 lagi minta opah tolong ajarkan). 


Lepas sebulan di kampung, cuti krismas baru ni, Cik Ila dan MR balik lah kampung untuk ambil depa berdua. Mati kutu lah tak de anak2 ni. Nak keluar jalan2 pun tak best. Sunyi tau. Rasanya Aleena yang kecik tu pun tahu kakak dan abang dia takde. Hehehe...MR siap cakap, next time tak boleh tinggal depa lama di kampung :)


Alisha seronok mengaji dengan opah. Siap dapat Al-Quran dari opah sempena hari jadi dia 10 disember lepas. Alfeey pun dah boleh membaca dua suku kata. Alhamdulillah. Oopps...bukan ibu tak ajar sungguh-sungguh, tapi anak-anak ni bila belajar dengan ibu sendiri depa jadi mengada-ngada dan banyak songeh. Terima kasih ye opah, atuk, atuk tua, cik ya dan paksu yang tolong tengok-tengokkan budak berdua ni.


Gambar bertiga yang pertama selepas sebulan.


Post a Comment

2 Comments

  1. Sekejapnya dh nk habis cuti sekolahhh...

    ReplyDelete
  2. Bila nak habis cuti sekolah...sedih pulak saya rasa hehe...back to hectic life :p

    ReplyDelete