In

Selamat tahun baru 2017

Sepanjang tahun 2016 ada suka dukanya.

Paling manis...keluarga Cik Ila bertambah seorang lagi ahlinya. Aleena Aisya yang lahir pada Julai yang lalu. Dan setiap hari bersama suami dan anak-anak adalah saat-saat yang paling manis.

Selain daripada itu, Cik Ila masih bekerja di tempat kerja yang sama. Melakukan kerja-kerja yang sama. Hanya berurusan dengan orang dan student yang berbeza.

Semoga kedatangan tahun baru ni akan lebih baik. Untuk diri sendiri, suami, anak-anak, ibu bapa dan adik beradik.

Selamat tinggal 2016

Selamat datang 2017


Semoga segala kemudahan dan kesenangan mendekati kita
Dan segala kesulitan dan kesusan menjauhi kita

Tahun baru dengan semangat yang baru
Tahun baru dengan azam yang baru

Happy New Year kepada yang berkunjung ke sini.
Jumpa di entri tahun depan :)





Read More

Share Tweet Pin It +1

0 Comments

In Beauty/Health

Nak manjakan muka

Blackhead
Whitehead
Jerawat
Muka kusam
Kulit kering

Sebut je apa yang takde. Why lah tiba-tiba je?
Sebenarnya lama dah tak memanjakan diri dengan beauty product ni. Make up? Jauh sekali.
Penghujung tahun 2016 ni Cik Ila dah nekad nak manjakan kulit muka sikit.
Terasa sadis nak selfie (OMG...ko dah kenapa ni).


Jauh nau belinya sejak tejebak dengan Altheakorea ni. 
Excited sangat bila parcel ni sampai. 
Tunggu Cik Ila review satu persatu nanti ye. Untuk langkah pertama ni nak cleanse dan moisuturize dulu.

Bye..bye..bye



Read More

Share Tweet Pin It +1

3 Comments

In #AA Diari Ibu

Sebulan cuti sekolah anak-anak di kampung

Fuhh..minggu depan sekolah akan buka semula. Alisha akan naik ke tahun 2 dan Alfeey akan naik ke kindi 2 (6 tahun). Puas juga lah depa berdua melenjan cuti sekolah bila Cik Ila hantar depa balik kampung tinggal dengan atuk dan opah sebab nenda berdua tu dah booking cucu2 ni dari awal lagi. Sebulan juga lah depa di kampung. Excited ler budak berdua tu. Depa tak tau yang opah depa tu boleh tahan garang nya. Mengaji dan baca buku mesti lah kena (sebab ibu dah pesan awal2 lagi minta opah tolong ajarkan). 


Lepas sebulan di kampung, cuti krismas baru ni, Cik Ila dan MR balik lah kampung untuk ambil depa berdua. Mati kutu lah tak de anak2 ni. Nak keluar jalan2 pun tak best. Sunyi tau. Rasanya Aleena yang kecik tu pun tahu kakak dan abang dia takde. Hehehe...MR siap cakap, next time tak boleh tinggal depa lama di kampung :)


Alisha seronok mengaji dengan opah. Siap dapat Al-Quran dari opah sempena hari jadi dia 10 disember lepas. Alfeey pun dah boleh membaca dua suku kata. Alhamdulillah. Oopps...bukan ibu tak ajar sungguh-sungguh, tapi anak-anak ni bila belajar dengan ibu sendiri depa jadi mengada-ngada dan banyak songeh. Terima kasih ye opah, atuk, atuk tua, cik ya dan paksu yang tolong tengok-tengokkan budak berdua ni.


Gambar bertiga yang pertama selepas sebulan.


Read More

Share Tweet Pin It +1

2 Comments

In Giveaway/Blogger/Segmen

Giveaway Untuk Bloggers #2

Cik Ila join lagi GA anjuran Safirul Amar.
Kali ni SA buat GA bersama dengan ABE JAQ


Korang yang nak turut serta, boleh klik banner kat atas dan ikut syarat yang ditetapkan.

Tarikh akhir penyertaan adalah pada 3 Januari 2017@ 12.00 tengah hari.

Good Luck.


Pssst....Cik Ila banyak hutang blogwalking. Nanti ada masa free Cik Ila singgah ye.

Read More

Share Tweet Pin It +1

3 Comments

In Dari Dapur Cik Ila

Kuih keria gula melaka aku tak menjadi.

Semuanya bermula dengan baik. Lagipun ini kali pertama nak mencuba. Cik Ila pun bersemangat nak buat. Barang-barang dah prepare semua. Which is not too many.... tepung, ubi keledek, gula melaka. Paling simple lah :)

Untuk keria:

Ubi keledek dan tepung gandum. Resepi simple dari blog cik epal. Dalam blog lain ada yang tambah tepung beras dan baki powder. Tapi Cik ila tak guna pun. 

cikilamenari.blogspot.com

Mula2 cuci ubi keledek yang dah dikupas tu. Bergetah juga ubi keledek rupanya. Melekit-lekit jari jemari ni. Hahaha...rendam sekejap. Tukar air yang baru dan rebus atas api. Sekejap aje dah empuk.
Bila dah empuk, tutup api dan tos buang air. Kemudian lenyek ubi tu sampai lenyek semuanya. Bila dah sejuk masukkan tepung gandum dan uli sampai sebati semuanya.

Banyak lah pulak hasil kejadian. 24 biji semuanya. Cik Ila goreng 8 biji je. Yang lain masuk peti ais. Nanti bila senang boleh goreng lagi.

cikilamenari.blogspot.com

I is menggoreng guna periuk aje. Alasannya nak bagi minyak semua keria tu dalam kedalaman yang sekata. Hahaha....deep fry lah konon.

cikilamenari.blogspot.com

Lepas goreng. Aduh....terkagum dengan kecantikan kejadiannya.

cikilamenari.blogspot.com

Dah nama pun keria gula melaka, kenalah sira dengan gula melaka. Cik suami punya kerja hancurkan gula melaka. Guna gula melaka, sikit gula putih dan sikit air masak. Masukkan kera tadi dalam kuali dan golek-golekkan dia dalam sira gula tu sampai lah kering. Tapi masalahnya, awat tak kering-kering. Letih mengacau takut hangit. Sudahnya tutup api dan angkat saja. 

cikilamenari.blogspot.com

Ini lah rupanya. Siranya melekat-lekat. Weh....awat tak jadi ni? Kat mana silap ni. Terlebih gula melaka dan gula ke? Sementara nak sejuk sira tu jadi keras. Keria tu macam duduk dalam kepompong pulak. Keras kat luar tapi lembut gebu sempurna kat dalam. Pastu melekat-lekat semuanya macam tak mau berpisah.

Tragedi... tragedi... tragedi... tragedi
kuih keria gula melaka ku tak menjadi
Nasib baik ada yang tak masak lagi
Nanti bila free kita cuba menyira lagi


Read More

Share Tweet Pin It +1

0 Comments

In Giveaway/Blogger/Segmen

SEGMEN blogwalking CUTI SEKOLAH bersama cikgu ayu

Cik Ila join segmen blogwalking


Bercakap pasal cuti sekolah ni
Tik tok tik tok....seminggu lagi je baki cuti sekolah
Anak-anak Cik Ila yang dua orang tu bercuti dengan atuk dan opah di kampung
Sekali sekali ibu dan abah bagi peluang depa bergerak bebas main dengan kucing, ayam dan kambing. Main panas dan hujan

Korang yang nak join segmen blogwalking cuti sekolah bersama cikgu Ayu boleh klik banner kat atas

Selamat bersegmen

Read More

Share Tweet Pin It +1

4 Comments

In Negaraku Tercinta

Dividen dan Bonus ASB 2016

Bagi yang menunggu pengumuman kadar kadar pengagihan Dividen dan Bonus Amanah Saham Bumiputera (ASB)  bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2016. Pengumuman dah dibuat oleh Tan Sri Abdul Wahid Omar.

2016
Dividen : 6.75
Bonus : 0.50


Makin menurun kadar agihannya. Mmmm...nak cakap puas hati saja lah daripada tak de, macam tak kena pulak. Ish...ish.... bersyukurlah.

Pada yang berhasrat nak keluarkan dividen dan bonus tu 3 Januari 2017 nanti urusniaga akan bermula semula ye. 

Read More

Share Tweet Pin It +1

0 Comments

In

Wordless wednesday #12: Rumah Mukmin


Read More

Share Tweet Pin It +1

0 Comments

In Giveaway/Blogger/Segmen

Menang GA December 2016

Alhamdulillah Cik Ila menang GA anjuran blog princesscindyrina.com.



Kebetulan pulak masa pergi klinik semalam, nampak seorang patient ni pakai bag yang serupa. Hehehe...excited Cik Ila tau sebab 14 Disember tu birthday Cik Ila :)
Week Two Dec 2016 Giveaway : (CLOSED!)
Start date : 8th Dec - 14th Dec 2016
Result date : 17th Dec 2016 via instagram post (so make sure you follow me in instagram)
Prize to be won: 2 Japan Inspired Backpack (Two Winners)
WEEK TWO GIVEAWAY TASKS
  1. Follow my instagram
  2. Subscribe to my google plus +Cindyrina Rina
  3. Like our Facebook page
  4. Follow our Twitter
  5. Share my Giveaway Week 2 post in Instagram with #PrincessCindyrinaGiveaway and #princesscindyrina included in the post with Comment why you need to win this Backpack.
  6. Fill google form Week 2 to make your participation official
Thanks to blog owner. 



Read More

Share Tweet Pin It +1

3 Comments

In Giveaway/Blogger/Segmen

SEGMEN BLOGLIST ISTIMEWA BLOGPADU.COM!

Cik Ila join segmen BLOGLIST

cikilamenari.blogspot.com

Untuk join klik pada banner di atas.

Read More

Share Tweet Pin It +1

3 Comments

In #AA Diari Ibu

Lunch di Amber Chinese Muslim Restaurant

Minggu lepas Cik Ila makan tengah hari di Amber Chinese Muslim Restauran, Nexus di Bangsar South. Pergi pun sebab ada orang belanja sebab naik pangkat. Kalau pagi dan petang laluan ke situ memang sesak lah sebab orang pergi dan balik kerja. Sebab kan tengah hari dan cuti sekolah, tak de lah sesak sangat.

cikilamenari.blogspot.com
Amber Chinese Muslim Restaurant, Tingkat 1, Nexus
Ini kali kedua Cik Ila makan chinese food kat luar. Terus terang cakap Cik Ila memang suka dengan chinese food. Kali ni, menu pilih sendiri. Cik Ila order Mushroom Lamb Rice dan Iced Lemon Tea. Cukuplah...order banyak2 karang tak habis pulak. Ini pun dah kira banyak. Side dishes yang banyak tu Cik Ila share dengan member. 

cikilamenari.blogspot.com
Mushroom Lamb Rice

Sorry lah, letak gambar gelas kosong. Lupa nak snap gambar masa sampai. Banyak giler air dia sebab gelas ni tinggi. Banyak pun...habis jugak.

cikilamenari.blogspot.com
Iced Lemon Tea 

Read More

Share Tweet Pin It +1

1 Comments

In #AA Buku

Ajar anak lagu rakyat kita dengan baba baa Rasa Sayang Sing and Record Fun Book

Bismillah.

Ingat lagi tak dengan lagu-lagu rakyat yang kita biasa dengar dan nyanyikan masa kecik-kecik dulu? Lagu-lagu yang kita nyanyi dengan kawan-kawan masa main. Rasa sayang, chan mali chan dan lain-lain lagi. Ada lagi tak yang nyanyikan lagu-lagu ni sekarang?

Anak Cik Ila sendiri pun tak tahu kebanyakan lagu-lagu rakyat ni. Depa dah biasa dengar versi english song saja. Mujurlah ada Didi & Friends. Tapi yang versi Didi & Friends tak sama dengan versi lama. Lagi pulak nak dengar kena tengok kat tv atau pun handphone. Macam mana lah Cik Ila nak jauhkan gadjet-gadjet ni dari depa kalau dah bagi je untuk tengok Didi & Friends atau lagu2 nursery rhymes kat handphone.

Mujur lah ada lagu-lagu rakyat ni versi buku Rasa Sayang Sing-and-Record Fun Book.
Hehehehe tak percaya?
Kena lah percaya. Excited Alisha dan Alfeey dengar. Padahal Cik Ila belikan untuk Aleena. Tak pe... adik beradik kan kena berkongsi. Buku ni siap ada lirik dan ada translation in english. Boleh dengar sambil tengok lirik. Nak cuba nyanyi versi english pun boleh.

cikilamenari.blogspot.com

Aleena kata: Buku apa pulak ibu bagi ni?

Ada 7 lagu rakyat dalam buku ni semuanya:

Rasa Sayang
Chan Mali Chan
Burung Kakak Tua
Anak Itik Tok Wi
Lenggang Kangkung
Bengawan Solo
Gelang Sipaku Gelang

Mengimbau memori zaman kecik-kecik bila dengar lagu-lagu ni.

cikilamenari.blogspot.com

Dengar lagu sambil tengok gambar yang berwarna warni. Ralit dia.

cikilamenari.blogspot.com

Selain dari dengar lagu, ada fungsi untuk merekod dan mainkan semula.

Untuk dengar lagu pilih mod mainkan lagu dan tekan button lagu
Untuk rekod lagu tukar ke mod rekod
Untuk dengar semula tukar ke mod dengar semula

cikilamenari.blogspot.com

Lirik versi bahasa dan english. Tapi kat buku ni lagunya versi bahasa saja ye.
Kalau nak dengar versi english kena pergi website dia.

cikilamenari.blogspot.com

Suka dia dengar lagu burung kakak tua. Berkali-kali ulang.


Lagu dinyanyikan dengan terang sebutannya. Memang puas hati lah.

Kalau korang nak beli untuk anak2 atau nak hadiah kan kat anak buah, boleh je pergi ke website dia baba baa. Cik Ila beli hari tu, dua hari dah sampai. 







Read More

Share Tweet Pin It +1

2 Comments

In #AA WW

Wordless Wednesday #11 : When they are 4 months old


Wordless Wednesday: When they are 4 months old
Alisha Adnain @ 7 years

Wordless Wednesday: When they are 4 months old

Alfeey Adham @ 5 years

Wordless Wednesday: When they are 4 months old
Aleena Aisya @ 4 months

I may not be perfect but when I look at my children I know that I got something in my life perfectly right.

Read More

Share Tweet Pin It +1

2 Comments

In Giveaway/Blogger/Segmen

Giveaway by Pulsera MY

Join

GA dari syafiqahatta

Tarikh tutup: 16 Januari 2016


Sedikit info tentang PULSERA bracelet yang merupakan hadiah untuk GA ni.

Inilah antara koleksi warna warna baru PULSERA bracelet. Bracelet ni adalah exclusively hand made dan custome made yang bernilai antara RM10 hingga RM15 setiap satunya. Diperbuat daripada Glass Faux Pearls Beads (pastel green, purple and off white beads), Rondelle with Czech Rhinestones (manik shining kecil), cat's eye glass beads (yellow), butterfly charms, clamshell charms, toggle clasp dan beading wires. Beading wire PULSERA MY ni adalah daripada jenis wire yang tidak berkarat. Toggle clasp pun tak berkarat. Serta tak mudah putus.

Jom ramai-ramai join.



Read More

Share Tweet Pin It +1

10 Comments

In Giveaway/Blogger/Segmen

Giveaway 12-12 by SharkBurn Malaysia

Join



(klik banner kalau nak join)

Giveaway ini dibawakan oleh @Sharkburnmy dengan kerjasama Mohd Noor Shawal's Blog

Tamat: 13 January 2017




Read More

Share Tweet Pin It +1

2 Comments

In

Salam Maulidur Rasul 1438H



Salam Maulidur Rasul
1438 Hijrah
"Ukhuwah Islamiah Asas Penyatuan Ummah"

Jom banyakkan Selawat ke atas nabi junjungan kita Nasi Muhammad s.a.w.



Read More

Share Tweet Pin It +1

4 Comments

In LAZADA Review

Finale Online Revolution dan Universal Music Contest

12.12
Esok adalah finale bagi Online Revolution
Sekejap je masa berlalu.
Dah sebulan rupanya.
Korang yang kaki shopping dah standby untuk craziest sales of the year?

KLIK kat banner di bawah untuk nikmati diskaun sehingga 95%.
Untuk pelangan baru guna kod 20LAPOR25 untuk dapatkan lagi diskaun sebanyak 20%

Finale Online Revolution dan Universal Music Contest


Kat LAZADA sekarang tengah berlangsung Universal Music contest. 

Finale Online Revolution dan Universal Music Contest

Caranya mudah saja.
Pertama: Kena beli salah satu daripada 20 album yang tengah hot sekarang ni.
20 album tersebut adalah:

Finale Online Revolution dan Universal Music Contest

Kedua: Korang Klik link INI
Dan follow je arahan.

Hadiah-hadiah menarik ditawarkan seperti Apple Watch, GoPro, ipad, PS4 dan lain2 untuk dimenangi setiap minggu. Dan juga korang akan dapat Kaledar 2017 Universal Music secara percuma bila korang buat pembelian mana-mana album di atas. 

Untuk pembelian album, boleh klik kat banner di bawah ni. Ada diskaun 20% tau.

Finale Online Revolution dan Universal Music Contest

Adios... selamat bershopping.



Read More

Share Tweet Pin It +1

0 Comments

In #AA

Selamat Ulang Tahun Alisha

10 December

Seven years ago today I received one of the best gifts ever. 
Not only did you change my life forever but you made me into the person I am today. 
I love you my dear daughter and hope you have a very Happy Birthday

Alisha Adnain 👯



It's hard to believe that you're 7 already. 
Time flies when we are having fun. 
I am so proud of you and all your accomplishments. 
Love you to the moon and back.




اَللهُمَّ اجْعَلْ أَوْلاَدَنَا أَوْلاَدًا صَالِحِيْنَ حَافِظِيْنَ لِلْقُرْآنِ وَالسُّنَّةِ فُقَهَا فِى الدِّيْنِ مُبَرَكًا حَيَاتُهُمْ فِى الدُّنْيَا وَاْلآخِرَةِ

Ya Allah, jadikanlah anak-anak kami anak yang soleh dan solehah, orang-orang yang hafal Al-Qur’an dan Sunnah, orang-orang yang faham dalam agama diberkati kehidupan mereka didunia dan di akhirat.

Read More

Share Tweet Pin It +1

3 Comments

In Giveaway/Blogger/Segmen

Giveaway December 2016

JOIN 

GA dari blog princesscindyrina.com

Giveaway December 2016

Hadiah best dari owner.

Untuk join klik banner kat atas.

Good luck!



Read More

Share Tweet Pin It +1

4 Comments

In Giveaway/Blogger/Segmen

Giveaway Cosmoderm KL Modest Fashion Week by YanieYusuf

JOIN

GA dari blog Yanie Yusuf


Macam best je produk Cosmoderm ni.
Selalu tengok iklan dia.
Sekarang pun tengah mencari produk yang sesuai.
Dekat setahun dah ni wajah tak dimanjakan.

Sepanjang pregnantkan Aleena hanya calit2 dengan bedak je. Hormon tinggi tak de masalah masa tu. Di dah empat bulan bersalin, muka dah tak comey. Dengan blackhead, jerawat, berminyak....semua boleh sebut. Hehehe... cuba nasiblah join GA ni.

Korang kalau nak join GA ni klik gambar kat atas.

Good Luck!


Read More

Share Tweet Pin It +1

1 Comments

In Giveaway/Blogger/Segmen

365 days Daily Planner Giveaway by Luqman Zakaria

JOIN

GA dari Blog Luqman Zakaria.


Bila hujung tahun je, mesti nak kena cari planner.
Tak larat guna buku kecik dah...bertabur sana sini.
Ada rezeki menang jimat RM untuk beli planner.

Hehehehe..

Untuk join klik invitation card kat atas dan follow je syaratnya.

Good luck!


Read More

Share Tweet Pin It +1

10 Comments

In Giveaway/Blogger/Segmen

Giveaway SAYA NAK KURUS SECARA SIHAT DENGAN PASSION D'TOX!

JOIN

GA oleh Ayuni Rafilah


Apakah Passion D'Tox dan keistimewaan produk ini? 

  • Passion D'Tox ini merupakan supplemen kesihatan yang berfungsi untuk membantu proses penghadaman dan pencernaan makanan serta mengurangkan lemak berlebihan dalam badan. 
  • Passion D'Tox mengandungi bahan organik buah-buahan seperti buah beri, sekam biji psyllium, rumput gandum dan buah markissa (passion fruit - sebab itu namanya Passion D'Tox!)
  • Passion D'Tox sarat dengan vitamin A, C dan E yang mampu mempertingkatkan kadar metabolisme pengguna sambil mengawal berat badan. 


Siapa yang perlu cuba produk Passion D'Tox?

  • sukar menurunkan berat badan
  • mengalami masalah sembelit
  • sering cepat berasa letih dan hilang tenaga
  • memiliki masalah mulut berbau (petanda bagi masalah pencernaan)
  • mengalami masalah kulit seperti gatal-gatal, alergi, jerawat dan sebagainya akibat terlebih toksin dalam sistem badan 

Untuk maklumat lebih lanjut tentang produk Passion D'Tox, sila ke laman rasmi berikut: http://passiondtox.com

Untuk join klik saja banner kat atas



Read More

Share Tweet Pin It +1

7 Comments

In WW

Wordless Wednesday #10: Lama tak makan



Daging Special RM4


Read More

Share Tweet Pin It +1

4 Comments

In Dari Dapur Cik Ila LAZADA Review

Rich Chocolate Chip Muffin

Hari tu, atas permintaan anak-anak yang nak kan chocolate muffin, aku pun menggodeklah bahan-bahan yang ada kat dapur. Susu segar saja yang tak de. Adeh..... Kebetulan pulak aku teringat susu full cream yang aku dapat dalam Box Of Joy dulu masih belum digunakan lagi. Boleh lah aku guna. Alfeey nampak je, terus nak susu tu. Ibu yang penyayang ni pun suruh dia tunggu sekejap. Aku nak sukat ambil 100 ml je. Balance 100 ml tu nanti dia boleh minum. Setia je menunggu. 

Rich Chocolate Chip Muffin

Ok lah, cerita balik pasal chocolate muffin yang aku nak buat ni. Resepinya aku ambil dari Azie Kichen juga. Mudah dan senang dan pasti jadi kaedah resepinya. Cukup bahan dan tak derhaka mesti jadi. Tak perlu nak guna mixer pun. Hahaha.... ni resepinya.

Rich Chocolate Chip Muffin

Bahan A
2 biji telur
1 cawan gula perang
100 ml susu segar
120ml minyak jagung
1/2 sk esen vanilla

Rich Chocolate Chip Muffin

Bahan B
190 gm tepung gandum
1 st baking powder double action
1/2sk baking soda
1/4 cawan serbuk koko
1/2 cawan choc chips (tinggalkan sedikit utk tabur)

Rich Chocolate Chip Muffin

Cara cara

Satukan semua bahan A di dalam bekas dan kemudian ayakkan bahan B ke dalam bahan A. 
Gaul rata. Pastikan tak terlebih gaul untuk menghasilkan muffin yang sedap ye.


Rich Chocolate Chip Muffin

Tuang adunan dalam 3/4 penuh dan taburkan chocolate chips di atasnya. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 170C. Bakar selama 20 minit atau sehingga masak. Part tabur chips tu, aku suruh Alisha dan Alfeey je yang buat.

Rich Chocolate Chip Muffin

Dan ini lah hasilnya. Tak overcooked. Just nice. Tak sempat cik suami merasa. Dah licin semuanya.

Rich Chocolate Chip Muffin

Ok alang-alang dah guna susu kotak pink tu, meh sini aku nak cerita sikit pasal produk ni. Susu Nestle full cream ni diimport dari New Zeland dan Australia. Dah nama pun susu mestilah baik untuk kesihatan sebab susu ni kan sumber kalsium dan protein. Sesuai diminum oleh anak2 dan juga kita yang dah dewasa ni sebab dapat menguatkan gigi dan tulang. Beli yang ni boleh satu keluarga minum.

Rich Chocolate Chip Muffin

Aku suka packaging dia. Warna yang menarik dan tak semak mata memandang. Jiwa keperempuanan kuat sangat ni. Pink aje.... tapi kalau nak yang low fat kena beli yang kotak biru lah. Lepas minum Alfeey kata sedap dan minta lagi. 

Rich Chocolate Chip Muffin

Kalau korang nak cuba dan malas nak keluar beli, boleh dapatkan NESTLE full cream milk yang macam aku guna ni di LAZADA. Klik aje kat LINK ni. Order hari ini, esok lusa dah sampai depan mata. Alang-alang dah masuk Lazada, korang boleh je terus shopping. Minggu ni tema Online Revolution Lazada adalah Trend Setter. Siapa yang suka fesyen2 ni. Jangan lepaskan peluang ye.

Rich Chocolate Chip Muffin

Read More

Share Tweet Pin It +1

1 Comments