Follow Me @noorshafila

Saturday, January 28, 2017

Tempat yang ingin dilawati


Tempat yang ingin dilawati | Cik Ila ni suka berangan tau. Bila berangan tu, ikut situasi apa yang sedang dibuat masa tu. Dulu-dulu masa era hisdustan tengah rancak,  bila tengok filem hindustan je, mulalah pasang angan-ngan nak melawat tempat-tempat menarik yang ada dalam filem tu. Mati-mati ingat tempat-tempat tu di India saja. Rupanya di merata-rata seluruh dunia. Kalau ada peluang, teringin nak melancong mengelilingi dunia.

Bila drama korea masuk, mula lah berangan nak ke Korea pula. Seronok tengok pantai di sana dan kawasan-kawasan salji depa. Boleh hembus-hembus keluar asap dari mulut. Kelakarkan. InsyaAllah, angan-angan nak ke sana tu masih ada. Lagi pula, bila menonton rancangan 2days 1night. Banyaknya tempat menarik di Korea.

Bila fikir tentang anak-anak, mulalah berangan nak bawa depa melawat taman tema Disney pulak. Mesti seronok anak-anak kalau dapat pergi sana. InsyaAllah, buat masa terdekat ni nak bawa depa pergi ke Legoland dulu. Jalan-jalan dalam Malaysia tercinta.

Tapi, tempat yang betul-betul jadi idaman Cik Ila adalah Mekah. 

Tempat yang ingin dilawati

Kalau dijemput Allah, nak pergi satu keluarga. 

InsyaAllah.

Tunggu entri cabaran seterusnya pulak ye
Untuk baca entri yang lain klik SINI


1 comment: