Selamat tahun baru 2017

Sepanjang tahun 2016 ada suka dukanya.

Paling manis...keluarga Cik Ila bertambah seorang lagi ahlinya. Aleena Aisya yang lahir pada Julai yang lalu. Dan setiap hari bersama suami dan anak-anak adalah saat-saat yang paling manis.

Selain daripada itu, Cik Ila masih bekerja di tempat kerja yang sama. Melakukan kerja-kerja yang sama. Hanya berurusan dengan orang dan student yang berbeza.

Semoga kedatangan tahun baru ni akan lebih baik. Untuk diri sendiri, suami, anak-anak, ibu bapa dan adik beradik.

Selamat tinggal 2016

Selamat datang 2017


Semoga segala kemudahan dan kesenangan mendekati kita
Dan segala kesulitan dan kesusan menjauhi kita

Tahun baru dengan semangat yang baru
Tahun baru dengan azam yang baru

Happy New Year kepada yang berkunjung ke sini.
Jumpa di entri tahun depan :)





Post a Comment

0 Comments