Tanda-tanda kecacingan dan ubat cacing.

Tanda-tanda kecacingan dan ubat cacing | Ada bagi ubat cacing kepada anak anda?

Lepas umur setahun saja, sudah jadi rutin tahunan untuk anak-anak Cik Ila mengambil ubat cacing. Untung juga Alisha dan Alfeey lahir hujung tahun ni, senang nak ingat bila perlu di bagi ubat cacing. Disebabkan rutin Cik Ila dah berubah sejak Aleena lahir tahun lepas, makanya Cik Ila pun terlupa nak bagi ubat cacing kepada anak-anak berdua tu.



Nak jadi cerita, di akhir-akhir bulan januari, anak-anak macam cepat letih dan lesu. Makan banyak tapi berat badan tak naik-naik. Muka pulak nampak cengkung dan ada dark circle dan pucat saja. Alisha pula yang memang cepat dapat alahan jadi gatal-gatal dan bengkak pada jari kaki dia. Bila dah gatal, mestilah asyik bergaru. Sampai luka. Yang ni memang ibu terlepas pandang sebab dia dah pandai potong kuku sendiri, tak de lah kita nak perhati sangat. Lepas tu selalu lah pulak mengadu sakit perut dan kadang-kadang sakit kepala. Kesian lah anak saya ni sebab semua itu macam tanda-tanda kecacingan.

Tanda-tanda kecacingan

Jangkitan cacing yang kronik akan mendatangkan bahaya kerana cacing-cacing ini telah berada lama di dalam badan dan akan mengambil nutrien makanan yang diserap ketika kita makan dan menyebabkan badan mengalami kekurangan zat makanan.

Bila tengok condition anak-anak yang berlarutan ni, baru teringat yang diorang tak makan ubat cacing lagi. Terus beli ubat cacing yang selalu Cik Ila bagi iaitu Zentel Tablet. Untuk kanak-kanak dua tahun ke atas dos yang dicadangkan adalah 2 biji tablet. Suruh diorang kunyah dan minum air. Kalau beli yang suspension, Alisha sure akan muntah balik.

ubat cacing Zentel

Kenapa memilih Zentel?

Zentel mengandungi  Albendazole yang mampu untuk:
  • Zentel boleh membunuh cacing cambuk yang sukar dirawat. Bukan semua ubat cacing boleh menghapuskannya.
  • Zentel juga boleh membunuh 4 jenis cacing biasa yang lain. Jadi tak perlu untuk mengambil lebih daripada satu ubat cacing.
  • Zentel membunuh setiap peringkat hidup cacing iaitu dari telur, larva dan cacing dewasa. 
  • Zentel telah digunakan dengan jayanya oleh lebih daripada 5 juta pesakit di seluruh dunia. 
  • Zentel boleh dimakan pada bila-bila masa sahaja.
Di malaysia, jangkitan yang paling biasa merebak ialah jangkitan cacing cambuk diikuti oleh cacing gelang, cacing kait, cacing kerawit / cacing benang dan Strongyloides. Cacing cambuk juga adalah salah satu daripada cacing yang sukar dihapuskan.

Kesan-kesan daripada jangkitan cacing
  • Cacing pita - boleh menyebabkan kerosakan pada otak
  • Cacing kerambit - boleh menyebabkan luka pada usus
  • Cacing gelang - boleh menyebabkan usus tersumbat, sembelit dan kembung abdomen

Jadi, parents kat luar sana, perhatikanlah anak-anak kita selalu ye. Mana tau ada tanda-tanda kecacingan yang kita terlepas pandang. Antara tanda-tanda kecacingan adalah:

  • Alahan kulit yang teruk – bengkak atau ruam & gatal terutama pada waktu malam
  • Gatal sekitar lubang najis (dubur)
  • Alahan terhadap makanan
  • Sakit perut – cirit-birit, kembung, sembelit
  • Anemia – kurang darah (ada cacing yang menghisap darah)
  • Keletihan luar biasa – lesu, kurang tumpuan, kemurungan, gelisah, demam
  • Tiada selera makan, pucat,
  • Kurang berat badan walaupun selera makan ada
  • Mengetap gigi ketika tidur malam (grinding of the teeth at night)
  • Kedutan dan lingkaran hitam pada kelopak mata
  • Hiperaktif
  • Sakit kepala
  • Sensitif terhadap cahaya
  • Gusi & hidung berdarah
  • Batuk-batuk teruk yang berpanjangan, batuk berdarah, asthma (cacing di paru-paru)
  • Keluar cacing daripada lubang najis, atau nampak cacing pada najis

Untuk lebih jelas, jumpa doktor ye :)

Post a Comment

13 Comments

  1. Thanks 4 sharing.. Baru tau ni, huhu~

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama-sama. Tak boleh main2 dengan cacing ni.
      Dulu masa zaman sekolah, sepupu Cik Ila keluar lebih dari 20 ekor cacing yang hidup lepas makan ubat cacing. Patutlah dia kurus dan pucat saja.

      Delete
  2. Ta kunyah boleh ta? Sy mkn mcm biase je

    ReplyDelete
  3. Sy dh 30thn xmkn ubat cacing..takut plk nk mkn..hrp2 lps mkn cacing ni hncur terus..

    ReplyDelete
  4. Awak kena makan ubat cacing tu.
    macam saya, saya pu baru je makan ubat cacing tu tahun lepas (umur 30tahun) . lepas makan ubat cacing tu, saya rasa perut saya best sangat sebab makan dalam kuantiti sederhara pun dah kenyang.
    sebelum makan ubat cacing tu, perut kerap rasa lapar. hahahaha. semalam saya baru je makan ubat cacing untuk kali kedua tahun ni dan untuk kali ketiga seumur hidup saya (masa budak-budak dulu, saya tak ingat samada saya penah makan ubat cacing atau tak? rasnaya macam tak je... kikiki)
    Ni pengalaman saya. mungkin kesan pada setiap orang, berbeza kot?

    ReplyDelete
  5. ada pro and contra la.. bagusnya bila perut ada cacing adalah mudah bagi kaki2 pancing nak cari umpan... incase kehabisan umpan dipertengahan aktiviti memancing tu kan... ada stock umpan dalam perut.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha... komen win ni. Tapi tak sanggup nak guna as umpan lah.

      Delete
  6. Yg tablet rasanya manis tak kalau nak bg anak makan?

    ReplyDelete
  7. Kak ubat cacing ni amik setiap bulan ke ?

    ReplyDelete
  8. saya dh mkn ubat cacing ni. dgr dgr cacing ni kluar melalui najis kan. pstu sakit perut, tapi saya xde pun. normal ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cacing dalam badan kamu tue da btapa tahap dewa kot...tue yg x ada kesan hahahaha

      Delete