Day 12 Challenge: Pengalaman Seram



Hi uols,

Cik Ila hutang lagi entri cabaran Day 12 iaitu Pengalaman Seram
Jeng...jeng...jeng...

Sebut pasal cerita seram ni, Cik Ila ada pengalaman masa sekolah dulu. Maklumlah duduk di asrama. Ingat nak tulis malam tadi, tapi takut pulak sebab Cik Ila dengan anak-anak je kat rumah. MR pulak duty. 

Macam ni cerianya pengalaman seram Cik Ila

Hantu Jepun

Cik Ila tingkatan 5 masa tu. Kan nak SPM. Ada sekali masa cuti hujung minggu, ikut kakak-kakak STPM stay kat hostel. Konon nak study lebih la. Asrama ni ada 6 bilik. Tiga atas dan tiga bawah. Cik Ila duduk bilik 2. Belakang bangunan ni ada kolam mandi, di belakangnya pulak ada ampaian dan pagar. Di sebalik pagar tu, kawasan semak dan ada bukit. Tapi jauh lah..tak dekat sangat.

Nak jadi cerita, kami di bilik 2 ni yang tak balik ni ada 4 atau 5 orang je. Malam pertama tu, Cik Ila lupa macam mana Cik Ila terjaga, Tapi mungkin sebab nak terkucil atau pun sebab dengar bunyi orang berkawad di belakang bilik dari bilik 3. Meremang bulu roma ni. Pelan-pelan kejutkan kakak sorang ni. Rupanya dia pun tengah layan bunyi kawad tu. Alahai...lagi lah rasa seram, dah lah menahan nak kencing lagi. Yang hairannya, tak dengar suara langsung, hanya bunyi pergerakan kawad sahaja. Cancel langsung rasa nak kencing tu dan tarik selimut. Sedar aje dari tidur dengar bunyi azan kat luar. Tergopoh-gopoh bangun pergi ke bilik air. Bila semua dah bangun, kami buka cerita. Semua dengar rupanya. Siang tu sebelum tidur, kami pakat atur botol kaca kosong kat belakang bilik. Mana lah tau, kot ada budak2 nakal nak mengusik.

Malam tu, memang mata tak boleh nak lelap. Lupa pukul berapa, tapi lepas tengah malam lah... bunyi orang berkawad kedengaran lagi. Siut giler...kecut perut. Lagi kuat bunyinya dan langkah tu bunyi sampai betul-betul belakang bilik. Tapi sebijik botol pun tak de bunyi tergolek. Hah...apa lagi tarik selimut dan tutup mata rapat-rapat. Siangnya bangun dan pergi belakang. Cantik aje botol-botol tu tersusun. Tak de kesan yang menunjukkan ada orang berkawad atau lalu kat belakang bilik tu.

Lepas tu, memang Cik Ila tak stay kat hostel lagi bila weekend. Baik balik rumah je. Nasib baik dengar bunyi je, cuba bayangkan kalau terserempak. Huhuhu....bila sembang2 balik, rupa-rupanya kawasan tu dulu memang tempat askar Jepun. Lagi pulak...dulu-dulu Gerik memang ada sejarah dengan komunis juga. Tak tahu lah sama ada itu Hantu Jepun atau Hantu Komunis, dua-dua menakutkan.

Sekarang, kawasan semak dan bukit belakang hostel tu dah takde. Dah dibangunkan jadi kuarters guru dan kawasan. Hehehe...harap tak de lah cikgu-cikgu yang menginap kat situ di'ganggu'.

Seram tak pengalaman Cik Ila ni?



Tunggu entri esok pulak ye
Untuk baca entri yang lain klik SINI



Post a Comment

0 Comments