Facial Treatment di New York Skin Solution


Seperti yang pernah Cik Ila bagitau dalam entri sebelum ni, nak manjakan muka konon-kononnya . Jadi Isnin lepas Cik Ila berpeluang untuk mendapatkan rawatan muka di New York Skin Solution yang Cik Ila redeem sempena bulan kelahiran pada disember lalu. Sejak berkahwin dan ada anak memang Cik Ila mengabaikan langsung penjagaan muka ni.


Sebelum pergi, Cik Ila dah dimaklumkan terlebih dahulu yang sesi ini mengambil masa selama 3 jam. Adeh... mau berasap bontot kat situ J. Tapi bila fikir sekali sekala, apa salahnya. Bawa anak dara jadi peneman.


Sampai je terus register dan masuk ke bilik consultation untuk consultation dan skin analysis. Sebab kali pertama datang ke sini, perunding tu akan tanya beberapa soalan tentang peribadi dan penjagaan wajah yang kita amalkan termasuk pemakaian make up.

Lepas tu, baru skin analysis dibuat. Imbasan dilakukan pada permukaan kulit dan juga lapisan kulit dalam sehingga 200x. Tujuannya adalah untuk mengetahui masalah kulit kita dengan lebih tepat.  Bila dah selesai baru perunding tu akan menerangkan rawatan yang sesuai dengan kulit kita.

Masalah kulit yang Cik Ila alami adalah pigmentasi, black head dan acne serta pori yang terbuka. Tapi masalah ni tak teruk sangat. Tapi hairan lah haih...lepas bersalin Aleena baru jadi pigmentasi ni. Faktor umur kot. Dan rawatan yang disarankan adalah soothing treatment dan collagen treatment (sekiranya meneruskan treatment secara pakej yang disediakan).



Alahai...lama tak buat facial. Sampai mengantuk mata melayan.  Sejam lebih jugalah nak siapnya. . Lepas dah siap semua, kulit muka akan dianalisa semula. Kulit muka rasa fresh sangat. Sebelum balik, Cik Ila dapat satu set travel kit penjagaan kulit New York SS. Semua treatment dan kit yang Cik Ila dapat bernilai RM568. 


Best juga dapat buat treatment macam ni sekali sekala. Last buat facial zaman belajar dulu. Mmm..sekarang tengah fikir nak buat lagi tak treatment macam ni. 

Barcakap tentang pigmentasi, meh kita tengok secara ringkas:

 Apa itu pigmentasi? 
Apa punca pigmentasi?
Bagaimana pigmentasi terjadi?

Semua wanita dambakan kulit wajah yang bersih, bebas dari jerawat mahupun flek hitam. Namun salah satu masalah yang paling sering terjadi pada sebagian besar wanita Asia, terutama yang berusia di atas 30 tahun, adalah timbulnya flek hitam atau melasma (pigmentasi) di wajah.

Pigmentasi kulit atau melasma, boleh terjadi di beberapa bahagian tubuh, terutama di kawasan muka wajah akibat sinaran UV yang tidak bertapis. Ia juga boleh berpunca daripada kerosakan kulit akibat dari penggunaan produk yang mengandungi bahan pemutih dan pengelupasan. Pemakaian kosmetik yang kemungkinan besar mengandung merkuri, hidrokuinon dan asam salisilat juga dapat membuatkan pigmentasi pada kulit wajah. Kerana apabila produk ini digunakan terus menerus, ia akan menyebabkan kulit menjadi nipis dan sangat sensitif terhadap pancaran matahari.

Faktor-faktor lain yang turut menjadi penyebab kepada berlakunya pigmentasi atau malasma ini adalah seperti kehamilan, pemakanan, pengambilan pil perancang serta ketidak seimbangan hormon.

Pigmen atau melanin dihasilkan oleh sel-sel yang dipanggil melanocyte. Kulit Asia adalah jenis kulit yang mengandungi jumlah pigmen yang banyak.Terdapat dua jenis melanin iaitu phaeomelanin yang berwarna kuning dan eumelanin yang berwarna hitam. Perbezaan warna kulit terjadi dari pengaruh saiz dan jumlah melanin yang terkandung pada kulit. Kedua-dua jenis melanin ini berbeza di dalam kulit Asia dan ini menyebabkan pigmentasi yang tidak seimbang iaitu bintik bintik hitam dan kulit menjadi sensitif kepada matahari.



Melanin berperanan sebagai kubu kulit, ia bertindak sebagai pelindung kulit dari panahan cahaya matahari yang mana apabila cahaya matahari terkena pada kulit maka sistem badan akan menghantar pesanan kepada sel-sel kulit untuk membentuk melanin bagi memberi perlindungan segera kepada kulit. Proses ini dikenali sebagai pigmentasi dan kadang kala ia tidak berlaku dengan lancar maka timbul bintik bintik hitam, tompok perang dan warna kulit menjadi tidak sekata. 

Ia terjadi apabila kulit menjadi nipis dan semakin berumur di mana ia tidak mampu lagi menghasilkan pigment kulit yang baru, oleh itu pigment kulit lama yang telah mati dan tidak dapat diperbaharui akan kelihatan hitam dan bertompok-tombok pada kulit wajah. Semakin lama pigment kulit yang mati akan menjadi banyak. Itu sebabnya kenapa pigmentasi pasa asalnya hanya sedikit sahaja di permukaan wajah akan merebak dan menjadi besar jika tidak membuat apa-apa tindakan untuk mencegahnya.




Umur Kadar Kebarangkalian Timbulnya Pigmentasi 

20 tahun dan ke bawah 10% kulit 

Bermula dari 28 tahun 20% kulit masih kelihatan muda. 

Bermula dari 38 tahun 50% bahagian pigmentasi mula bertambah meluas.

Bermula dari 48 tahun 70% pertumbuhan pigmentasi adalah paling banyak.

48 tahun dan ke atas 100% bintik penuaan akan mula hadir pada seluruh bahagian muka.


Mmmm..takutnya. Nak kena rawat sebelum merebak. 

Post a Comment

4 Comments

  1. sesekali manjakan muka ke SPA memang best !

    ReplyDelete
  2. sy pn ada dpt mcm sia..mmg percuma xkena byar ppa erk?
    sbb appoiment sy hjung mggu nie..tkt plak kot kena byar..sy nie bknnya berduit sgt..huhuhuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah, tak kena. Tapi pihak NY akan promote NY treatment :)

      Delete
  3. klo mcm sya kan...sya dah byar deposit rm30...klo lpas ni x pergi xpe ke...akn diknakan apa2 x

    ReplyDelete