Enter your keyword

Tuesday, June 14, 2016

Segmen Memori Berkasih Ucing Follow

By On June 14, 2016
Lama tak bersegmen :)

http://ucingkadayan.blogspot.com/2016/06/segmen-memori-berkasih-ucing-follow.html

Segmen Memori Berkasih Ucing Kadayan Berkaraoke.Memori Berkasih adalah lagu 
lama yang tengah bangkit kembali dan selalu di mainkan di Radio dan 
Siaran Tv.jadi Ucing pun tidak pula ketinggalan untuk menyanyikan 
lagu ini.

Kebanyakkan Segmen Ucing meminta Anda Follow.Tetapi lain pula kali ini,Ucing pula yang Follow Anda.!

Syarat-syarat nya Mudah :

2) Klik Share Button Facebook atau Twitter yang ada di Youtube (Share ke Media Social Anda)
3) Buat tajuk post "Segmen Memori Berkasih Ucing Follow"
4) Copy Semua Coding yang telah disediakan dalam box dan Paste ke dalam Ruangan Html dan Publish.
5) Tinggalkan Url Post Anda dan Nama Akaun Facebook atau Twitter setelah Anda share Youtube Tadi Ke Ruangan Komen Disini.

Ucing akan Follow Akaun Facebook Atau Twitter Anda setelah mentepati Syarat-syaratnya.Tamat Segmen 23-6-2016.Blog dan Media Social Perserta akan di Senaraikan setelah Tamat Segmen ini.

Korang pun...ada yang berminat nak join segmen ni?

Friday, June 03, 2016

My beloved....mom.

By On June 03, 2016
Me and my beloved mom.
Abaikan muka Alfeey yang masam mencuka tu :)


Dah jadi habit, kena dengar suara dia hari-hari. Selalunya saya akan call waktu pagi, on the way nak pergi kerja. Tanya khabar dia dan abah serta update pasal cucu-cucu depa. Kalau tak call dua tiga hari rasa macam ada yang tak kena je. Pernah test seminggu lebih tak call dia, ada rasa merajuk dia dalam nada suara dia bila bersembang.

Hahaha...jahat anak dia ni kan. Ye lah, nak balik selalu pun tak boleh sebab Alisha dah sekolah dan cik suami punya jadual kerja yang tak dak istilah cuti hujung minggu. Dapat dengar suara pun dah memadai ♥♥♥. Nasib baik saya masih ada dua orang adik di kampung dan juga sorang adik ipar yang boleh jenguk2 mak dan abah.

Itu sebab kalau berpeluang balik kampung saya tak suka nak berjalan ke sana sini. Memang terperuk kat rumah je....dapat sembang2, masak dan makan sama2. Tak guna lah balik kampung konon nak jenguk orang tua tapi berjalan sana sini tinggalkan depa kat rumah juga. Kami adik beradik kalau balik memang suka melepak dalam bilik mak dan abah. Ngaco depa berdua sambil bergosip. Mak pulak memang suka berleter. Ada je yang dibebelnya. Pernah tak korang rasa rindu pada leteran mak abah bila kita dah jalani kehidupan sendiri ni? Dapat dengar sekali sekala rasa puas sangat.

Apa-apa pun...hargailah mak abah yang masih ada ni. Kita tak tau sampai bila Allah nak bagi peluang kita menikmati kasih sayang depa ni. Nanti kalau dah tak de baru lah nak merepek meraban tak luang masa dengan depa. Sob...sob...sob... rindu sangat ni kat mak dan abah. InsyaAllah, tahun ni berpeluang sambut raya pertama dengan mak dan abah...yippee....

Popular

Blog Archive