String ball atau bola tali ni mesti ramai yang pernah tengok. Lagi cantik kalau dijadikan pendant lamp. Cantik je sebagai hiasan kan. Berbalik kepada cerita tentang tentang string ball ni. Cuti hujung minggu yang lepas, teacher Alfeey maklumkan yang dia tak bagi homework pada anak-anak, sebaliknya dia bagi task untuk anak-anak lakukan dengan ibu bapa di rumah. Siap provide video untuk ibu bapa tengok sebelum buat. Alfeey baru sembuh dari demam, mood ke laut sikit bila nak membuatnya. Tapi omma nak dia cuba juga walaupun hanya 30% usaha dia.
Bahan yang diperlukan untuk buat string ball ini adalah:
Belon
Gam PVA
Tali
Tengok dari bahan, mudah sangat. Tapi kerja yang renyah. Lagi pulak nak kena pegang tali yang basah dengan gam tu. Untuk beginner, baik tiup belon kecil je.
Tengok tu macam terpaksa je muka dia.
Bila dah siap lilit tali ke belon, biarkan saja tali tu kering (semalaman kalau boleh). Nak bagi dia kering betul-betul. Barulah bentuk bulat tu kukuh dan keras. Lepas tu boleh pecahkan belon untuk dapatkan hasilnya. Nanti Cik Ila update hasil string ball Alfeey ye.
Bagus juga teacher bagi task ni pada anak-anak murid dia. Selain daripada anak-anak dapat merangsang motor skill, dapat juga bagi depa berseronok dengan parents. Tak de lah anak-anak terkongkong dengan buku-buku je. Kalau hasilnya memuaskan hati, boleh terus jadi salah satu peralatan dekorasi di rumah.
Ada tak yang nak mencuba aktiviti ni dengan anak2?
6 Comments
Wahhhhh bagus aktiviti ni at least dapatlah budak-budak buat aktiviti dengan parents kan.
ReplyDeleteTak sabar nak tengok hasilnya macam mana hehe.
Hehehe....nanti Cik Ila buat cerita tentang hasilnya ye teacher Syed.
Deleteaktiviti yang sngt bagus.. hasilnya nnti letupkan belon tu kan.. msti cntik. :)
ReplyDeleteBerebut nak letupkan belon.
DeleteCantik la.. mesti anak-anak happy dapat buat decoration cantik macam tu :)
ReplyDeleteBukan anak-anak je happy. Omma depa pun happy.
Delete