Setiap kali tahun baru mesti semua orang ada azam tahun baru termasuk lah perancangan beli belah untuk menambah apa yang patut dalam rumah. Termasuklah cik hakak ni. Dan kalau shopping mesti lah untuk kegunaan semua. Maklumlah rakyat ramai. Hehehe..yang penting, orang-orang tersayang bahagia dan Cik Ila pun senang hati.
Jadinya, untuk budget keluarga tahun ni, Cik Ila dah ada beberapa wishlist. Kalau dapat semuanya tahun ni memey lah syiok habis.
Ni wishlist pertama Cik Ila. Philips Steam Generator Iron
Dah berangan betapa senangnya kerja hujung minggu iaitu menggosok baju kerja Cik Ila dan MR serta baju sekolah anak-anak. Dengan iron sekarang ni, mau sejam lebih baru siap semua kerja menggosok. Lenguh-lenguh kaki berdiri. Rata-rata yang Cik Ila tengok yang pakai steam iron ni bercerita mudahnya kerja menggosok depa. Itu yang teringin sangat nak juga. Dapat jimatkan masa.
Harga asal RM1199. Tengah offer 50% jadi RM597. Jimat bangat ni.
Wishlist yang kedua. Electrolux Ergorapido 2 in 1 Vacuum Cleaner
Bestkan vacuum cleaner yang boleh berdiri sendiri ni. Cordless pulak tu. Senang sangat. Tak lah semak dengan wayar bila buat kerja. Sejak ada Aleena ni, rumah memang nak kena bebas habuk selalu. Tambah pulak bila dia meniarap dan berpusing-pusing. Habis bawah meja dan kerusi dia masuk. Ada vacum ni tak payah lah pegang penyapu selalu. Sedut je. Tak de lagi debu atau habuk di lantai.
Ini pun tengah offer sekarang. Harga sekarang RM499 je.
Wishlist ketiga. Riino 10L Intellegent All in One Air Fryer
Bebas minyak. Bebas Asap. Kata nak hidup cara sihat :) Kat rumah Cik Ila tu, banyak makan makan yang bergoreng. Ikan lah, ayam lah, fries lah, nugget lah. Macam-macam. Ikut selera anak. Kalau guna Riino Air Fryer ni dapat jimatkan gas dan juga tenaga elektrik. Design pun menarik.
Harga RM499 selepas potongan harga.
Wishlist keempat. Happy Call Porcelain Frying pan 2-SET
Asyik tengok iklan kat tv je tentang Happycall pan ni. Tu yang teringin juga. Dari tahun lepas nak beli tapi asyik tak terbeli je. Mau Cik Ila masuk dapur hari-hari kalau dapat ni.
Harga sekarang RM303.
Wishlist ke-lima. Inflatable Car Back Seat Extended Mattress
Akhir sekali, nak juga beli tilam inflatable ni letak dalam kereta. Anak-anak Cik Ila, asal masuk kereta je lepas setengah jam mesti tidur. Tak kira lah ke mana pun. Nak kena lipat tempat duduk dan bentang toto pulak. Leceh betul. Ada tilam ni masukkan angin dah boleh pakai. Anak pun dapat tidur dengan selesa. lagi pulak bila balik kampung.
RM119 je sekarang ni.
Ni lah wishlist Cik Ila tahun ni. Hehehe....kita window shopping kat LAZADA je dulu. Masuk dalam wishlist. Nanti dah cukup rupiahnya baru masuk cart.
Korang nak tau tak, kat LAZADA sekarang ni tengah berlangsung CNY Red Hot Sale. Kalau korang masuk ke web LAZADA sekarang memang banyak potongan harga yang menggoncang iman dan wallet korang. Yang nak sambut Tahun Baru Cina pun mesti nak shopping sakan sebelum hari besar tu. Erk...akak yang tak raya pun excited nak bershopping jugak ni.
Eh..lupa pulak nak kira berapa budget wishlist Cik Ila ni.
RM597+RM499+RM499+RM303+RM119 = RM2017
RM2017!!! Kena lah dengan tahun 2017. Manyak Ong.
Jom lah shopping kat LAZADA ni.
5 Comments
haha.. sy doakan awk dpt capai smua wishlists awk tu.. :D
ReplyDeletep/s : hi... sy dh follow blog comel awk ni.. hope awk sudila juga follow blog baru sy ye.. :D ty..
Kenapa Allah Ciptakan Neraka?
macam2 ada =D
ReplyDeletetergoda tengok vacum cleaner tu
ReplyDeleteHehehe..Cik Ila pun sama.
Deletewahhh menarik sungguh wishlist cik ila..
ReplyDelete