Enter your keyword

Tuesday, November 29, 2016

4 sumber rezeki yang dinyatakan Allah

By On November 29, 2016
Bila berbicara tentang rezeki. Semua orang tahu rezeki yang Allah berikan tidak terhad kepada harta benda sahaja. Ia termasuklah kesihatan, kebahagiaan, anak-anak dan jiwa yang tenang. Semua yang kita perolehi dalam kehidupan ini adalah rezeki kurniaan dari Allah.

Dalam Al-Quran, Allah SWT menyatakan 4 sumber rezeki:

1. Rezeki yang dijamin oleh Allah

“Tidak suatu binatang pun (termasuk manusia) yang bergerak di atas bumi ini yang tidak dijamin oleh Allah rezekinya.” (Hud: 6). 

Ertinya: Allah akan memberikan kesihatan, makan, minum untuk seluruh makhluk hidup di dunia ini. Setiap makhluk di dunia ini Allah telah jamin rezekinya, sama ada sikit atau banyak kita hendaklah bersyukur.


2. Rezeki Hasil Dari Usaha yang dilakukan

"dan bahawasanya seorang manusia tiada memperoleh selain apa yang telah diusahakannya" (An-Najm:39)

Ini menunjukkan bahawa Allah akan memberikan rezeki dengan usaha yang telah makhluknya lakukan. Sebagai contoh, jika anda bekerja dua jam, dapatlah hasil yang dua jam. Jika kerja lebih lama, lebih rajin, lebih berilmu, lebih sungguh-sungguh, ia akan mendapat lebih banyak. Maka berusahalah untuk anda mendapat rezeki yang lebih yang Allah janjikan.


3. Rezeki lebih bagi orang-orang yang pandai bersyukur

Dan (ingatlah juga), tatkala Tuhanmu memaklumkan; "Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku),maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih." (Ibrahim:7)

Rezeki ini Allah berikan kepada umatnya yang disayangi Nya iaitu orang-orang yang bersyukur dan dapat merasakan kasih sayangNya. Itulah Janji Allah! Orang yang pandai bersyukurlah dapat hidup bahagia, sejahtera dan tenteram. Usahanya akan sangat berjaya kerana Allah pasti akan memberikan lebih banyak Rezeki, inshaa Allah.


4. Rezeki yang tidak di sangka-sangka

"Barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah niscaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar. Dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka dan barang siapa yang bertawakkal kepada Allah nescaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan (yang dikehendaki) Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu" (Surah At-Thalaaq: 2 -3)

Rezeki ini akan diberikan Allah kepada hamba-Nya yang bertakwa. Allah SWT berikan rezeki ini kerana kecintaan Allah SWT kepadanya. Tidak semua orang akan mendapat rezeki ini dengan mudah, anda perlu banyakkan amalan dan bertakwa kepada Allah serta banyak berdoa untuk mendapatkannya.

4 sumber rezeki yang dinyatakan Allah

Agar manusia ingat, Allah menamakan diriNYA ar-Razzaq. Ia merupakan salah satu dari nama-nama Allah yang indah (Asma` Allah al-Husna). Ar-Razzaq bermaksud Maha Pemberi Rezeki. DIA memberikan kepada sesiapa sahaja yang DIA pilih. DIA juga yang menetapkan kadar pemberian menurut yang DIA kehendaki. Tiada satu makhluk pun yang wujud melainkan Allah pemberi rezekinya.

Bersyukurlah di atas apa yang kita perolehi hari ni.

4 sumber rezeki yang dinyatakan Allah



*Sumber: Ir. Ezwan & Dr. MAZA

Friday, November 25, 2016

SanDisk USB OTG jimatkan memori android smartphone

By On November 25, 2016
SanDisk USB OTG jimatkan memori android smartphone

Dah jatuh cinta dengan SanDisk Ultra Dual Drive M3.0 64GB ni. Tak payah lagi nak susah2 transfer gambar/video dari phone ke laptop. Memori pun dah tak berat sebab boleh clearkan semua gambar dengan senang. Design unik yang mengandungi satu micro-USB dan satu penyambung USB 3.0 yang compatible dengan USB 2.0 port. Tak perlu aku nak cerita panjang lebar...korang boleh tengok spec dia kat bawah ni.

SanDisk USB OTG jimatkan memori android smartphone

Berjuta terima kasih pada LAZADA sebab bagi SanDisk USB OTG ni kat aku. Bukan satu tapi dua tau. Masing2 dengan kapasiti 64GB. Satu aku tengah guna, satu lagi tu simpan dulu. Kalau korang pun tengah cari flash drive, aku prefer korang beli je SanDisk Ultra Dual Drive M3.0 64GB macam ni. Korang boleh pilih berapa kapasiti yang korang nak ikut budget korang. Ada 16GB, 32GB, 64 GB dan 128 GB. Macam yang aku punya 64GB ni sekarang kat LAZADA hanya RM55 je.

Korang jugak boleh tengok BLACK FRIDAY deal yang berlangsung dari 25-28 Nov sempena Online Revolution ni. Klik saja banner di bawah ni.

SanDisk USB OTG jimatkan memori android smartphone

Segmen Jom Tambah Follower By Shuhaida Kabdy

By On November 25, 2016
Esok sabtu cuti sekolah dah mula
Jadi tarzan lah ibu ni setiap hari
Apa ni... follower list duk kat takuk tu saja
Jom join Segmen Jom Tambah Follower By Shuhaida Kabdy

Segmen Jom Tambah Follower By Shuhaida Kabdy

Thursday, November 24, 2016

Nescafe Rasa Pandan antara produk Nestle di Lazada

By On November 24, 2016
 Antara produk Nestle yang aku dapat dari box of joy LAZADA, nescafe rasa pandan yang paling best. Korang kan tahu, aroma nescafe ni memang boleh menggugat jiwa. Kalau tidur pun boleh terjaga dengan bau dia. Macam aku, mula minum nescafe masa zaman belajar dulu. Konon-konon sebab nak tahan mata study malam. Bila dah masuk kerja, setiap pagi mesti nak kena juga nescafe secawan. Baru lah ada mood nak mula kerja. Paling best minum panas-panas masa wap panas tu masih ada. 

Nescafe Rasa Pandan antara produk Nestle di Lazada


Kalau korang nak tahu, nescafe ada perasa baru iaitu nescafe perasa pandan. Mmmm..korang agak macam mana la rasa dia? Kali pertama minum, aku rasa macam makan kek span pandan je. Hehehe....mula2 je. Lepas tu, rasa nescafe lah. Tengok buih-buih tu....mengiurkan.

Nescafe Rasa Pandan antara produk Nestle di Lazada

Pandangan aku tentang nescafe ni: 

wangi - bau pandan dan nescafe tu seimbang

sedap - panas dan sejuk aku dah cuba tapi aku suka lagi minum panas-panas

pekat - macam aku suka manis yang biasa2, satu mug 250 ml tu just nice.

Aku bagi ★★★★✩


Sementara Online Revolution Lazada ni, korang boleh dapatkan Nescafe ni kat situ. Produk Nestle lain yang aku dapat pun ada kat situ macam milo, maggi, susu full cream dan lain-lain.  Senang kan. Tak payah susah-susah nak beratur lagi kat kaunter.

Cepat tau. Boleh dapat diskaun RM20 dengan pembelian minima RM100 bagi produk nestle yang terpilih. 

Nescafe Rasa Pandan antara produk Nestle di Lazada



Wednesday, November 23, 2016

Keputusan Segmen Blog Review Safirul Amar

By On November 23, 2016
Keputusan Segmen Blog Review Safirul Amar dah keluar.
Macam ambil exam pulak. Ini kali pertama blog aku di review sebenarnya.

Ulasan En Safirul banyak membantu aku perbaiki blog ni.

Ini ulasan yang dibuat oleh beliau. Tiga masalah yang aku tak dapat selesaikan sendiri sebelum ni iaitu missing image description, Meta tag dan website keyword. 

Keputusan Segmen Blog Review Safirul Amar

Kalau korang perasan (thanks Unni Anje sebab notice), template blog cikilamenari dah berubah. Dan beberapa widget sudah dibuang. Please leave komen kat post ye lepas ni. Baru aku boleh visit blog korang balik. Selalunya, blog yang aku dah visit aku akan terus follow dan masukkan dalam blog list aku. Dan ini hasilnya setakat ni. SEO score dah melonjak naik dari 46%.

Keputusan Segmen Blog Review Safirul Amar

Siapa yang dah join segmen boleh lah semak.


Concert & Graduation Day 2016 ~ ALFEEY

By On November 23, 2016
Sabtu lepas merupakan hari Concert & Graduation Day tadika Alfeey. Alfeey baru 5 tahun, jadi hanya akan buat persembahan untuk concert saja. Tahun ni Tadika UM pilih tema Bollywood. Macam tahun-tahun sebelum ni, pukul 12, parents dah kena hantar anak2 untuk persediaan. Majlis hanya akan mula pukul 2 petang.

Concert & Graduation Day 2016 ~ ALFEEY


Sementara nak tunggu majlis mula, kami duduk lepak dalam dewan dulu. Decoration pentas tahun ni simple saja tak macam yang tahun lepas punya. Mungkin sebab tema bollywood kot. Nak jimat ruang atas pentas sebab anak-anak nak menari :) Majlis mula je, dewan penuh. Ramai juga yang tak dapat tempat duduk pada mula. Bila muzik dah mula...semua pakat berdiri dah. Nasib baik duduk kat belakang.


Concert & Graduation Day 2016 ~ ALFEEY


Tahun lepas, Alfeey langsung tak nak buat persembahan sebab nampak ibu dan abah duduk kat depan. Sungguh2 dia nak datang dekat kami sampai teacher kena pujuk dan dukung dia. Risau juga dia buat hal yang sama jadi bila konsert mula, kami pindah ke belakang dewan. Walaupun jauh kat belakang, dia tahu juga tempat duduk kami. Asyik melambai-lambai je lah kerjanya. Snap gambar pun tak cun je semuanya.

Concert & Graduation Day 2016 ~ ALFEEY

Macam biasa, untuk persembahan pembukaan, semua pelajar terlibat. Tengok lah Alfeey tu, macam-macam gaya dan karenah dia.


Tahun ni ramai juga pelajarnya. Kindi Junior (4 tahun), Kindi 1 (5 tahun) - dua kelas dan Kindi 2 (6 tahun) - graduation class. Setiap kelas buat dua persembahan dan ada persembahan istimewa dari anak2 3 tahun. Memang meriah betul.


Tapi aku rasa lega sangat sebab Alfeey boleh buat persembahan tahun ni. Sepanjang latihan dekat tadika pun, teacher dia bagi tau dia boleh buat. Aku yang kat rumah ni pun hari-hari tengok dia menari. Kalau tak tengok merajuk pula.

Periksa akhir tahun hari tu pun, Alhamdulillah dia boleh buat. Satu je subjek dapat B yang lain semua A. Periksa dapat no 11. Untuk 5 tahun, teacher masih guide dan tolong bacakan soalan untuk depa buat. Tahun depan 6 tahun semua kena buat sendiri dah. Teacher dah tak tolong baca lagi. Sekarang Alfeey masih membaca tahap merangkak-rangkak. Dan yang paling dia tak suka. Tapi matematik dia memang suka. Aku harap tahun depan dia nak lah membaca betul-betul. Nak masuk tahun 1 nanti senang. Lagi pulak dengan sistem KBAT sekarang ni, tengok Alisha punya buku pun seriau je. Soalan tahap tinggi untuk tahun 1. Tengok je lah keputusan UPSR tahun ni. Makin mencabar betul sistem pembelajaran kat Malaysia ni.

Concert & Graduation Day 2016 ~ ALFEEY

Konsert dah habis. Jom balik.
Jumpa di konsert tahun depan pulak


Tuesday, November 22, 2016

Tonton filem di bawah bintang-bintang.

By On November 22, 2016
Dulu masa kecik2 pernah tengok wayang kat fun fair. Kena bayar pakai token.
Sungguh-sungguh mengadap kain rentang putih tengok cerita.
Syiok giler

Korang agak sekarang ada lagi tak?
Kalau ada korang nak tengok tak?

Ni ha nak bagi tau..

FOX Movies Premium anjurkan tayangan filem ekstravaganza selama 2 hari sempena cuti sekolah.
Free of charge je. Boleh bawa anak2. Boleh luangkan masa dengan aktiviti2 menarik dan berpiknik kat taman tu.

Tarikh: 26 - 27 November
Masa: 2pm - Midnight
Tempat: Setia City Park, Setia Alam 

Nak tahu lebih detail dan filem apa yang di tayangkan, klik kat banner bawah ni ye

Tonton filem di bawah bintang-bintang

Di bawah bulan purnama
Dipagar bintang beribu
Hatiku terasa ria
Kekanda di samping daku

Monday, November 21, 2016

Minyak Herba Asmak produk MHAM penawar asma, batuk dan lelah yang berkesan

By On November 21, 2016
Ubat-ubat kimia dan sintetik hanya baru diperkenalkan puluhan tahun yang dulu. Sebelum itu, bagaimana nenek moyang kita merawat pelbagai penyakit? Alam semulajadi!  Bagi berkongsi kebaikan rawatan semulajadi yang lebih natural dan selamat – TANPA kos yang tinggi, TANPA risiko bahan kimia, TANPA was-was,  Syarikat Minyak Herba Asma Mujarab Sdn Bhd amat komited dalam penghasilan Minyak Herba Asmak.



Minyak Herba Asmak

Minyak Herba Asmak adalah produk rawatan alternatif herba (secara sapuan luaran) untuk masalah pernafasan seperti asma, semput, sesak nafas, kahak, batuk dan selsema edaran Syarikat Minyak Herba Asma Mujarab Sdn Bhd yang digunakan untuk membantu merawat dan melegakan asma.

Kandungan Minyak Herba Asmak  dihasilkan daripada pati gamat, minyak kelapa dara, minyak zaitun, habatussauda, akar kayu dan beberapa lagi herba yang terpilih dengan menggunakan teknologi Nano dan telah menjalani R&D yang lama agar ianya lebih selamat, berkesan, lebih suci, tidak "overdose" bahan tertentu dan tidak mengandungi bahan aktif yang tinggi. Minyak Herba Asmak berangin dan ianya mengikut piawaian yang ditetapkan.

Minyak Herba Asmak juga lebih mesra kulit di mana peratusan alahan pada herbanya tersangat rendah. Ia juga lebih cepat menyerap di kulit, sebab itu ramai yang mengakui keberkesanannya jauh LEBIH CEPAT.




Kegunaan Minyak Herba Asmak

Minyak Herba Asmak  digunakan sebagai penawar asma bagi bayi dan juga melegakan semput, lelah, batuk, kahak dan selsema dengan cepat.

Selain itu ia juga telah terbukti berkesan bagi menghilangkan sakit gigi, sakit kepala, senggugut, migrain, resdung, sembelit dan melancarkan peredara darah. Ia juga  boleh digunakan untuk luka, gatal, terkena api, lenguh dan bengkak.


Apakah KEISTIMEWAAN menggunakan Minyak Herba Asma yang dikenali kini dengan nama Minyak Herba Asmak (MHAM) ?



Bagaimana cara untuk menggunakan Minyak Herba Asmak?

Cara yang paling asas: sapu dari leher ke dada, di tengkuk dan di belakang setiap kali lepas mandi dan sebelum tidur sehingga pulih.

Kesan penyembuhan adalah bergantung kepada cara sapuan yang betul dan tahap penerimaan badan seseorang. Walaupun begitu, hanya dengan penggunaan sebotol pun sudah boleh rasa perubahannya.
Minyak  Herba Asmak boleh digunakan oleh semua peringkat umur seawal BAYI baru lahir hingga ke WARGA EMAS.

Testimoni

Aku sendiri sudah menggunakan Minyak Herba Asmak ini pada anak aku Aleena yang baru berusia 3 bulan kerana selsema, batuk dan kahak. Ibu mana yang tak bimbang bila tengok anak nya batuk tak berhenti serta hingus yang asyik meleleh. Lebih-lebih lagi, ubat batuk dan selsema adalah tidak boleh sama sekali diberikan kepada bayi.

Berpandukan cara pengggunaan yang diberikan, aku amalkan Minyak Asmak ini secara konsisten. Alhamdulillah dalam tempoh tiga hari semuanya beransur hilang. Sekarang lega rasa bila tengok anak aku sudah kembali sihat.




Harga
Harga jualan sebotol ialah RM39.
Semua pengedar MHAMSB yang sah menjual dengan harga yang sama.


Sekiranya berminat nak mencuba atau nak menjadi agen, boleh ke link di bawah:


Boleh juga hubungi terus:
Hotline HQ : 019 - 9708897


Giveaway Kek Lapis Sarawak by Ain Syahirah

By On November 21, 2016
Melawat blog di tengah malam
Alahai terjumpalah pulak GA Ain Syahirah ni
Lama tak makan kek lapis Sarawak
Sejak cik suami balik semenanjung ni
Moga ada rezeki lah hendaknya 
:) :) :)

Giveaway Kek Lapis Sarawak by Ain Syahirah

Jom join
Syarat-syarat dia mudah saja
GA ni berlangsung dari 20/11/2016 - 1/1/2017

Sunday, November 20, 2016

Unbox-ing my BOX OF JOY from LAZADA

By On November 20, 2016
Khamis lepas, aku dapat  BOX OF JOY dari Lazada sempena Online Revolution tahun ni.  Happy lah kan. Macam dapat birthday gift pulak. Hehehe....next month kan birthday aku tau. Tak bukak kotak merah tu lagi pun dah super duper excited. Thank you LAZADA dan semua sponsor.

Unbox-ing my BOX OF JOY from LAZADA

Untuk kempen tahun ini jualan "ONLINE REVOLUTION" Lazada adalah bertemakan "BRANDS FOR ALL". Pandai tau Lazada ni ..... kongsi barang-barang dari jenama2 yang turut terlibat dalam kempen kali ni. Antaranya adalah Nestle, Nescafe, Mamypoko dan lain-lain lagi.

Unbox-ing my BOX OF JOY from LAZADA

Boleh tahan banyak gak barang dia. Patutlah berat semacam je. Bukak kat rumah, memang anak-anak aku join sekaki sibuk nya. Korang agak apa yang depa berkenan? Mesti lah panda comel tu. Haip...yang lain ibu punya tau. 


Jom tengok apa yang ada dalam Box of Joy yang aku dapat ni:

Tefal Manual Chopper

Nescafe White Coffee Pandan

Dual Drive m3.0 ScanDisc

MAGGI ROYALE White Tom Yam

MamyPoko Gentle Baby Wipes

Nestle Just Milk

Lactokid Wristlet come with pens and Nestle Cerelac Nutripuffs 

L'Oreal Professionnel Dual Stylers by Tecni.Art Bouncy & Tender, L'Oreal Professionnel Dual Stylers by Tecni.Art Liss & Pump-Up and Loreal Tecni Art Dual Stylers Sleek And Swing and Mythic Oil Loreal

Beg Ola Bola
(free with purchase of MILO Promotion Bundle- MILO 2kg X 1, MILO 3in1 18's X 2, MILO NutriG 190ml X 2)

Cute Panda with voucher code (FoodPanda)

RM 11 Lazada Voucher

Unbox-ing my BOX OF JOY from LAZADA


Semua produk yang aku dapat ni, boleh dibeli di Lazada. Korang klik je pada link yang aku dah letakkan kat produk2 tu. Bagi yang tak tau, jualan ONLINE REVOLUTION Lazada ni berlangsung dari 11.11.2016 - 14.12.2016. Setiap minggu akan ada tawaran yang menarik. Jom lah shopping. Aku jadi pelanggan setia Lazada ni pun sebab percaya pada perkhidmatan yang diberi. 

Oh ye...korang boleh follow Lazada di fb dan ig untuk tahu updates terkini di Lazada setiap hari.
Facebook
Instagram

Bye and happy shopping

Friday, November 18, 2016

Chocolate chip muffin simple dan mudah

By On November 18, 2016
Program sekolah Alisha esok (Jumaat) adalah penempatan kelas untuk sesi 2017. Maknanya minggu depan diorang akan pindah ke kelas lain untuk tahun 2. InsyaAllah, Alisha akan kekal di kelas yang sama. Alhamdulillah keputusan periksa akhir tahun dia tak menghampakan aku dengan peratus markah 91.5%. Ok lah kan...baru tahun 1. 

Esok juga akan ada jamuan makan di kelas. Berhari-hari dia bagi tau yang cikgu akan jamu nasi lemak ayam. Hanya bawa pinggan, sudu garfu dan cawan. Adeh..anak dara tu tak bagi tau pulak parents boleh menyumbang makanan. Last minute dia cakap dan minta ibu dia ni buat kek. Rasa renyah pula nak buat kek memandangkan cik suami kerja hari ni. Kalau dia kerja, maknanya aku kena handle anak2 bertiga seorang. Tak menang tangan lah. Paling senang buat muffin lah. Barang-barang pun dah memang sedia ada. Kita buat chocolate chip muffin lah. Resepi ni aku ambil dari blog Azie Kitchen. Dan ini kali pertama aku buat ikut resepi ni.

Chocolate chip muffin simple dan mudah



Chocolate Chips Muffin
Bahan bahan:

250 gm tepung gandum - ayak dgn baking powder
14 gm baking powder
150 gm minyak masak
150 gm susu segar
150 gm gula caster
2 biji telur B
1 sudu teh vanila
Sedikit chocolate chips - tabur

Cara cara:

Kacau sebati minyak, susu, gula, telur dan vanilla.
Masukkan sedikit demi sedikit tepung dan kacau sebati dengan menggunakan spatula sehingga tidak bergentel.
Masukkan ke dalam paper cup sebanyak 3/4 penuh. Tabur chocolate chips di atasnya.
Bakar pada suhu 160C selama 30 minit atau sehingga masak.


Tadaaa.....

Chocolate chip muffin simple dan mudah

Ikut resepi tu boleh dapat dalam 20 biji untuk satu adunan. Walaupun rupanya tak se cun tuan punya resepi tapi rasanya sedap. 

Chocolate chip muffin simple dan mudah

Gebu dan tak terlalu manis chocolate chip muffin ni. Sesuai untuk anak2. 

Segmen Blog Review Safirul Amar

By On November 18, 2016

Saper nak blog dia di review
Joinlah Segmen blog review Safirul Amar
Sambil-sambil tu boleh kita kenal2 antara blogger

Tarikh tamat segmen ni 20/11/2016 (Ahad)

Thursday, November 17, 2016

Doa untuk terhindar kesusahan hutang walau sebesar gunung dan dimudahkan rezeki.

By On November 17, 2016
Bismillah

Aku suka dengar ceramah2 pendek Ustaz Ebit Lew.
Pagi ni sempat dengar live tentang doa tentang hutang. 
InsyaAllah, aku kongsikan dekat sini supaya boleh jadi panduan kepada yang dah buntu dengan masalah hutang berdasarkan apa yang dah aku dengar tadi.

Dalam hidup ini, ada dua perkara yang perlu kita lakukan jika hendak berjaya iaitu usaha dan ketentuan Allah. Kedua-dua ini dapat kita lakukan melalui doa. Jika kita tidak berdoa dan tidak berusaha maka kita dah hilang separuh daripada ketentuan Allah.



Doa pertama


Yang bermaksud: "Ya Allah kurniakanlah aku rezeki yang halal dengan itu aku dapat terlepas daripada sumber yang haram. Kayakanlah aku dengan limpah kurniaMu sehingga aku tidak perlu lagi sesuatu selain daripadaMu."

Doa Kedua


Yang bermaksud: "Ya allah aku berlindung padaMu dari kekuasaan dan kedudukan, dari lemah kemauan dan rasa malas, dari sifat pengecut dan bakhil, dari banyak hutang dan kezaliman manusia."

Amalkan doa-doa ini pagi dan petang. Walaupun hutang itu sebesar gunung sekali pun, InsyaAllah Allah akan lunaskan hutang itu. Dan bersyukurlah kerana Allah sayang kepada kita. Bila Allah dah sayang, Dia akan pilih kita untuk sentiasa menyebut namaNya, mengenalNya dan belajar amalan-amalan Nabi SAW. Kedua-dua doa ini adalah amalan Nabi Muhammad SAW dan para sahabat.


Amin.



Wednesday, November 16, 2016

Wordless Wednesday #9: Selipar

By On November 16, 2016

Wordless Wednesday #9: Selipar

Selipar ni...
Bukan setakat drive je
Kadang2 masuk office pun aku pakai


Tuesday, November 15, 2016

INTERCHANGE ....macam best je.

By On November 15, 2016
INTERCHANGE


Genre: Supernatural Fantasy Thriller


Lakonan Shaheizy Sam, Nicholas Saputra, Prisia Nasution, Alvin Wong and Iedil Putra.

Macam best je.
Tengok tajuk dia,
Aku ingat citer omputih tadi.
Tak percaya?
Cer tengok trailer kat bawah ni.



Sinopsis cerita:

Emotionally distraught and experiencing strange hallucinations after witnessing the aftermath of a bizarre murder, forensics photographer ADAM (IEDIL PUTRA) retreats from the world, until detective MAN (SHAHEIZY SAM) arrives at his doorstep. Another murder has occurred, one with undeniable similarities to the one that pushed Adam over the edge. Adam’s help is required to unravel the mystery – one revolving around corpses drained of blood, impossible feathers and antique photographs that appear to capture Adam’s beautiful new neighbour IVA (PRISIA NASUTION) decades before she could have been alive. As Adam is drawn further into Iva’s tribal world and Man delves deeper into his investigation, they discover the city’s mystical underbelly of shamans and supernatural beings as century-old superstitions come to life.

Katanya akan tayang kat pawagam 1 Disember nanti.

Mmm...menarik ni. Aku citer genre macam ni memang suka :)




Monday, November 14, 2016

Segmen PENCARIAN BLOGLIST by Murni Alysa

By On November 14, 2016

Jalan-jalan di Pasar Cina
Jangan lupa membeli laksa
Sihat dan cantik idaman semua
Jom join segmen Murni Alysa



Segmen akan tamat pada 30 November 2016

Tunaikan janji dengan anak.

By On November 14, 2016
Bismillah

Aku terbaca satu penulisan menarik dari Fynn Jamal tentang tunaikan janji dengan anak. Boleh Baca kat SINI. Terasa macam nak hantuk kepala kat dinding saja lepas aku selesai baca. Kenapa aku cakap macam ni?

Aku memang agak rajin beli buku-buku sebagai bahan bacaan untuk Alisha dan Alfeey (InsyaAllah untuk Aleena juga). Alisha memang tak de masalah sebab dia boleh membaca sendiri. Tapi, Alfeey masih belum boleh membaca lagi. Bukan tak boleh langsung. Setakat buku 1 dan buku 2 Bacalah Anakku memang dia boleh tapi masih merangkak-rangkak lagi.

"Ibu, storylah dekat Alfeey."

Dia minta aku bacakan story book kat dia satu petang. Aku yang tengah ada kerja masa tu berjanji dengan dia malam nanti aku bacakan. Malam tu, dia minta lagi aku bacakan story lagi. Kebetulan malam tu Aleena meragam sebab selsema dan batuk. Aku tangguhkan lagi sampai lah cik suami ambil alih pegang Aleena pula.

Masuk je bilik, Alfeey suruh aku duduk kat katil. Aku tak tau lah mana dia tengok tapi gaya macam movie kat tv. Bila ibu atau ayah duduk kat katil sambil pegang buku. Masa tu aku bacakan buku bertajuk Respecting Your Mother dari Akhlaq Building Series. Aku yang tengok air muka dia yang puas dapat dengar story memang melting habis.

Bila dia minta aku baca satu lagi cerita. Aku cakap malam esok lah.

"Malam esok ibu story dragon pula." aku berjanji.

Lagi lah dia teruja. Dah siap cium dua2 pipi aku dan baca doa tidur. Aku keluar bilik. Sekejap je, dua-dua dah lena. 

Sekarang dah dua hari (sabtu dan ahad) aku tak story lagi kat Alfeey pasal dragon yang aku dah janji tu. Dia dah banyak kali minta aku bacakan. Aduh..terasa bersalahnya aku sebagai ibu. InsyaAllah malam ni kena juga story pada dia.

Aku petik sedikit dari apa yang Fynn Jamal tulis:

Dari Abu Daud ra;

Rasulullah saw bersabda yg bermaksud:
Pada satu hari, seorang ibu memanggil anak kecilnya untuk datang. Demi memperlekas, si ibu menawarkan untuk memberi upah kurma. 

Rasulullah saw bersabda: "Ketahuilah seandainya tidak kamu berikan dia, maka tertulislah ia satu kedustaan."

Si ibu bertanya: "Walaupun sebagai gurauan?"

Dijawab: "Walaupun sebagai gurauan."

Allahuakbar. Mudahnya aku menuturkan janji. Kadang-kadang kita sebagai ibu bapa dah ketepikan hak anak tanpa kita sedar. Macammana kita nak mengajar anak berjalan lurus sedangkan kita sendiri bengkang bengkok jalannya. Semoga aku dapat membetulkan kesilapan aku ini.

Tunaikan janji dengan anak.

Saturday, November 12, 2016

Sukan tahunan sekolah Alisha

By On November 12, 2016
Bismillah

Hari ni, aktiviti sukan tahunan di sekolah Alisha. Dah sampai penghujung sesi persekolahan banyak pulak aktiviti sekolah. Sungguh2 dia ingatkan kami ibu abah, kena pergi sukan sekolah. Kalau tanya dia kakak masuk acara apa? Non hado..... tapi sepanjang tiga minggu lepas periksa akhir tahun dia berlatih sukan. Tak pe lah, ibu dan abah pergi juga tanda sokongan pada kakak.

Sukan tahunan sekolah Alisha Sukan tahunan sekolah Alisha


Sukan tahunan sekolah Alisha Sukan tahunan sekolah Alisha

Sukan tahunan sekolah Alisha Sukan tahunan sekolah Alisha

Macam biasa lah, acara sukan mesti mula dengan acara perbarisan lepas tu bacaan ikrar dan upacara menaikkan bendera kejohanan. Lama dah tak menyanyi lagu Negaraku. Nasib baik aku ingat lagi liriknya. Ni bukti aku orang Malaysia tau. Hik..hik..hik..

Setiap rumah sukan tu mewakili nama-nama 4 Perdana Menteri Malaysia (kecuali 2 yang terakhir ye). Lupa pulak aku yang mana satu pasangan warna dan PMnya. Apa yang bestnya tadi, masa acara perbarisan tu, ada persembahan sekejap oleh setiap rumah sukan. Ada hadiah untuk yang terbaik kot.

Sukan tahunan sekolah Alisha

Sukan tahunan sekolah Alisha

Sukan tahunan sekolah Alisha

Sukan tahunan sekolah Alisha

Kalau korang tanya mana Alisha. Hahahaha.....aku dapat tangkap gambar rambut dia yang bertocang je. Dia rumah kuning.

Sukan tahunan sekolah Alisha

Disebabkan Aleena yang batuknya masih ada lagi dan Alfeey yang dah tak boleh nak dikawal. Dalam pukul 11.30 kami dah balik. Cik suami aku dok bising..anak dia tak masuk apa2. 

Sukan tahunan sekolah Alisha

 Tiga minggu asyik kena panas je. Sampai dah gelap muka terbakar.

Minggu depan akan dapat buku teks untuk darjah 2 dan penetapan kelas.


Friday, November 11, 2016

Review MamyPoko Air Fit

By On November 11, 2016
Bismillah

Bila dah ada anak kecil ni, benda yang paling penting sekali adalah diaper. Maklumlah depa bukannya pandai nak bagitau nak kencing berak. Lambat tukar alamatnya merahlah punggung anak kecil tu. Silap-silap boleh luka pulak, Kesian anak kesian kat mak. 


Anak aku Aleena ni baru 3 bulan. Langsung tak boleh basah diaper dia. Tiga empat kali kencing dah mula tak senang duduk. Padahalnya bila aku rasa tak de lah basah pun. Ngada-ngada betul. Kadang-kadang tak sampai dua jam pakai dah kena tukar. Malam pulak banyak menyusu banyak lah kencing dia. Kena bangun lagi semata-mata nak tukar diaper. Memang pakai banyak diaper dalam sehari. Setakat ni dah tukar 4 jenis diaper sebab nak cari kesesuaian.


Pucuk di cita ulam mendatang, aku dapat MamyPoko Air Fit ni melalui LAZADA. Ingatkan bungkusan apa lah yang sampai sebab seingat aku, barang yang aku beli sepatutnya lambat lagi nak sampai. So, semalam aku cuba pakaikan Aleena dengan Mamypoko ni dan bla...bla..bla... Awat lah aku tak pernah consider nak cuba MamyPoko sebelum ni. TERBAIK tau. Banyak kelebihan MamyPoko Air Fit ni rupanya.


Kelebihan MamyPoko Air Fit 

1. Tekstur yang lembut dan nipis

Aku macam tak percaya je packaging untuk saiz S MamyPoko Air Fit ni boleh memuatkan 84 keping diaper. Sebabnya, sebelum bukak tak de lah gedabak sangat saiznya. Kopek sikit.... walahai....lembut dan gebunya tekstur dia. Sangat sesuai dengan kulit Aleena yang lembut dan gebu tu.



2. Ada Wet Indicator

Sebenarnya ini kali pengalaman pertama aku dengan MamyPoko. Bila tengok ada indicator macam ni, terasa kagum la pulak. Sebelum pakaikan indicator ni warna kuning. Tapi bila dah pakai dan urin dah mula terkumpul indicator ni bertukar ke warna hijau kebiruan. Senang sangat bila ada indicator macam ni, kita tahu bila masanya patut kita tukar diaper. Lagi best, antara ciri-ciri MamyPoko Air Fit ni adalah boleh menyerap urin sehingga 12 jam. Korang bayang kan... betapa bestnya bila tidur korang tak terganggu disebabkan si kecil merengek sebab diaper basah. Even dah bangun pagi pun masih elok lagi. Itu pun kalau dia tak poo poo la.


3. Curve Fit & Stretch Fit Gathers

Ciri curve fit yang lembut pada diaper ni mengikut bentuk punggung bila pakai, tak memberi kerengsaan pada bayi dan memberi 100% keselesaan pada bayi. Comel je montot Aleena pakai MamyPoko Air Fit saiz S ni tau.


Kalau nak tahu lebih lanjut, korang boleh lawat laman web MamyPoko kat SINI.

Dari segi harga, memang tak dinafikan harga runcit bagi produk MamyPoko dipasaran agak tinggi. Lebih RM70 untuk packaging saiz S. Dengan keadaan ekonomi sekarang ni, mesti ada yang berkira-kira nak beli. Tapi demi si kecil, kita mesti nakkan yang terbaik kan. Biar alah membeli menang memakai. Patutlah MamyPoko Air Fit ni jadi pilihan No 1 mak-mak di Jepun. Apa lagi korang oooi... Jom beli MamyPoko kat LAZADA [LINK]


MamyPoko Air Fit: Anak selesa, Ibu suka

Jadiiii...apa kata korang terjah je website LAZADA. Banyak barang yang korang boleh dapat dengan harga yang rendah termasuklah produk MamyPoko ni. Jimat banyak tau. Lagi pulak dengan jualan "ONLINE REVOLUTION" kali ni. Korang boleh guna kod di bawah ni untuk dapat diskaun 20% bagi pelangan baru.


Apa lagi jom lah shopping kat Lazada [LINK]


*Review ini adalah untuk kolaborasi Lazada dan MamyPoko

Popular

Blog Archive