Persediaan tahun 2 Alisha

Anak yang nak sekolah ibu dia yang nervous giler sampai tak boleh tidur. Siapa yang berperasaan macam Cik Ila? Kita geng :)

Sesi persekolahan 2017, Alisha naik ke tahun 2 dan Alfeey naik ke kindi 2 (6 tahun). Alhamdulillah Alisha masih kekal di kelas pertama. Untuk Alisha keperluan sekolah rendah tak banyak yang berganti. Cik Ila hanya beli tudung dan kasut sahaja. Sebab tudung tahun lepas guna yang kain cotton tu dah berbulu dan kasut pulak dah ketat. Walaupun ketat, condition masih elok lagi. Nak bagi Alfeey guna pun, dia tak muat. Yang lain-lain semuanya sambung guna yang lama saja. termasuk lah alat tulis. Alat tulis memang banyak ag stok yang baru dan belum guna. Sayang lah nak ganti yang baru sebab semuanya masih elok lagi. Lagi pun, anak2 Cik Ila ni tak berkisah sangat benda lama atau baru, janji ada. Tak macam zaman ibu depa sekolah dulu, tiap2 tahun mesti wajib berganti.

Persediaan tahun 2 Alisha

Memandangkan tahun lepas, Alisha tak bersekolah agama (sesi petang tu), Cik Ila tambah lagi 2 pasang baju sekolah + kain hijau. Hehhehe... wajib beli lah kan, takkan nak guna baju yang sama dengan sekolah sesi pagi. Cik Ila beli jenis dan kain yang sama macam tahun lepas yang dia pakai untuk sesi pagi. Jenama Black Cat. Material kain licin dan agak tebal. Senang cuci dan kotoran pun senang tanggal. Terima kasih pada mak tersayang atas panduan membeli yang diberikan :)

Persediaan tahun 2 Alisha

Untuk tudung pulak, tahun ni Alisha pakai Tudung Si Comel. Cik Ila beli online saja. Ank Cik Ila yang cinonet ni pakai saiz SS. Tak kecik dan tak labuh. Dia pun suka dan selesa....siap minta tudung hitam sekali untuk pakai masa sesi PJ di sekolah. Kalau ada yang nak membeli tudung Si Comel, boleh klik pada banner di sebelah ye.

Persediaan tahun 2 Alisha

Beli kasut untuk Alisha paling best. Dia memang dah bagi tau awal-awal lagi, nak yang sarung saja tak nak yang klip lagi. Cik Ila punya survey kasut yang jenama pallas tu. Sepasang harga dalam tiga puluh lebih kalau tak silap. Tapi sampai kedai saja dia dah nampak kasut yang bersarung plastik kat luar kedai tu. Tak pandang lain dah. Tunjuk kasut pallas pun tak nak (kasut tu dalam kotak). Beli saja lah. Jimat banyak dekat sini. Sepasang kasut pallas tu boleh dapat dua pasang kasut ni :)

Persediaan tahun 2 Alisha

Buku teks dan buku aktiviti sekolah memang dah dapat lama sebelum cuti sekolah mula dulu. Awal-awal lagi siap balut semuanya. Kesian tengok buku teks. Kulit ada yang koyak dan lekang serta berconteng. Semua kena rawat semula. Tak seronok pula nak tengok anak belajar dengan buku yang tak sempurna. Buku tulis pun siap beli awal seminggu sebelum sekolah mula lagi.

Persediaan tahun 2 AlishaPersediaan tahun 2 Alisha

Itu saja persediaan Cik Ila untuk Alisha bagi sesi 2017 ni. Tinggal nak daftarkan ke sekolah agama saja esok. Excited dia nak pergi SRA. Kalau ikutkan hari ni dah boleh mula sekolah, tapi keputusan nak hantar dia ke sekolah agama bau saja dibuat dan borang pendaftaran pun baru saja ambil. Esok saja lah baru mula. Semoga kakak Alisha terus cemerlang dalam pelajaran dan kehidupan.

Education is a lifelong process. I hope you enjoy learning. I love you to the moon and back.





Post a Comment

0 Comments