Sayang Papa Saya Tak?

Siapa tengok drama Sayang Papa Saya Tak?

Dah masuk separuh jalan, baru Cik Ila nak tengok. Hehehe...luculah lakonan Emma Maembong dalam drama ni. Cerita ni merupakan drama kedua lakonan Emma Maembong yang Cik Ila tonton. Gandingan Emma dan Hisyam Hamid memang menjadi. Tambah pulak Si Comel Qalish yang dilakonkan oleh anak buah Emma Maembong sendiri iaitu Seri Aileen.

Kelakar sangat tengok watak Emma Maembong yang tak habis-habis dengan duit. Semuanya duit sampaikan hadiah yang diberi pun dijual balik untuk dapatkan duit. Watak Azyan yang dibawa oleh Wan Sharmila pun best. Nampak annoying tapi kelakar.


Sekali-sekala menonton drama macam ni seronok juga. Konflik yang ada pun ringan je. Cik Ila kalau tengok drama melayu tak suka jalan cerita yang terlalu heavy.

Tak sabar nak tunggu kesudahan cerita ni. Nak habis dah rasanya. Jangan lupa saksikan drama bersiri Sayang Papa Saya Tak yang bersiaran setiap Isnin hingga Khamis jam 10.00 malam di saluran Astro Ria (104) dan Astro Ria HD (123).

Post a Comment

2 Comments

  1. memang lucu raisya a.k.a emma maembong dlm SPST tu. novel pon best.btw jemput join giveaway ainaa :) http://nikainaa.blogspot.my/2017/01/giveaway-sephia-by-nik-ainaa_29.html

    ReplyDelete
  2. Salam ainaa. Ending yang tak mengecewakan dalam SPST ni. Comel sangat Emma.

    ReplyDelete